“Katakanlah (wahai Muhammad!): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku! Niscaya Allah pasti akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Ali Imran: 31)
Kamis, 04 Juli 2013
Rabu, 03 Juli 2013
Ucapan Dr Morsi #PrayforEgypt
Sesungguhnya, aku melalui jalan-jalan yang sangat sukar, bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini, bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera, bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat, keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, kerana agama ini sahajalah penyelamat segala.
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama, Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja, Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman, Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, kerana dalam setiap apa pun, sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku, kaffah menyeluruh, kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita, segala macam korupsi yang ada, apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, untuk semua rakyat di negara ini, kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku, untuk mengurus negeri ini, aku mengetahui batasan aku, aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, namun ku mengharapkan kamu membantu aku, bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu, aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu, bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama, tetapi keadaannya tidak demikian, kau malah menuduh aku bermacam-macam, sikapmu yang tidak sabar.
Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu, untuk membantu perjuanganku ini, kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya berpegang dengan taliNya, Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la quwwata illa billah!
Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerima amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!
from Malaysia, we support you! #prayforegypt
Selasa, 28 Mei 2013
Wanita Melamar Lelaki merupakan amalan TERPUJI
Asslamualaikum. :) masih ingat lagi dengan entry jiwang karat bersalut islamik? ehee. kalau tak ingat, boleh la pergi baca kat sana :) picit jee ;)
berbalik semula pada tajuk di atas, dalam Islam takde larangan bagi wanita yang ingin melamar lelaki soleh untuk dijadikan suami. tapi disebabkan masyarakat melayu yang penuh dengan adat sampaikan syariat diketepikan, ramai wanita zaman sekarang takut untuk lakukan perkara yang terpuji ni.
yelah, kita sering di momokkan dengan peribahasa "perigi mencari timba" sampaikan bila ada wanita yang mula menyatakan hasrat untuk meminang lelaki, mula lah keluar ayat macam "eh, kau tak risau ke orang cakap apa nanti?" "eh, kau biar betul?"
jika disingkap semula sejarah, masih ingat lagi kisah cinta agung Rasulullah dan Siti Khadijah? bagaimana Siti Khadijah menyuarakan hasrat hati beliau? jangan risau kalau lamaran ditolak. kerana, dalam sirah terdahulu pun ada menceritakan tentang bagaimana hasrat Saidina Umar ditolak oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau ingin meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya, Siti Habsah.
Pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Ada 1 hadith yang diriwayatkan oleh Anas
“Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Memetik kata-kata dari Ustaz Pahrol Muhd Juoi
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
tapi, kalau boleh sebagai wanita Islam , walaupun kita menyuarakan hasrat kepada seseorang lelaki, seeloknya, gunakanlah orang tengah. ibu bapa, ahli keluarga , sahabat ataupun orang2 yang dipercayai. tak sopan rasanya kalau kita sendiri mengaku pada dia. bukan tak boleh, tapi kurang manis , ehee :D
Ustaz Pahrol juga ada mengatakan “Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
dan....
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,”
jelas? :) bagi wanita di luar sana yang mempunyai hasrat ingin meminang lelaki yang anda rasa mampu membimbing anda ke jalan yang diredhai, teruskan je niat tu . tapi, letak Islam sebagai syarat utama. dalam Islam lengkap adab dan santun. jangan main redah aje. hee..
selamat bercinta hingga ke syurga mengikut jalan yang diberkatiNya! :)
Senin, 20 Mei 2013
Novel Review : 7 Hari Mencintaiku
Sinopsis Buku:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Assalamualaikum. lama rasanya tak menjengah blog kesayangan. kekangan masa dan kesibukan kerja mencemburui . sobss. novel review pun dah berkurun tak buat. hmm hmm.. :/ so , hari ni rajinkan diri time lunch hour ni :)
7 Hari Mencintaiku karya keempat dari novelis handalan Siti Rosmizah. tapi setakat ni, saya baru baca tiga je. satu lagi tak sempat baca. nanti lah senang2 pergi cari kat popular. :D
disebabkan saya dah baca 3 novel hasil Siti Rosmizah, pada saya.. beliau sangat berbakat dalam menulis. jalan cerita tersusun elok dan bersahaja. tak macam sesetengah novel yang saya baca,. cerita macam meloncat-loncat
cumanya, pada saya cerita kali ni agak tak masuk akal. okayylah. mungkin sebab nama pun novel kan. selama mana kita nak harap benda logik ajee. :p tapi ni pendapat saya lah. dalam cerita ni, watak Khuzairi digambarkan sebagai seorang lelaki yang teramat dan tersangatlah baik budi pekerti. sanggup tahan maki dan caci daripada isteri yang sangat dicintanya. huhu. pada saya, dalam dunia sekarang ni, jangan kata sorang.. separuh orang pun takkan jumpa lelaki seperti watak Khuzairi. jadi pada saya, penulis mungkin kena kurangkan berkhayal. hehe. memang betul, hanya cerita rekaan, tapi saya rasa kadang2 dalam rekaan tu kena jugakla ada realitinya.
