Minggu, 29 Mei 2011

Ini kisah dua tahun yang lalu =)




Assalamualaikum :) haiiii hello.. eheee. hari ni hani nak cerita sikit kisah 2 tahun lepas. cerita hani masuk mmu. ^__^ tadi hani g melaka jap. nak uruskan pasal hostel untuk buat access card & ambik kunci bilik. tapi .. buat penattttt je pergi tauuuu.kena datang esok sebab tadi management dok busy uruskan budak2 intake baru.


hari ni junior masuk mmu. wahhh tetibe teringat kenangan 2 tahun dulu. rinduuu pulakkk. tapi sebelum tu, meh hani tunjuk hostel baru hani =)



ni hani google je. kalau nak tengok betul2, sila lah ke bukit beruang ye. heee. hani tinggal tingkat 7 :)


okayyy, tinggalkan cerita hostel tu dulu. mana nak mula yeee.. ermmm... hani masuk mmu masa 9 jun 2009. kalau tak silap hani lahhh. masa datang2 je mmu, terus check nama. pastu pegi kat dewan, ambik apa2 yg patut. then ada sorang abg ni tanya kat hani



Abang senior : adik, adik dah ada tempat tinggal tak?

Hanny : ermmm.. ada. Sy apply hostel dah. Kenapa?

Abang senior : (senyum) dik, sekarang hostel under renovation. So, mmu da sediakan accommodation lain utk student. Kalau adik nak, adik pergi kat one stop center. Nanti dia bagi info.

Hanny : tapi, saya da apply hostel (degil :P)

Abang senior : takpe, nanti adik apply lagi next year ok?

Hanny : ouhh okayyyy :)




so bila dah abang tu cakap macam tu, hani pun pergi la cakap kat umi. bila dah dapat info pasal accomodation tu, hani , umi & ayah pun pergi lah. tempat tu nama dia watercity resort , bukit katil. masa dengar 'resort' tu, macam eksaited sesangattt. yela kan, memang mantap la dapat dok kat resort kotttt. haha.


so, kami pun mulak kan journey ke bukit katil. errr.., journey la sangat kannnn :P dari mmu ke bukit katil, lebih kurang 20-25 minit. depends pada traffic la time tu.


ni lah watercity yang SANGAT SCARY tuuuuuuu. sumpah takmo g sini lagi sampai bila2. huhuhu







tempat ni dah lama kena tinggal. takdapat CF pun tempat ni. mula2 tengok memang cantik. tapi bila dah duduk sini, memang scaryyyyy gila. haishhh. taknak ingat2 lagi dah. -.-"


so, sem pertama kat mmu, hani dok sini lah. dari bulan 6 sampai sebelum puasa. macam2 dah hani lalui kat sini. tapi.. kat entry ni hani nak cuma nak cerita 1st day kena tinggal je. ehehehe. segannnnnnn T________T




ni lobby watercity. kat sini lah kejadian memalukan tu berlaku. hehehe. sampai mati pun hani takkan lupaa.. :P


okay2. hani sampai watercity ni dalam pukul 1.00 petang. beratur panjang2 untuk ambik kunci bilik. masa tu macam2 lah fikir. macam mana nak pergi campus, dapat bilik dengan siapa, best ke bilik tu & bla bla bla :P


once dapat je kunci, hani pun terus pergi kat kereta. ambik beg yang banyak gila tu. beg baju, beg kasut, bantal, barang2 personal... dah macam nak pindah terus dahhh. bayangkannn lah, hani naik pajero, kat belakang tu penuh barang hani. muahahahah. padahal dok seminggu je. jumaat pas habis orientation tu terus balik. kalau tak cukup barang pun, umi bole je hantar. tapi, biasalah.. baru 1st time merasa kannnn. takut semua barang tak cukup. ehehehehe ^____^


so, dipendekkan cerita, hani pun masuk lah bilik tu. tetibe ada announcement. orang tu kata.. pukul 5 nanti students kena berkumpul lat lobby. ada taklimat sikit.


pukul 5 je terus hani turun dengan umi. ayah tido dalam kete sebab ayah tak sihat sangat masa tu. umi pun penat dah ke hulu ke hilir layan hani. huk3. umi sakit lutut sebenarnyaaa. tapi umi kuatkan diri jugak untuk hani. adeiii. terharuuuu sangat! T____T *kiteeeee sayangggggggggggggggg umi!*


okey3, balik pada cerita asal. heee. bila da sampai kat lobby tu, hani berkepit je dgn umi. takmaw bagi umi balik. eheheh. pastu tetibe, ada la sorang laki ni. pangkat pakcik laa. dia tengok je hani. hani segan, lagila hani pegang tangan umi kuat2. hik3. masa tu kat tengah2 lobby. kat situ memang ramai dah orang. tetibe pakcik tu kata kat hani macamni

"alalalala. macam nak nangis jeeee. bagi je la mak balikkk. jangan nangis2. kalau ada pape, pakcik ada. okay?"



