Sabtu, 27 Agustus 2011
Selasa, 16 Agustus 2011
Adakah anda seorang GF yang materialistik?
Assalamualaikum. =) hoh. tinggal 2 lagi paper untuk midterm. kepala dah serabut. malam ni nak buat entry pasal PEREMPUAN MATERIALISTIK! ada tak sesiapa yang baca entry ni terasa disindir? huhu. Sebenarnya, niat asal.. bukan untuk menyindir sesiapa. tapi, untuk mengingatkan sesama kita je.
apa tu materialistik? malas nak terangkan. kalau tak faham, boleh bukak kamus ataupun google je lagi cepat :P besta pun boleh jugak. ahhhh.. sudah sudah. menyongsang dari tajuk asal dah ni. entry ni ditujukan pada wanita yang belum bersuami ye. wanita dah bersuami, nak mintak macam2 kat hubby anda, itu memang digalakkan. cuma, ikutlah kemampuan. jangan ikut kehendakkkkk je :)
okey lah, hani rasa lah kan.. sebagai seorang perempuan.. 1st sekali.. harga diri perlu dijaga. harga diri disini tak bermaksud dara saja ye. tapi semua segi. sebagai wanita ISLAM , kita WAJIB ada sifat malu. malu kepada semua perkara. kita jugak sebagai seorang MUSLIM umumnya & MUSLIMAH khasnya, sangatlahhhh tidak digalakkan untuk meminta minta.
entahlah. sekarang ni hani tengok.. kebanyakan BF, selalu sangat ikut cakap GF. apa GF nak, terus beli. terus bagi. kalau takdapat, GF merajuk. kasihan kannnn . taktahu nak kesian kat siapa sebenarnya. kesian kat BF sebab jadi macam LEMBU DICUCUK HIDUNG, kesian jugak kat GF sebab boleh diibaratkan sebagai kuku besi.
wahaii lelaki diluar sana, apa yang anda rasa bile teman wanita yang baru anda kenal, meminta anda turutkan segala kemahuannya? korang nak stay ke nak tinggal terus? kalau hani, hani tinggal terus.
baru je beberapa bulan couple, tapi dah mintak macam2. ape kes? hani dulu, couple bertahun. sebatang pensel pun takdapat dari dia. ni kan pulak nak mintak benda yang mahal2? hani rasa, ini semua dari didikan family. bukan hani nak cakap, mak bapak orang tu tak pandai didik anak dia, tapi... rasanya.. kalau dari kecik dah diasuh supaya TAK MEMINTA2, rasanya... bila da tua bangka macam sekarang ni..takdelah dia berperangai macam tu. betul tak?
nasib kamu lah labi, dapat GF macam tu. harap2 dengan kehadiran Baby F idamannya , mampu lah buat si dia diam sekejap daripada terus terusan MENGGELETIS kat belog & fb. bukannye apa, kami ni dah penat tengok aksi terlampau GF kamu tu. MUAK sangat. didik2 lah dia jadi orang yang berperangai sedikit matang selari dengan umur yang dah menginjak dewasa tu. kamu pun mesti tak suka orang bercakap pasal GF kamu kannnn. jadi, apa kata.. sebagai langkah untuk menjadi suami mithali *insyaAllah*, kamu tegur lah sikit perangai wanita kesayangan kamu tu. saya disini tak cakap saya cukup baik. banyak je silap yang dah dilakukan. tapi, sekurang2nya, kita saling mengingati. apatah lagi dibulan suci ni. kan kan =)
seeloknya, sebelum kahwin.. jangan lah mendesak si dia turut segala kemahuan kita ni. banyak lagi lelaki nak fikir. nak kahwin je da beribu riban. lepas kahwin pun macam macam tanggungan lagi. awak tak kesian ke kat BF awk ? kerja penat2, then habiskan duit kat awak je? dah kahwin lain. tu memang tanggungjawab dia. tapi, sebelum kahwin ni.. elakkan lahhh. kalau sayang si dia, fikirkan lah pengorbanan yang dah dia buat untuk memiliki awak. kerja bermandi peluh. then awak habiskan duit dia saje saje je. ape cite?
cinta, kasih sayang, kesetiaan,kepercayaan & memahami antara satu sama lain adalah hadiah yang paling mahal dalam dunia ni bagi sesuatu hubungan. =)
okaylah, banyak bebel dah ni. penat. nak tido! maaf lah sesiapa yang terasa. ini ingatan untuk diri sendiri jugak. semoga saya tak buat macam ni kat bakal suami saya. kesian beliau. okayyy, Assalamualaikum. wfa- imissyou !
