Rabu, 30 Mei 2012

Surirumah


Pkerjaan yg plng byk mdpt phala bg ppuan adlh mnjd suri rumah. Phalanya mlebihi sgala pkerjaan lain diatas dunia. 



Assalamualaikum :) haa, bila dah datang mood rajin nak update belog, jadi macam ni lah.semalam update, hari ni update.. hehe.. minggu depan, dah start naik class. bermakna, cuti dah habis lah kan.. kejapnya cuti..rasa macam tak puas T__T


okay lah, berbalik pada tajuk..kenapa tiba2 nak cerita pasal surirumah pulak ni? jangan silap faham, saya belum menjadi suri kepada mana2 rumah lagi.. ekekeke.. taklah, sebenarnya.. saya tabik spring toink toink kat suri2 rumah .. tahu tak, pekerjaan surirumah ni sangat lah mulia. (baca SINI )


Saya ni bukan la mahir sangat bab2 menguruskan rumah tangga ni .rumah je ada, tangga belum ada. so tak boleh la nak gelarkan diri ni suri rumah.. ngeeee :D tapi, saya bersyukur sebab di usia 21 tahun ni, Alhamdulillah..boleh dikatakan semua kerja2 rumah saya buat sendiri.. bukannya nak bangga diri, tapi.. bila dalam keadaan macam ni, saya terfikir sorang2.. jadi suri rumah ni bukannya senang.. susah & menuntut kesabaran yang sangat tinggi . tak percaya? meh saya kongsi sikit cerita saya


setiap hari, saya kena pastikan rumah bersih. dari ruang tamu hingga lah ke dapur. selang sehari mesti mop.. tiap2 hari mesti sapu.. bila dah siap semua tu, cuci pinggan mangkuk kalau ada kat singki.. lepastu kena basuh baju..dah basuh mesti lah sidai pulak kan.. dan lepas dah kering, mesti lah lipat pulak.tapi lipat tu kerja waktu petang lah..




tapi, yang paling mencabar ialah memasak. bukan mencabar sebab tak pandai masak, tapi mencabar sebab pening fikir juadah apa yang patut saya masak untuk umi dan abang2 saya..


kalau umi, dia tak kisah..apa yang saya masak, umi ok je. cuma, umi tak makan ayam biasa & sesetengah jenis ikan.. fishball & kaum kerabatnya pun umi tak makan. so, kalau masak kan untuk umi, saya kena la pastikan apa yang patut dan apa yang tak patut..


abang sulung saya pulak, dia jenis yang sebat semua.. muahahaha.. taklah, abang sulung saya ni tekak malaysia.. jadi, kalau nak masakkan untuk dia, kena masakkan lauk2 orang malaysia lah.. lauk tradisional.. dia makan jugak la makanan2 barat ni, tapi dia kurang suka.. jadi, kalau abang sulung saya balik, saya kena la ikut selera dia nak makan apa.. tapi kebiasaannnya, dia makan nasi lah.. 




abang kedua saya pulak, dia kurang suka makan nasi.. dia lebih suka makanan yang simple2 macam roti, mee.. tapi, dia paling suka makan sphagetti, nasi lemak & laksa johor. lain daripada tu, dia suka tulah apa2 yang dibakar.. senang kata, dia ni selera mat salleh sikit.. -.-





jadi, bila abang2 saya yang berdua ni balik , saya akan mengalami masalah sikit nak masak apa untuk diorang. memang diorang makan apa yang saya masak, tapi mesti lah saya nak sediakan yang terbaik untuk diorang kan.. bila saya masak nasi, abang sulung memang selera, tapi abang no 2? kalau saya masak western, abang no 2 memang berselera, tapi abang sulung? hahahaha

umi okay je, apa saya masak, umi makan.. :')


lepas dah masak tengah hari, fikir apa pulak nak masak untuk minum petang dan bila da petang, fikir pulak apa nak masak untuk makan malam.. 




serius, memang payah jadi suri rumah.. sebab tu saya tabik pada mereka. lagi pulak kalau dah ada anak ramai. mana nak layan anak, nak layan suami. kalau anak empat orang + laki sorang dan semua tu ada citarasa makanan masing2, tak ke pening kepala? saya yang ada abang dua orang ni pun dah pening..

time ni lah rasa bersyukur sebab ada dua orang je abang. kalau ada 3-4 orang abang, tah macam mana tah.. hehe.. 


tapi, ni semua pengalaman. nanti kalau dah kahwin senang.. lagipun, dah memang tugas kita orang perempuan ni uruskan hal2 rumah. tak kira lah dah kahwin atau belum.. jangan malas2.. kesian mak kite. diorang dah tua.. apa lah salahnya meringankan bebanan dia. bila makanan dah siap, baru panggil pergi dapur. jangan pulak dia yang panggil kita pergi dapur bila makanan dah siap. ingat tu!


okay, panjang dah ni. nanti sambung cerita lain pulak ye. babaiiiii! ^.^v



Senin, 28 Mei 2012

spesifikasi MINIMA...


Assalamualaikum.. :) tadi masa buka fb, ada ternampak 1 post ni.. nampak manissssss sangatt-sangat.. nak tau tak apa dia? meh2 tengok sama2 :)






Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
--------------------------------------------------------

1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur. 