selain daritu, saya rasa.. mungkin kena kurangkan sikit ketebalan dan konflik dalam novel2 anda. penat nak pegang. dan bila lama sangat perjalanan cerita, pembaca akan mula bosan.
lain-lain, saya rasa novel keempat ni agak menarik. tapi hati saya masih tertarik pada novel pertama beliau Andai itu takdirNya .
kalau nak tahu cerita selanjutnya, silalah serbu mana2 bookstore berhampiran. walaupun tebal, karya Siti Rosmizah memang awesome! :p
love, hannyjaffar
Jumat, 08 Februari 2013
Dream House :)
Assalamualaikum. salam jumaat penuh barakah :) rasanya semua orang dalam dunia ni ada impian kan. impian untuk memilik macam-macam. sama jugak macam saya. sejak2 dah masuk umur 22 tahun ni, pemikiran pun dah jalan jauh kedepan sikit. hehe. saya ada impian untuk memiliki sebuah rumah yang saya design sendiri. memang tinggi cost, tapi kalau kita usaha, semuanya tak mustahil kan? :)
saya suka rumah yang santai, dalam masa yang sama agak moden. saya tak suka keadaan yang serabut. konsep vintage sangatlah saya tak suka sebab pada saya terlalu banyak corak dan barang yang nak ditampilkan. tapi, lain orang lain minat dan citarasa. kannn ? :)
pastinya ruang yang paling penting dan wajib ada di rumah saya nanti selain bilik tidur, saya perlukan dapur yang lengkap dengan segala alatan memasak untuk saya jadi masterchef untuk suami,anak2 dan kelurga besar saya. :D dannnn yang paling penting sekali, saya perlukan bilik/ruang solat dan juga 1 bilik untuk memuatkan seluruhhhhhhhhhhhh bahan bacaan saya merangkap pejabat kat rumah. sebab saya rasa, saya nak buat kerja dari rumah dengan herbalife. saya nampak peluang yang cerah kat situ. nak tahu macam mana? contact details saya ada kat sidebar :)
okayy,cukup membebel,, jom tengok sebahagian ruang impian untuk 'syurga' idaman saya... ;)
ini adalah master bedroom. saya nak konsep yang lebih kurang macam ni, tapi mungkin akan di ubah mengikut bajet yang ada. semuanya bergantung pada bajet. kalau bajet ada lebih, boleh jadikan sebiji macam ni. saya pun rasanya memang nak warna putih untuk bilik tidur saya. putih kan suci. ecececeyyy :p
okay. ini pulak antara design dapur yang saya rasa, saya akan WORK HARD untuk dapatkan keadaan dapur milik saya sebiji macam ni. saya sangat suka memasak , tak kira lah apa jenis masakan sekalipun. saya perlukan working table untuk acara potong memotong, bancuh mebancuh , putar memutar dan lain2. saya jugak nak kumpul duit & kerja keras untuk make sure saya ada semua peralatan memasak. heee. pengaruh tengok network food channel ni sebenarnya. kehkeh :p
ini pulak walking wardrobe. heee.. sebelah saya punya & sebelah lagi bakal suami punya. saya suka konsep walking wardrobe sebab nampak kemas. mungkin baju2 kat walking wardrobe ni saya akan letak baju2 yang formal. baju jalan2 atau duduk rumah, bak kata orang baju basahan, saya letak dalam almari biasa je. kalau semua nak letak kat dalam walking wardrobe ni, errr tak mampu lak rasanya nak design ruangan lain. huhu
3 ruang ni kalau boleh memang teringinnnnnn sangat nakk sebiji macam ni. tapi tengoklah rezeki macam mana nanti. nampak macam mustahil, tapi sebenarnya takde yang mustahil dalam dunia ni dengan izin Allah kann? :) impian kena besar, barulah kita akan usaha sebesar impian kita tu. byeeeee~ :)
love,hannyjaffar
Senin, 28 Januari 2013
Roti naik ke Roti kukus?
