Minggu, 16 Desember 2012

Kahwin Muda.


Assalamualaikum. tiba-tiba rasa terpanggil pulak nak buat entry kahwin muda. Sejak kebelakangan ni, banyak dah terpapar kat surat khabar, internet , etc3 tentang isu kahwin muda atau kahwin semasa belajar. sampaikan, Semanis Kurma TV9 pun buat tajuk "bahagiakah kahwin muda?" & "Kahwin ke Belajar". search je kat youtube, insyaAllah jumpa :D


Rasanya entry kali ni macam agak panjang. nak berceloteh sikit pasal isu kahwin muda ni. saya rasa terpanggil sebab sebahagian besar ahli keluarga saya macam "menolak" isu kahwin muda / kahwin semasa belajar. saya tak salahkan diorang sebab masing2 ada pandangan tersendiri. dan paling pasti, pandangan saya 360 darjah berbeza dengan pandangan mereka. :)




alasan yang mereka bagi pada saya tentang isu kahwin muda & kahwin time belajar ialah

1.nanti bila dah kawen, dah seronok kawen, terus takde mood nak belajar

2.sebelum kawen kata boleh habiskan belajar macam biasa. tapi kalau mengandung nanti macam mana ? nak uruskan suami, nak uruskan anak. last2 pelajaran terabai

3.lagi2 kalau dapat suami yang serba serbi ada. nak tu dapat, nak ni dapat. lama2 rasa yang pelajaran tu tak penting lagi dah.

 lebih kurang macamtu la. makna sama, ayat lain.hehe..





pada saya pulak, saya sangat menyokong 100% isu kahwin muda ni. memang betul kahwin ni tak senang. kahwin bukan semata-mata sebab cinta.. tapi bila kahwin, tanggungjawab tu kena lebih besar daripada cinta. bila dah kahwin, kita bukan hidup sorang lagi. semuanya kena share dengan suami atau isteri. dah takboleh ikut kepala sendiri je.


memang betul , ada je yang kecundang dalam pelajaran bila dah kahwin. ada yang takde semangat nak sambung belajar sebab dalam kepala dah fikir yang tiap-tiap hari dah ada orang support. ada jugak yang fikir, tak habis belajar pun takpe, duduk rumah jaga suami n jaga anak je. memang betul, ada je yang berfikiran macam tu. tapi , pokok pangkal cerita letak pada diri sendiri. macam mana kamu buat pilihan untuk hidup dan masa depan kamu.


kat account twitter saya, saya kenal dengan ramai adik-adik yang berkahwin muda dari saya. ada sorang, syifa namanya. dia berumur 19 tahun & suami berumur 20 tahun. haritu dia SPM, siap bawa baby dalam perut lagi.




sorang lagi, rasanya ramai yang kenal. Dena Baharin. dia pun kahwin muda waktu umur 19 tahun. sekarang tengah pregnant & boleh je bawa baby dalam perut ke class setiap hari..



contoh lain? irine nadia. blogger yang sangat femes & comel tu. pun kahwin muda ,time belajar & sekarang tengah pregnant.


psstt : mintak halal ye adik2 gambar ni semua.. syifa, dena & irine :)

kahwin awal bukan satu isu yang mana orang kata boleh bawa pada kecundangnya seseorang tu dalam pelajaran! sekali lagi, semuanya letak pada diri sendiri. macam mana kita corakkan kehidupan kita selepas berumah tangga. macam mana kita bahagikan masa kita untuk belajar dan rumah tangga.


pada saya, kahwin awal adalah sangat bagus dari bercouple till jannah kononnya yang dah sah-sah haram tu. kenapa orang kita terima budaya couple tapi tak terima isu kahwin muda sedangkan 1 tu dah jelas haramnya dan 1 lagi tu dah sah halalnya? kenapa pilih jalan yang haram sedangkan yang halal tu ada?


sedangkan Rasulullah pernah bersabda :

Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.  


tiba-tiba rasa macam sepanjang tulis entry ni, rasa macam emo. haha -.-"  bukan sengaja nak emo, tapi tiba-tiba rasa macam tak adil sangat bila dengar orang cakap ceni

"tulah, nak sangat kawen awal. dah gatal sangat. last-last belajar tak kemana. duduk jelah kat rumah tu"


sedih tak bila dengar ada mulut yang cakap camtu? tak semestinya orang yang kawen awal tu kecundang belajar. ada ramai je lagi kat luar sana kecundang belajar. tapi kenapa orang yang kawen awal jugak dipersalahkan? and lagi satu, salah ke duduk rumah jaga suami? jaga anak2 & bawak title suri rumah?


jangan pandang rendah dengan title suri rumah sebab suri rumah ni adalah pekerjaan yang paling hebat tau. dialah tukang masak, dialah tukang cuci, dialah counselor, dialah accountant, semua dia. then kenapa ada orang yang masih nak pertikai semua ni pun saya tak faham -.-


Islam sangat menggalakkan umatnya berkahwin di awal usia, seperti dalam hadis ni 

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.


perkahwinan adalah salah satu pintu rezeki. insyaAllah, benda yang elok, yang Allah suka, DIA akan tolong untuk kita berada terus didalamnya.  :)  maaf, ni cuma pandangan saya. pandangan yang jujur dari hati dimana saya sangat sokong isu kahwin awal ni. takde istilah Gatal kalau berkahwin awal ye anak-anak. kahwin adalah sunnah yang dituntut dalam Islam. baik kahwin dari couple yang tak pernah wujud istilah tu dalam agama suci kita ni. siapa yang kata kahwin awal tu gatal, berat nanang bak kat ustak azhar. :)


terima kasih sudi baca entry yang panjang berjela dan penuh emosi. korang memang sabar.! hihi :p

eh?? hehe :p


©hanny jaffar©


Tidak ada komentar:

Posting Komentar