Rabu, 10 Agustus 2011
rindu. sayang. terharu. sebak.
Assalamualaikum. alhamdulillah, dah selesai midterm subject entrepreneurship. ada lagi 5 midterm menanti. phewwww. letihhhh! tadi punya exam, okaylahhh. boleh tahan & boleh jawab. cuma ada 1 soalan 4 markah hani tak jawab sebab blur masa tu. alasan blur sebab dalam dewan sejuk sangat. ahaha boleh? :P takdela, hani tak jawab sebab hani tak ingat. puas memerah otak , tapi tak boleh ingat jugak. daripada hani merapu meraban & mengundang gelak tawa lecturer, baik hani kosongkan je. hihi :D
pejam celik pejam celik, dah masuk hari ke11 kita berpuasa kannnnnnn. cepat betul masa berlalu. tinggal lebih kurang 20 hari lagi untuk kita bersama bulan penuh mulia ni. sepanjang ramadhan kali ni, hani cuma berkesempatan solat terawikh berjemaah 2 kali je. lain2 semua buat sendiri sebab boleh dikatakan hampir tiap malam hani ada class & midterm. sedih sebenarnya. sayu je hati bila dengar pak imam baca surah mendayu dayu lagu nya. rasa macam nak berada dalam jemaah tu. tapi, apakan daya...... hurmmmm :'(
masa 9 ogos hari tu, genap 2 bulan pemergian ayah tersayang ke rahmatullah. hani mimpi ayah malam tu. mimpi apa tu biarlah hani sorang yang tahu. yang pasti, kerinduan pada arwah ayah makin memuncak. susahnya nak ungkapkan dalam kata kata. nak mengadu pun rasa malu sebenarnya. nanti apa pulak orang kata. orang kata hani tak redha la, hani lembik la.. tapi, rindu di hati ni, memang sakittttttt sangat. apa lagi bulan ramadhan ni. bila balik muar, selalu terbayang ayah tanya hani nak makan apa bila waktu berbuka. lepastu, pukul 8 lebih sikit, ayah start kereta untuk pergi masjid. dekat pukul 10 ayah balik & ayah akan duduk kat meja makan. nak ulang makan sikit apa yang ada. rinduuuu sangat :'(
tapi sekarang, bila balik muar... cuma hani & umi berdua je. buka puasa pun biasa biasa. tak mewah dengan makanan macam dulu. biarlah bersederhana. lagipun, kami berdua je yang nak makan. paling terharu bila tiap petang umi akan tanya hani nak beli apa apa kat bazar ramadhan ke. macam dulu, umi selalu bising kat ayah sebab tiap hari ayah akan bawak hani pergi bazar. kadang2 beli kuih seringgit je pun. tapi, still ayah akan ajak keluar. umi potpet potpet masa tu sampai ayah kata biarkan je umi bebel2. hehe. tapi sekarang, umi pulak yang ambik alih tempat ayah. bila hani balik muar, umi akan tanya nak buka apa, nak pergi bazar ke takkk. minggu lepas hani ada kat muar 3 hari.. tiga2 hari umi bawak hani keluar. kalau tak pergi bazar pun, pergi kedai cari air untuk buka puasa. terharu & sebak sangat :'(
hani perasan sekarang yang, umi cuba buat apa yang ayah pernah buat pada hani dulu. mungkin di luar sedar umi atau mungkin jugak umi nak hani rasa yang walaupun ayah dah takde, kasih sayang ayah masih ada untuk hani dalam diri umi. sedihnyaaaaaaa! :'( lama dah rasanya hani tak menangis. tapi malam ni, rasa rindu sangat kat ayah & umi. rasa tak sabar nak balik muar jumaat ni.
masa hari sabtu haritu, hani teringin nak makan murtabak. umi pun bawak la hani pergi tempat yang kami selalu beli. tapi, murtabak tu dah habis. bila hani cakap dah habis, umi asyik tanya je "benda lain nak tak? nanti kita cari murtabak lain kali". hani cakapla hani taknak pape dah. tapi, umi tetap jugak tanya "kuih nak? kita tengok apa yang orang kat depan tu jual eh". huhuhuhuhu. lepastu, umi berhenti kan kereta kat satu gerai tepi jalan ni. makcik tu jual lauk. lepastu umi ternampak ada macam signboard orang jual murtabak. tapi tak bukak pun. umi terus tanya kat makcik tu , kedai murtabak tu bukak pukul berapa. makcik tu cakap, orang murtabak tu jual malam. lepas tu, umi tanya hani "malam ni nak beli murtabak kat sini tak? " . huhuhu rasa sebak sangattt. padahal sebelum ni, umi malas nak keluar malam. tapi, disebabkan hani takdapat murtabak, umi sanggup offer nak keluar malam :'(
bila hani cakap taknak, terus umi cakap "next week hari jumaat umi ambik petanglah. nanti boleh tengok apa2 ada kat bazar kat melaka tu." sobssssss . taktahu nak cakap apa lagi dahhhh. besarnya kasih sayang seorang ibu. yang pasti, sampai bila bila pun hani takkan mampu balas jasa umi & arwah ayahhh. hani rindu ayah. hani rindu umi. hani sayang umi. hani sayang ayah.