Assalamualaikum! :) malam ni satu lagi projek menuju alam rumah tangga. hihi. kata nak jadi masterchef untuk bakal suami, so kena lah menuntut macam2 ilmu masakan daripada orang yang berpengalaman. hihi :p malam ni saya buat roti. alaaa roti biasa2 je. family kami panggil roti naik. orang lain tak sure pulak panggil apa. mungkin roti kukus sebab cara masak dia dengan mengukus. ataupun roti gebu sebab dia sangat gebu. ataupun roti kaler2 sebab dia kaler pink + kuning. ikut lah mana2 nak panggil pun. janji bendanya sama, iaitu roti :p
okay, bahan-bahan yang diperlukan ialah
1kg tepung gandum
1 biji telur
100ml susu fresh
1 packet mauripan
400ml air suam
1 cawan gula
garam
vanilla extract
pewarna merah, kuning atau apa2 je.ikut suka masing2
step yang pertama ialah. korang perlu sediakan mangkuk dalam 3 biji. kalau takde mangkuk, tak boleh buat kerja :p
oke2, serius. first sekali,, kena ayak tepung tu. ayak sekali pun cukup dah. lepastu bubuh mauripan. gaul2 mauripan dengan tepung tu bagi selesa bersama :p
lepas dah gaul2, asingkan dua bahagian. kalau nak buat banyak kaler, asingkan lah ikut kaler yang nak bubuh nanti. kalau malas, buat je 1 kaler. tapi saya biasa buat dua kaler.. pink & kuning
dalam bekas yang lain, pukul telur. jangan kuat2 tau. pukul biasa2 je.pastu masukkan susu fresh, garam ,gula , vanilla & air suam. kacau2 sikit. lepastu asingkan kepada dua bekas. letak kaler yang diingini.
lepastu, letak tepung yang dah asing tadi dalam bekas campuran susu n telur tu. uli jangan kuat2 sebab nanti roti tak naik atau. gaul dan uli secukup rasa sampai keliling bekas tu bersih. maksudnya takde adunan yang melekat.
bila dah siap, ambik kain basah dan rehatkan selama 1 jam. ceni lah rupa dia bila dah 1 jam. dia akan mengembang dengan jayanyaaaaaaaa :p
bekas ni tinggi, so tak nampak sangat kegebuan beliau. bila dah naik ceni, tumbuk2 mereka bagi keluar angin. lepastu, uli sikit lagi, tutup semula dengan kain basah & biarkan selama setengah jam.
sambil-sambil tu boleh lah sediakan loyang & panaskan air untuk mengukus.
bila dah cukup satu jam, boleh dah bulat2kan dia untuk letak dala loyang. ikutlah kretiviti masing2, nak buat tocang ke, nak susun2 ke atau apa2 jela. saya buat bulat2 & susun selang seli antara warna pink dan kuning. hasilnya macam ni
ada 1 lagi loyang tu buat tocang. tapi malas lak nak ambik gambar :p
bila dah susun, biarkan kejap dalam 5 10 minit. bagi naik sikit lagi lepastu boleh masukkan dalam pengukus. kukus lebih kurang 30-35 minit. lepastu boleh dah angkat. yayyy.. hasilnya, harusla gebu dan lembutt uolssss :p
see, gebu tak iols punya rotii? heeee. ni hasilnya bila kita masak dengan penuh kasih sayang untuk orang yang tersayang . aishewahhhh :p
ni bila dah keluarkan dari loyang. mahap bebanyak sebab kualiti gambo sangat tak ohsem! iols pakai fon cikaiii je.
roti ni sedap makan pepanas. sapu sikit dengan butter ataupun cicah milo. pehhh, memang ohsem ! sila lah cuba ye.
untuk bakal suami, nanti u balik kerja, i buatkan ni untuk u kayy? #nak jugak cakap walaupun entah sape entah orangnya -___-"
love, hannyjaffar
Kamis, 24 Januari 2013
Officially twenty two!
