Alhamdulillah, dah selesai hari pertama kita berpuasa. insyaAllah malam ni adalah malam kedua kita menunaikan solat sunat tarawikh di bulan suci ni. rebut peluang yang ada ni ye sebab solat tarawikh kita cuma boleh jumpa sebulan dalam setahun. ni ada sikit panduan untuk menunaikan solat sunat tarawikh ni. sebenarnya, kat luar sana banyak dah buku2 yang dijual untuk guide kita semua tentang ibadah wajib dan sunat ni. tapi, sekadar nak berkongsi sesama kita. semoga bermanfaat :)
Bilangan Rakaat
Solat tarawikh adalah sebanyak 20 rakaat tetapi boleh juga dilaksanakan sebanyak 8 rakaat. Solat sunat tarawikh ini hendaklah ditunaikan sebanyak 2 rakaat dan 1 salam, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki
Niat Solat tarawikh
Bacaan Surah
selepas membaca surah Al-fatihah, diiukuti dengan surah2 berikut
dua rakaat pertama :
1. surah At-Taktahur
2.Surah Al-Asr
dua rakaat kedua :
1.Surah Al-Humazah
2.Surah Al-Fil
selesai empat rakaat, Imam membaca doa,
kemudian sambung semula solat
dua rakaat ketiga :
1.surah Al-Quraisy
2.surah Al-Ma'un
dua rakaat keempat :
1. surah Al-Kafirun
2. surah Al-Nasr
setelah selesai, Imam membaca doa ini
setelah selesai imam membaca doa diatas, diikuti pula dengan solat sunat witir 3 rakaat. solat sunat witir ini dilakukan 2rakaat dan 1 salam sahaja. (bukan 3rakaat terus macam solat maghrib tau :D )
Lafaz niat solat sunat witir
Bacaan surah dalam solat witir
selepas membaca surah Al-fatihah, diikuti dengan surah berikut
dua rakaat pertama :
1. Surah Al-A'la
2.surah Al-Kafirun
selepas beri salam, dikerjakan pula rakaat terakhir (1 rakaat)
pada rakaat itu, hendaklah dibaca 3 surah berikut selepas surah Al-fatihah
Al-Ikhlas, Al-Falaaq & An-Nas
* Bermula pada malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca doa qunut (seperti dalam solat subuh) . jika tidak membaca doa qunut, hendaklah melakukan sujud sahwi. Doa qunut dibaca selepas berdiri tegak daripada rukuk sebelum sujud yang pertama.
selesai mengerjakan solat witir, disunatkan membaca tasbih sebelum berdoa :
tasbih
Doa
Hukum solat sunat tarawikh adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut) tidak kira lelaki ataupun perempuan. Lebih Afdhal jika solat ini dilakukan secara berjemaah.
-----------------------------
ok, sudah dulu ye. InsyaAllah esok saya share pasal cara untuk khatam Al-quran dalam masa sebulan di bulan Ramadhan ni. :)
Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)
©hanny jaffar©
Tidak ada komentar:
Posting Komentar