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly. 

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat. 

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali. 

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah. 

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang. 

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu. 

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah. 

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.




maniissss lah post ni.. kan kann.. hehe.. ni untuk lelaki cari perempuan lah.. lepasni sy update pasal perempuan cari laki pulak.. 


thx for reading.. salam ^.^




Minggu, 27 Mei 2012

kalau dah sayang tuuuuu..

Assalamualaikum..


kalau dah sayang tu, semua benda kita sanggup buat untuk si dia kan.. betul tak? kalau si dia tu kata jangan, kita pun tak buat.. kalau si dia kata Ya, laju je kita buat dan kalau si dia suka apa yang kita tak suka, entah macam mana, secara tiba2 je kita pun boleh TERsuka sama apa yang dia suka. betul tak?

elelelele.. jangan tipu.. kite tau, kebanyakan orang macam ni sebab kite pun macam ni jugakkk.. hihi :p


kite tak tau lah nak cerita apa sebenarnya.. kite nakkkkk sangat update belog.. dah kenapa ber-kite2 bagai neh?-.-" 


ada orang cakap .."demimu, lautan api  sanggup kurenangi.. " errr.. tu orang yang da mabuk sangat la tuuu.. mana ada lautan yang ada api & mana ada api dalam laut... :p ok2, nama pun pepatah.. biasa la, orang kita memang suka buat perbandingan yang melampau. bara api lah, terukir di bintang lah, & bla3.. *takpe, bagus.. tu bermakna kamu mempunyai tatabahasa yg sgt baik. konpem BM A1+..* :p


saya faham.. saya pun pernah bercinta & insyaAllah bakal bercinta lagi.. tapi taktau bila la.. :p saya pun pernah rasa pengalaman & perasaan macam tu.. perasaan yang kita sanggup lakukan apa sajeee untuk si dia yang kita sayang & cinta. kalau boleh, segalanya lah untuk dia..


kita nak cantik untuk dia, kita nak menarik untuk dia, kita nak masak untuk dia, kita nak wangi untuk dia.. semua lah untuk dia.. tapi sebelum tu, meh kita sama2 renungkan...


kita kata, kita Islam.. tapi, kita ni betul2 tunjukkan yang kita ni Islam ke tak? kita ni betul2 pegang Agama Islam tu sebagai agama yang paling suci ke tak? ataupun,, kita cuma Islam sekadar atas ic dan keturunan je?


kita kata kita sayang Allah.. tapi kita buat semua tak apa yang Allah suruh? kita tinggalkan tak apa yang Allah larang?


kita kata kita sayang Nabi Muhammad.. tapi, kita ikut tak sunnah2 yang Baginda ajar? kita ikut tak pesanan Baginda?


kita kata kita sayang mak ayah kita, tapi kita cuba tak nak senangkan hati mereka? kita cuba tak 'senyum'kan mereka dgn kejayaan kita?


........ jangan pandai sayang boyfren je.. sedangkan YANG PALING UTAMA tu lah yang kita patut sayang dulu.. :') kalau betul kita sayangkan ALLAH, kenapa kita langgar je apa yang Dia kata jangan & kenapa kita tak buat apa yang Dia suruh? jawapannya, takde kat sini.. tapi ada pada diri masing2..


dan, kalau kita sayangkan seseorang tu ikhlas kerana Allah, kita tak perlu merayu pada dia.. tapi merayu lah pada Dia , tuan punya hati kepada dia yang kita sayang tu.. sama ada Allah perkenankan kemahuan kita, ataupun Allah gantikan yang lebih baik....di samping tu, sama2 lah berusaha ye.. :')



bila kita kita sayangkan seseorang, semua tentang dia kita nak ambik tahu.. kan? 

Senin, 21 Mei 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

 Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”


Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.


Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”


KELEBIHAN BULAN REJAB


Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Jumat, 18 Mei 2012

coretan hati si pelaku dosa

 DOA TAUBAT
 
"Tuhanku.... aku tidak layak untuk syurgaMu, 
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah keampunan kepadaMu, ampunkan lah dosaku..
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.."


.....................................................


Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu...

Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..


Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah


Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu




Sabtu, 05 Mei 2012

saya mahukan iniiiiiii


Assalamualaikum.. Allahurobbi.. cantik kan Al-quran pelangi ni.. ayat2 dalam Al quran dah pastinya indah , tambah pulak dengan kecomelan kaler2 ni buat saya rasa macam histeria kejap.. hehe

saya nak al-quran niiiii.. tapi birthday dah lepas pulak. nanti tunggu birthday tahun depan lah mintak kat umi.. hehe :p

harga quran ni yang paling kecik = RM90.00

for more info, boleh click sini ye :)




beautiful!


:)

Subhanallah.. 


bila kah kau dapat ku miliki? hee :D



sekarang, ni je peneman .. kaler pink jugak.. hehe ^.^



p/s : untuk bakal suami yang saya sendiri tak tahu siapa kamu, tak ku pinta mahar yang tinggi, tapi yang ku mahu hanyalah senaskhah al quran daripada kamu untukku. moga keluarga yang bakal kita bina nanti di rahmati Allah dan sentiasa berada di landasanNya . amiin =)