Alhamdulillah, hari ni cik hanny genap 22 tahun! :) syukur ya Allah kerana Kau masih beri peluang untuk aku bernafas di muka bumiMu ini . Alhamdulillah :')
Birthday tahun ni macam biasa je. sama macam tahun-tahun yang lepas. tahun ni tahun kedua sambut birthday tanpa ayah. sedih. rindu sangat pelukan n ciuman dari arwah ayah. kalau tahun-tahun sebelum ni, pagi2 subuh ayah kejut . ayah wish birthday. n ayah mesti cakap camni "happy birthday dik. anak ayah dah besar. semoga terus jadi anak yang solehah. love you" lepastu ayah kiss dahi. rindunyaa :'( semoga ayah tenang di sana :(
tahun ni , tradisi demam sebelum birthday berulang lagi. haha -.- umi kata, saya dari kecik sampai besar, setiap kali nak masuk umur baru, mesti demam. hewhew. :p
Rasa bersyukur sangat tahun ni sebab berkongsi tarikh yang sama dengan maulidurrasul . Alhamdulillah.. hadiah yang paling indah rasanya sepanjang 22 tahun hidup :)
hmm apa lagi ye? ohh, tahun ni masih jugak sama. takde celebration, takde suprise, takde hadiah. birthday saya macam hari biasa, hanya diserikan dengan ucapan dari keluarga dan kawan2 :)
takde hadiah pun takpe sebab, pada saya.. hadiah birthday saya yang paling berharga setiap tahun ialah, bila pagi 24 januari, saya masih mampu lihat wajah umi yang tersenyum. semoga saya dapat terus berikan wajah indah umi terus tersenyum. aamiin :)
apa-apa pun, terima kasih banyak2 yang bagi ucapan melalui facebook, twitter, phone call, whatsapp, message dan jugak BBM. terima kasih banyak2 atas doa korang semua. tahun ni banyak dapat doa supaya saya bertemu jodoh dan tamatkan zaman bujang. aamiin!!! haha. memang kalau boleh, itu yang saya harapkan di usia 22 tahun ni. insyaAllah, kalau dah sampai seru dan dah muncul bakal suami, ada lah nanti. cewahhhh. puii skettt :p
sweet? hihi.. impian, semoga menjadi kenyataan. aamiin :p
Alhamdulillah syukur dah sampai umur sekarang. semoga umur yang baru ni akan bagi sinar dan kebahagiaan baru untuk saya dan keluarga. terima kasih umi sebab lahirkan hani kedunia ni & didik hani penuh kasih sayang. terima kasih ayah sebab tak pernah jemu menyokong & percayakan hani. terima kasih along angah sebab tak pernah jemu jadi bodyguard kite. :') dan paling penting sekali.. terima kasih sebab sayangkan hani dan tak pernah sekalipun kecewa kan hani.. insyaAllah, hani akan terus mencuba jadi anak yang solehah untuk umi & arwah ayah.. dan jadi adik yang menyenangkan hati along & angah.. :)
love, hannyjaffar
Rabu, 23 Januari 2013
Sambal Tumis Udang campooo petai!
kenal tak ni apa? ini petai yee. orang kapung cam ku je makan benda2 ni. hewhew
Assalamualaikum. entry terakhir di umur 21 tahun sebelum menjangkau usia 22 tahun. kehkeh :p Hari ni balik kerja, aunt cakap dia ada belikan petai sebab dari haritu saya dok kata nak makan petai. entah sejak bila makan petai ni pun taktahu. haha.
dulu arwah ayah suka sangat makan petai. saya lak tak suka sebab bau dia busuk. tapi ada sekali tu, saya TERmakan sambal tumis petai. lepastu tetiba macam sedap pulak. saya takdela makan petai mentah2 macam ulam. makan petai yang dah masak ok la, petai yang tak masak belum mampu lagi. hihi
rasanya dari tahun lepas masa belajar kat melaka lagi dah cakap nak makan sambal tumis udang campo petai. tapi tak jumpa2. nak masak asyik lupa je nak beli pakcik petai ni haa. Alhamdulillah hari ni dapat gak makan. nak resepi? alaa, macam masak sambal tumis biasa je. tapi version saya , saya tak bubuh belacan sebab tengah allergic dengan belacan.
macam biasa, takde specific sukatan bila saya memasak. tak reti nak menyukat2 ni. main sauk je apa yang ada. perasan chef sekejap :p eh harusla, iols kan nak jadi masterchef untuk bakal suami iols nanti :p
takpayah resepi lah kot kann.. google je, berderet keluar resepi nanti :D
sedikit fakta mengenai petai
Petai mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit.
Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).
Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok
Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok
.......
tapi kalau dah makan petai, buang air kecik ada bau sikit la. so jangan kencing sepah2. kencing dalam mangkuk tandas dan jirus kasi hilang bau ye. haha. :p
salam maulidurrasul! :)
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
love, hannyjaffar
Senin, 14 Januari 2013
Makan Malam
Assalamualaikum . bersiaran langsung dari rumah manis rumah. :D macam biasa, menjadi seorang anak perempuan tunggal adalah agak berlainan sikit sebenarnya dari jadi anak perempuan yang tak tunggal. #eh ? :p sama ada jadi anak tunggal perempuan yang manja ataupun yang berdikari. saya mungkin campuran keduanya , so saya adalah seorang anak perempuan tunggal yang mandi. hihi :p
ok, abaikan kemerepekan itew -.-
macam biasa, bila balik kerja..perkara wajib adalah bersilat ye anak-anak.bukan bersilat di gelanggang, tapi bersilat di dapur. ye , dapur.. alah, orang perempuan kan. kalau tak masak, tak perempuan lah. eh, boleh ke camtu? habisla kena baling telur aku nanti -.-
terpulang lah rasanya . kalau rajin dan boleh memasak, Alhamdulillah. bagus. Tapi kalau tak boleh memasak tu, tak bermakna awak tak bagus. tapi anggap je awak masih on the way nak jadi bagus.. hee
hari ni lauk untuk isi rumah ialah asam rebus ikan sembilang, ikan siakap masak tiga rasa, kacang panjang goreng & pajeri terung. pajeri terung tu lauk semalam. hehe :p dan saya belum pandai nak masak pajeri terung sebab saya tak suka rasa dia yang agak pelik tu. takpe, nanti kalau bakal suami dan family dia suka pajeri terung tu, nanti saya cuba masak. #eh lagi sekali :p
tapi hari ni nak share resepi ikan siakap masak tiga rasa jelah kot. ekceli takdela resepi sangat sebab main bubuh je apa yang ada dalam fridge tu. -.- so para chef sekalian, mahap bebanyak yawww sebab tak ikut resepi. saya ikut kepala sendiri je :p
bahan-bahan
ikan siakap
bawang putih
bawang merah
halia
cili kering
cili padi
kunyit
tomato / nenas
garam , gula
sos tomato
apple cider
sos ikan (kalau takde boleh ganti dengan sos tiram)
cili padi
daun bawang, daun sup, daun ketumbar
cara-cara
1.goreng ikan sampai garing. Ketepikan
2.kisar cili kering, bawang putih+merah & halia
3.sebahagian halia & bawang putih hiris halus & tumis. ini untuk bagi rasa dan bau pada sos
4.masukkan bahan yang dah dikisar tu. tumis sampai pecah minyak. ehem, minyak jangan bebanyak sangat tau! boleh je guna minya sikit. cuma lambat sikit lah bahan kisar tu pecah minyak
5. lepastu, masukkan air sikit.
6.masuk tomato, cili padi & sebahagian daun-daunan
7. masukkan sos tomato sikit, sos tiram/sos ikan.
8.masukkan garam & gula
9.biarkan mendidih & agak-agak pekat, dan siap! boleh angkat bubuh atas ikan :)
tips :
1. bila dah sudah guna blender, jangan basuh terus.tapi masukkan sikit air dalam blender, goncang sikit & masukkan air dalam masakkan. insyaAllah sedap. sebab apa? sebab kita digalakkan supaya tidak membazir! kita taktahu, mungkin lebihan yang melekat kat blender tu ada rezeki & berkat didalamnya :)
2. bila kita gunakan sos tiram dalam masakan, campur sikit gula. sebab akan menaikkan rasa sos tiram & masakan.
3. Tips paling penting ialah, masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. dan jangan lak sebok berdendang sayang nyanyi lagu lady gaga ke siti nurhaliza ke. :p berselawat & zikir la sambil masak tu. insyaAllah makanan akan jadi sedap. berkat! :)
dah sibuk masak-masak untuk isi rumah, makanan malam saya adalah ini :
strawberry & dutch chocolate formula 1 :) #herbalife. hehe
love, hannyjaffar
Langganan:
Postingan (Atom)