Selasa, 25 Oktober 2011

CRAVING~~~ argghhhhhh!!





Assalamualaikum :)


hari ni dah start diet. tapi tiba tiba kepingin mau makan NASI KERABU!!! argghhh!! susah lah camniii.. dah la dari siang tadi cuma makan roti sekeping jeee. lapar sangat. perut dah keluar macam2 bunyi dah niii..


tadi bukan taknak makan, tapi tak sempat. ingatkan nak turun tadi petang, tapi hujan pulak.. wuuu, serious mengidam nasi kerabu! T_____T



tadi google2 , berkali kali telan air liur tengok gambar nasi kerabu. aduhaiiii...


nak nasi kerabu.. nak nasi kerabu... nak nasi kerabu... nak nasi kerabu!!


mana nak cari nasi kerabu sedap kat melaka ni ye? paling sedap pernah makan masa kat bazar ramadhan haritu. tapi taktau makcik tu jual kat mane. nak nasi kerabuuuuuuu :(







sedapnyeeeeeee T_______________T


tapi sebenarnya teringin & rinduuuuuuuuuuu nak makan nasi kerabu kat leha kelfood. aduhaiii.. sedap betul nasi kerabu situ... tengah bayangkan nii... tambah dengan solok lada.. daging bakar.. T_____T


*telan air liur lagi





leha kelfood @ taman melati KL


nak nasi kerabuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!






fillet o fish pun sedap jugakkk. tapi, nasi kerabu lagi sedap.. nak nasi kerabuuuu!!!



ye tahu, entry ni nampak sangattttt lahhh macam kempunan nasi kerabu kannn.. tapi memang ye pun! huhu


nak nasi kerabuuuu.. kbai!




Rabu, 12 Oktober 2011

sensitif ni...sensitif..



Assalamualaikum


hari ni, kita cerita pasal aurat ye. takde mood nak menulis panjang2. cuma, gambar dari google jelah yg boleh cerita. esok lusa kita cerita lagi pasal ni ye.


letak kecik je gambar ni.. berlipat2 dah tu kak oiii.. haihhh.. apa nak jadi dengan orang kita sekarang ni? saya x kan tulis "ape nak jadi orang melayu kita sekarang?" tp saya akan tulis "ape nak jadi dengan orang Islam sekarang?" .. mana malu mu wahai wanita? sedih tengok macam ni.. bila ditegur suruh tutup aurat, macam2 alasan yg diberi.. ermmm... semoga terbuka pintu hati kamu satu hari nanti. insyaAllah ameen.


ni pulak gambar artis malaysia. yg sorang bila dah pegang title miss J, makin terbukak semua benda yang patut di tutup. yg sorang lagi, bila pegang title isteri.. pun , makin terbukak semua benda yg sepatutnya dia bukak depan suami. kesian suami awakk.





Alhamdulillah.. anak siapa la ni ye. semoga sampai besar macam ni ye dik. sejuk perut ibu mengandung. jangan dah besar nanti tudung ke mana ape ke mana. akak doakan adik supaya terus macam ni .. jadi muslimah sejati. amin :)




:)



bila aurat dah jaga, yang lain2 pun kena jaga ye. wanita adalah perhiasan dunia & seindah hiasan adalah wanita yg solehah. jaga diri,jaga maruah.. yang penting jaga iman. :)


thanks for reading. bubbyeee :)

Selasa, 11 Oktober 2011

10 surah mustajab


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.



6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..



8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”



9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Rabu, 05 Oktober 2011

rindu betul kat ayah :'(



Assalamualaikum :)


diam tak diam, 9/10 ni genap empat bulan ayah tinggalkan saya. sepanjang tempoh ni, memang susah untuk saya terima hakikat yang saya dah takde ayah. bukan tak redha, tapi rasa macam tak percaya. rasa macam mimpi. tapi, ni bukan mimpi. ni kenyataan. ayah memang dah takde. sape2 yang dah takde ayah, mesti faham perasaan ni kan.


banyak sangat benda yang hani rindukan tentang ayah. rasa macam entah bila hani dapat rasa happy macam dulu...


1. dah lama tak makan ikan besar yg mahal. errr.. macam ikan siakap ke ikan ape2 jelah. dulu, kalau saya balik, mesti ayah belikan ikan sebab ayah tau, kat melaka bukan senang nak jumpa ikan segar. ada tu ada, tapi susah nak pergi beli. bila balik je, mesti ayah cakap macam ni

" ayah dah beli ikan. adik nak masak ape?" ataupunn.. " adik nak makan ikan ape? nanti ayah beli" :'(


2. bila barang2 keperluan saya dah habis, ayah mesti tanya bila nak pergi beli. ayah bawak je mane saya nak pergi. kalau saya kata takpe, ayah lagi kata takpe. ayah bawak jugak saya pergi beli barang2 yang saya nak. kadang2, saya taknak benda tu, tapi ayah suruh jugak ambik. dalam sakit2 ayah, dalam susah nak jalan, ayah ikut je mana saya pergi. sekarang, bila pergi beli barang.. saya pergi sorang2 je. umi tunggu dalam kereta sebab umi memang taklarat nak jalan jauh2. bila tengok orang jalan dengan ayah masing2, saya rasa jeles & sedih sangat :'(


3. kalau dulu, saya nak pergi mane2.. ayah lah yang jadi banker saya. even saya kata ade duit, tapi ayah bagi jugak. paling2 ayah akan bagi rm50. sekarang ni, saya kena pandai berjimat sebab, ayah dah takde. duit kena guna untuk benda yang betul2 penting je. bukan umi tak mampu, tapi umi banyak lagi komitmen lain. dulu dah tak sama macam sekarang


4. dulu, bila saya masak.. tak kisah la saya masak ape pun, ayah mesti akan puji. ayah kata "pandai anak ayah masak". lepastu, ayah makan berselera sangat. kalau kat hospital, ayah makan sikit je. yelah, makanan hospital tak sedap. sekarang ni, bila masak.. saya rindukan pujian tu. bukan saya masak untuk pujian, tapi saya rasa bila kena puji macam tu.. entahlahh. rasa happy . bila tengok umi ayah makan berselera, bertambah2 happy saya. sekarang, masak untuk umi je. kadang2, saya tanya umi dah makan ke belum. jawapan umi buat saya rasa sebak sangat. umi jawab "alaa, umi makan ala kadar je. alas perut". umi pernah kata, kalau kat rumah & saya takde, umi malas nak masak sangat sebab, makan sorang2. takde teman. hmmm mesti umi sunyi.

kalau saya sunyi bila ayah takde, umi mesti lagi sunyi kan :'(


banyak lagi benda yang saya rindukan tentang ayah. saya paling rindu nak panggil "ayah". saya jugak rindu nak peluk & cium ayah. taktahu nak cakap macam mana, saya rindu ayah sangat2. tapi saya kena kuat. ni semua dah tertulis. ayah tinggalkan saya untuk saya belajar erti tanggungjawab & berdikari. saya tau saya kuat. kalau saya menangis setiap hari pun, ayah tetap takkan kembali.



semoga ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. i miss you so much! :'( AL-FATIHAH