Assalamualaikum :)
bila cakap pasal tudung, isu ni adalah isu yang agak sensitif. bila kita tegur, orang akan jawab macam2. itu lah ini lah. saya ni bukannya alim sangat. tapi saya rasa, dah sampai masanya saya menegur sesetengah orang. saya masih belum mampu mengubah menggunakan 'tangan'. cukup lah selama ni saya hanya mencegah melalui hati saya saje & sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.
dari membenci dengan hati, saya mul berjinak2 dengan membenci atau menegur kemungkaran melalui lidah. terpulanglah pada sesiapa yang mahu menerima teguran saya ataupun tidak. saya cuma menjalankan tugas sebagai hmaba Allah yang menumpang dimuka bumi ini. lagipun, apa gunanya ilmu yang kita ada kalau kita tak sebar2kan. betul tak?
ye memang betul, ramai dah perempuan bertudung sekarang ni. tapi persoalannya.. adakah mereka bertudung disebabkan tuntutan agama ataupun sekadar ingin berfashion? kita serahkan niat mereka tu pada Allah saje sebab hanya DIA yang maha mengetahui atas tiap2 sesuatu. kalau bertudung kerana Allah, Alhamdulillah. tapi kalau bertudung sebab aliran fashion terkini atau menunjuk2 macam mana pulak ye? :)
tak perlu lah saya membebel panjang. nanti orang kata saya ni perasan bagus pulak kan. apa pun, tepuk dada tanya iman. jangan lah pemakaian tudung ni dibuat macam barang mainan. bila rasa nak pakai, pakai. bila rasa nak bukak, bukak je tanpa rasa bersalah. tu namanya hipokrit. hukum Allah ni jangan buat main2.
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
BERTUDUNG x semestinya menutup AURAT
tapi menutup AURAT semestinya akan BERTUDUNG
ORANG yang SOLAT belum tentu baik
Tapi orang yang baik tentu akan solat
ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa
betulkan niat. apa saje yang kita lakukan kalau kerana Allah, pastinya akan mendapat ganjaran pahala. tapi, kalau niat kita ni hanya untuk menunjuk2, tanggunglah sendiri balasan daripadaNya. :) kali ni saya tak kisah sape2 nak sentap dengan entry saya ni sebab saya tegur benda yang dah terang2an WAJIB ditegur. nak marah saya? nak kutuk saya? silakan :)
thanks for reading. Assalamualaikum :)