*lap air mata*
thanks for reading. bubbye. Assalamualaikum
da mula nak emo je. sebab apa tah. mungkin sebab banyak sangat benda nak buat tapi, masa yang ada sangat lahhhhhh suntuk.
Selasa, 09 Agustus 2011
MMU memang best ! -.-"
Assalamualaikum. hello readers :) ohhh entry ni bukan lah mahu memuji mmu. jauh sekali nk mengutuk.. tapi, lebih kurang la. ehehe. lebih kurang dengan mengutuk. huuu. eh eh bukan..alaaa, apa apa je lah. taktahu nak describe macam mana.
Alhamdulillah, baru lepas presentation tadi. semuanya berjalan lancar. presentation dah habis *yeay!*. lepas ni kena focus pada 2nd midterm & assignment. biasalah dah nak habis sem ni, assignment semua kena submit. memang tak menang tangan lah nak buat. tapi, dah nama pun student kannnnnnnnnn. cuma, perit sikit la kat mmu ni sebab.. waktu study sangat pendek lepastu subject pulak banyak. memang tingtong la kepala. -.-"
sem2 sebelum ni hani rasa hani tak pernah lupa class kat mana. tapi, sem ni.. macam hampeh je. selalu silap class. tapi ape ada hal kannn. tebalkan muka je bila dah silap class tu :P
saya rindu seseorang. rindu sangatttt! :'(
pada kawan kawan yang nak ajak jumpa dalam 2 minggu ni, mintak maaf sangat. memang takboleh rasanya. bukan rasa, tapi memang takboleh sebab sangat lahhh pack jadual saya. *bajet ramai orang nak jumpa dia lak :P*. tak percaya? ce tengok bawah ni.
Alhamdulillah, baru lepas presentation tadi. semuanya berjalan lancar. presentation dah habis *yeay!*. lepas ni kena focus pada 2nd midterm & assignment. biasalah dah nak habis sem ni, assignment semua kena submit. memang tak menang tangan lah nak buat. tapi, dah nama pun student kannnnnnnnnn. cuma, perit sikit la kat mmu ni sebab.. waktu study sangat pendek lepastu subject pulak banyak. memang tingtong la kepala. -.-"
sem2 sebelum ni hani rasa hani tak pernah lupa class kat mana. tapi, sem ni.. macam hampeh je. selalu silap class. tapi ape ada hal kannn. tebalkan muka je bila dah silap class tu :P
saya rindu seseorang. rindu sangatttt! :'(
pada kawan kawan yang nak ajak jumpa dalam 2 minggu ni, mintak maaf sangat. memang takboleh rasanya. bukan rasa, tapi memang takboleh sebab sangat lahhh pack jadual saya. *bajet ramai orang nak jumpa dia lak :P*. tak percaya? ce tengok bawah ni.
Wednesday – 10/8/2011
Entrepreneurship – Midterm
Friday -12/8/2011
Financial Accounting 3 – 2nd midterm
Submit portfolio – Intro to Investment
Submit assignment – Company Law
Monday – 15/8/2011
Company Law – Midterm
Tuesday – 16/8/2011
Management Accounting 1 – 2nd midterm
Friday – 19/8/2011
Auditing 1 – 2nd midterm
Submit portfolio – Intro to Investment
Saturday – 20/8/2011
Business Law - midterm
Wednesday – 24/8/2011
Submit assignment – Auditing 1
Friday – 26/8/2011
Submit assignment – Intro to investment
saya perlukan rehat. seriusss! tak tahan dah ni. tak tahan penat + tak tahan rindu! huhu. oklah. nak study untuk midterm esok. do pray for my success ya. thanks All =)
*ehemmm! i know u miss me a lot kannnnn! :P - wfa*
Langganan:
Postingan (Atom)