Assalamualaikum. dah berhari-hari dalam kepala nak tulis pasal palestin. tapi masa & kekangan kerja sangat la tak mengizinkan. memandangkan hari ni hari cuti rehat, dapatlah tulis apa yang dah lama diperam dalam kepala ni.ekeke :p
Alhamdulillah, hari ahad lepas saya dapat join Karnival Demi Palestin TV Al-Hijrah. saya ada kat sana dari pagi sampai ke malam. kat sana sambil kerja, sambil beramal jugak. sambil-sambil tu dapat jugak buka minda saya terhadap isu palestin ni. sharing daripada sukarelawan misi solidariti haritu sangat2 bermakna bagi saya. disebabkan itu, saya rasa saya tak boleh tangguh lagi untuk buat entry tentang isu palestin ni walaupun saya rasa tak ramai mana yang akan baca cerita saya ni. biar sorang pun baca,daripada langsung takde. kann ? :)
saya rasa kita kat Malaysia ni dah terlalu lama hidup dalam kehidupan yang terlalu selesa. tapi, keselesaan kita tu saya rasa, tak pernah siapa pun yang merasa puas. betul tak? tak perlu bohong , lumrah ciptaan manusia memang macamtu. Sabda Rasulullah SAW :
Dari Ibnu 'Abbas, ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا ، وَلاَ يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga. Yang bisa memenuhi dalam perut manusia hanyalah tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari)
ada RM5 dalam wallet, kita dah merungut cakap takde duit sedangkan ada orang yang RM0.50 pun susah nak dapat. dapat makanan yang tak kena dengan selera, kita dah mula merungut. cakap macam-macam. sedar tak yang makanan tu semua rezeki dari Allah? ada manusia kat luar sana , makan sisa-sisa di tempat pembuangan sampah. ada yang makan sekali sehari. tapi tak pernah merungut. kenapa kita tak sedar semua tu? jawapannya sebab KITA DI MALAYSIA DAH TERLALU LAMA HIDUP DALAM KESELESAAN!
Bila dah terlalu selesa, kita mudah lupa pada orang di bawah kita. tu sebab bila mintak BOIKOT barang yahudi laknatullah tu macam2 respon yang kita dengar. memang takde fatwa atau hukum sekalipun mengenai hal boikot memboikot ni. tapi sedar tak kita bahawa setiap sen atau ringgit yang kita salurkan pada ekonomi yahudi laknantullah tu, kita seolah-olah menyokong mereka tanpa kita sedar?
seronok makan McDonald sedangkan saudara kita di Palestin sana berjuang demi agama suci dan negara tempat kelahiran mereka? seronok minum starbucks? seronok beli barangan kecantikan untuk cantik sedangkan saudara kita disana muka mereka berlumuran darah? seronok ke? selama mana kita tak bangkit dari keselesaan, selama itu kita takkan pernah rasa keperitan .
Afdlin Shauki ada cakap "kalau perkara ni boleh berlaku kat Palestin, tak mustahil perkara macam ni akan berlaku kat Malaysia". kenapa? sebab dalam Al-Quran dah sebut
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain melindungi. Barang siapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka orang-orang yang zalim
(Al-Ma'idah : 51)
(Al-Ma'idah : 51)
Yahudi adalah musuh Islam yang nyata disebut dalam Al-Quran. Yakinlah bahawa setiap intipati dalam Al-Quran itu adalah benar..
Mungkin kita tak mampu untuk ke sana bantu mereka, tapi cukuplah sebagai tanda sokongan kita doakan mereka dan memboikot segala barangan yahudi laknatullah tu.! di akhirat nanti, bila Allah tanya apa yang kita dah buat untuk bantu bebaskan palestin, kita nak jawab apa kalau kita secara tak sedar sebenarnya menyokong yahudi tu dengan membeli barangan mereka?
jangan boikot hanya bermusim. boikot sehingga ekonomi mereka lumpuh! mungkin ada yang pandang remeh isu boikot ni, tapi yang sebenarnya dengan membeli produk yang menyumbang pada Israel, kita turut melabur sama. Peluru dan bom..yang menyentuh tubuh rakyat palestin, mungkinkah kita antara penyumbangnya? musnahnya tempat tinggal,sekolah dan keamanan mereka atas 'usaha' kita?happy?! :(
Sahabatku, Saudara seIslamku, bangkitalah dari keselesaan. bangkit demi keamanan saudara kita disana. Allah tak pandang hasil, tapi Allah pandang usaha kita, walau pun sedikit.
Hulurkanlah bantuan anda pada mereka. kalau dapat bagi banyak, bagilah banyak. kalau sikit pun boleh. Allah yang menilai, bukan kita. kalau tak mampu bagi sumbangan kewangan atau tenaga, memadai dengan doa anda pada mereka. tapi sebenrnya, kita bukan derma pada mereka, tapi kita bayar hutang. hutang apa? hutang kerana mereka mereka berjuang mati-matian untuk melindungi tanah milik umat Islam!
sumbangan boleh disalurkan terus ke mana2 NGO di Malaysia yang memperjuangkan keamanan Palestin. antaranya ialah Aman Palestin & Aqsa Syarif
Akaun Bank Aman Palestin Malaysia :
1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2- Maybank (M) Berhad: 5622630107873- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
4- RHB Islamic Bank: 21245760004907
5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2
6- CIMB Islamik: 12150001242107
7- Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin |
Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
Akaun Bank Aqsa Syarif Berhad :
Maybank Islamic 551575004299 atau
Bank Islam 12092010034904.
Tabung Pengurusan Aqsa Syarif :
CIMB Islamic 12160000452101
Bersama kita bebaskan Palestin yang tercinta. Allahuakbar! :)
love, hannyjaffar