Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai 3 hari kita berpuasa. sepanjang tiga hari ni, ujian yang paling besar buat saya ialah terlalu mengingati kenangan lepas. tak tahu kenapa, setiap masa saya teringatkan si dia. Allah.. pada saya, dugaan ni adalah dugaan terbesar buat saya..
di sini, saya nak kongsikan sikit doa melupakan sesuatu perkara yang pahit untuk kita ingati. ni salah satu usaha. kalau kita usaha dan niat tu baik, insyaAllah Allah akan tolong..
1. BACA SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW
2. KEMUDIAN TADAHLAH TANGAN DAN BERDOA DENGAN MEMBACA DOA NI DAN TERJEMAHANNYA SEKALI SEBANYAK 3 KALI
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maakanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
3. KEMUDIAN NIATKAN SEGALA KEBURUKKAN ATAU PERKARA YANG PAHIT UNTUK DIINGATI ITU SEMUA,DAN SERAHKAN PADA ALLAH UNTUK MENGHUKUMNYA. SELESAI BERDOA SAPULAH KEDUA TANGAN ITU KEMUKA DAN TERUS KE DADA
4. BIARKAN TANGAN ITU DALAM BEBERAPA SAAT
5. DAN NIATKAN INI DALAM HATI
"YA ALLLAH TENANGKAN LAH HATI NI..."
Saya sendiri masih dalam proses cuba jalan dan usaha ni. moga2 Allah terima usaha dan berkati usaha saya sebab saya tak mampu dah nak tanggung perasaan bila teringatkan kenangan lama saya dengan si dia. memang kenangan tu semuanya manis. tap jadi pahit bila perasaan dan keadaan tu dah tak sama macam dulu..
Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)
©hanny jaffar©
Tidak ada komentar:
Posting Komentar