wuwuwuwuwu. dala dia cakap kuatttt. lagi lah hani maluuuuu. terus nangis kat situ. hahaha. mula2 tahan2 jugak, tapi bila pakcik tu cakap macamtu, memang berderai terus air mata ni. muaahahahaha :P


hani peluk umi kuat2 sebab maluuuu . tah ape yang hani sedih sangat sampai nangis tersedu2 pun hani taktau. wakakakaka. bila tengok umi, umi senyum je. ehehehe. nampak sangat umi dah faham sangat perangai hani ni :P


hani memang macamni. bukan tak pernah kena tinggal dengan umi. umi tu keje dia bz sangat2. outstation merata. tapi, memang dah sejak azali lagiii. kalau nak pergi mana2 then kena tinggal dengan umi, memang terus nangis. ngeh3. tu sebab hani pergi mana pun, hani akan bawak kain batik umi. hihihi. dari kecik sampaiiiiii la sekarang ni. Ihikssssss :P



so, bila makin galak hani nangis, pakcik tu pun pujuk la memacam. at last, hani pun kena tinggalkan umi sebab nak pergi hall untuk taklimat minggu orientasi. masa hani pergi dewan tu, mata masih merah. kesat2 mata. kesat2 hidung. hihi. pastu, masa pakcik tu bagi ucapan, dia macam perli2 hani tawww. ngeh3. tak kisah la. yang penting masa tu hani tengah sedey gilaaaa. hehehe :P


so bila siap je taklimat tu, hani terus nak naik. tengok kereta umi ada lagi. terus pergi kat kete. salam umi. peluk umi. salam ayah. peluk ayah. nangis lagi. wakakakakaka tah pape je -.-"


tapi bila naik je atas, dah okayyy dah. :) ermmm... lagi 1 , pakcik yang hani mention kat atas tu, sebenarnya DIRECTOR OF STUDENT AFFAIRS DIVISON (STAD)

.


ehem! dia antara orang paling penting kat mmu tau. semua orang panggil dia encik zam. hani je sesuka hati panggil dia pakcik sampai sekarang. hahaha. mantap tak ? :P apa2pun, sedar tak sedar dah 2 tahun hani kat mmu melaka. dah nak habis dah diploma, insyaAllah =) sayang2 semua, doakan kejayaan hani kat sini ye. terima kasih baca cerita budak cengeng ni. hua3. maluuwwwwwww ^_____^ tata, assalamualaikum :)


Sabtu, 21 Mei 2011

sikap wanita yang disenangi lelaki :)


Assalamualaikum :) hari ni hani nak share sikit lah ye. hani ambik artikel ni dari iluvislam. selalu kita dengar orang akan cakap kann..ape eh yang lelaki suka pada perempuan? ape eh yang lelaki tak suka? macam mana nak tarik perhatian lelaki ye? sebenarnya, pada hani lah kann.. kita tak perlu beria2 tarik perhatian lelaki sebenarnya sebab sifat malu kan WAJIB ada dalam diri seorang perempuan. lelaki ni suka perempuan yang tak control. tak gedik dan paling penting , haruslah ada kelembutan yg asli ye :) so, jom kita tengok apa yg sebenarnya lelaki suka pada seorang perempuan :)



Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.



Eheeeeee. Agak2nye lah kannnnn. Hani ade tak ciri2 ni? Kena Tanya kat bakal suami lah macam ni. Hahah :P


Selasa, 10 Mei 2011

handphone baru pleaseeeeeeeeeeeeeee.


Assalamualaikum. :) makin nak exam , makin kerap pulak hani online & update belog. tah pape je lahhhh budak sorang ni.


rasanya, dah bertahun tahun hani tak merasa pegang handphone baru. nak cium bauuuuu pun jauh sekali. huk3. sedeyyy betul. Bila cakap kat umi, umi kata toksah membazir. pakai je handphone yg ada selagi boleh guna. wuwuwuwuwu. kuciwaaaa. tapi bila fikir semula, betul jugak apa umi cakap.


tapi, bila sekarang tengok trend ber-BB, ber-Iphone & jugak ber-Android, hani jadi sangattttttttt teringin nak ada BB / Iphone sendiri. haihhhh. bagusnya kalau daun bole bertukar jadi duit kannnnnnn.







hari tu dapat pegang2 BB angah hani. huuuuu bestttttt! terus berminat kat BB sekarang ni. dulu hani tak minat sebab BB sangat lebar. tapi bila dapat pegang, rasa macam best jugak BB ni.


tapi, apa pun hani sangattttt minat dgn Iphone sebenarnya. sangattttt suka sebab smart je nampak. heheh. kalau boleh, hani nak BB & Iphone la, nak dua2 sekali. heehe :D tapi takpelahh. biarkan je dulu keinginan ni sebab bukan penting pun walaupun handphone sekarang asyik stuckkkk je. selagi bole pakai, pakai je la kannn. *ayat sedapkan hati, ehehe :D*



[ cik Iphone, bila kah dapat kamu ku miliki ? T__T ]



Sabtu, 07 Mei 2011

cara jalan pun boleh tengok personaliti perempuan. hmmm yeke ?


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya. [apasal highlight ayat ni eh? haha :D]


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




p/s : hani jalan macam mana eh? ermmm selalu tunduk kot. yela, hani kan pemaluuuuuu :P hahaha.