Jumat, 30 Maret 2012

ISTIDRAJ : nikmat yang tak diredhai Allah



Assalamualaikum. penah tak dengar ungkapan2 sebegini? ataupun pernah tak anda tertanya2 pada diri sendiri?

“kenapa A tu boleh Berjaya dalam exam sedangkan dia tak solat pun. “


“Allah kata dia akan tolong aku kalau aku berusaha & solat.. buat baik pada semua org. tapi kenapa keputusan exam aku biasa2 je?”



“macam mana dia boleh hidup bahagia?dia tak solat. Sedangkan aku yg tak pernah tinggal solat ni selalu saja berduka. Selalu saja ditimpa kesedihan. Kenapa?”



“dia dapat semua benda yg dia nak.tapi hidup dia social.. seolah2 lupa pada Allah, lupa pada agama.tapi kenapa aku takdapat apa yg aku nak sedangkan aku sentiasa cuba menjaga agama & maruahku?”


“cikgu kata orang yang meniru dalam exam takkan Berjaya. Tapi si B tu Berjaya. Sedangkan aku yang usaha siang malam, Cuma setakat ni je yang aku dapat”


Saya selalu tertanya, kenapa orang yang tak solat boleh Berjaya? Serius.. maksud saya di sini, bukan semua orang yang Berjaya tu tak solat, tapi hidup sebagai student kat sini memberikan saya peluang untuk melihat pelbagai jenis ragam manusia di atas muka bumi ALLAH ni. Kadang2 saya pelik, macam mana diorang boleh dapat result gempak2. Macam mana diorang boleh dapat kerja yang hebat2. Sedangkan diorang lupa pada tuntutan sebagai hambaNya..


Jujur dari hati, tipu kalau saya cakap saya tak pernah cemburu kepada golongan ni. Tapi bila saya fikir semula, ini sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk kita sebagai hambaNya. Semakin kita Berjaya, semakin kita lupa pada asal usul dan pencipta kita. Ini adalah fakta. Lumrah dan fitrah manusia , Allah jadikan sebegini. Hanya ingat dan bersujud padaNya apabila berduka dan menghadapi musibah. Ya, tidak semua tapi kebanyakannya begitu. Kerana apa? Kerana kita manusia, manusia yang sentiasa lalai dan alpa.


Pernah tak dengar ISTIDRAJ? Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah S.W.T ingin membinasakannya.

Istidraj adalah keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah membinasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa. Bukan sahaja merekalupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah S.W.T menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah S.W.T membinasakan mereka.


Istidraj terbahagi kepada empat jenis :


Istidraj belaku kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam (sihir/ kedukunan/ ilmu batin/ ilmu sesat dan sebagainya).

Istidraj berlaku kepada pemimpin.

Istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan.

Istidraj berlaku daripada kemajuan sains dan teknologi ciptaan manusia.



Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya. Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa, namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.


Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat daripada kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala 'kemanisan' itu mungkin sekadar istidraj daripada Allah S.W.T untuk menyempurnakan kezaliman mereka. Agar bila sampai masa Allah S.W.T menghukum dan mengazab mereka, tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.


Subhanallah… sesungguhnya apa yang baik itu dating dari Allah dan apa yang buruk itu berpunca dari diri kita sendiri..


Marilah sama2 kita muhasabah diri , adakah istidraj ini juga berlaku kepada kita tanpa kita sedari. Tanda istidraj adalah apabila kita memiliki harta kita tidak mahu membayar zakat, tidak suka bersedekah dan banyak dihabiskan harta dalam perkara yang sia-sia, dan banyak masa berhibur. Kita ada masa tetapi tidak suka berjihad, berdakwah dan jalankan kerja-kerja amar makruf nahi mugkar dan tidak suka menuntut ilmu. Oleh itu pastikan segala amalan dan aktiviti harian kita menjurus kepada keredaan Allah S.W.T dan mendapat kasih sayang-Nya.


Nabi SAW bersabda yang membawa maksud

"Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".


Sabtu, 24 Maret 2012

untuk kamu yang pernah dan sedang kecewa

Assalamualaikum. Perasaan kecewa itu menyakitkan.. putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi dikhianati.. perit.. umpama ditusuk sembilu..

Cinta terhalang oleh keluarga.. ahh.. sungguh ironi.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan kepada kamu..


Sahabat,

Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..


Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..

Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta




Sahabat,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..

Setiap insan akan diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil, teman.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!


Sahabat,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. ada beza antara keperluan dan kehendak.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, bukanlah keperluan.. siapa tahu.. biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup kita.. tinggal kita je yang memilih jalannya..

Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihanmu kepada-Nya, samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudmu..


Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.


Sahabat,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..

Bertabahlah sahabat.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah KEIMANAN itu pun kita yang cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga..


Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalam hati.. carilah ia di dalam hati.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah imuniti.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..


Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu.. (and vice versa.. jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia..) carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..


Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..


Soalan yang selalu berlegar2 di kepala ialah;

Mengapa sukar untuk lupakan bekas kekasih?

KERANA Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’

Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Yang pernah CINTA? Lagilah INGAT!

Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.



Akhir sekali,
Please move on.. masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan.. times will heal.. kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasalonely yang amat.. you are never alone at the first place..



Kamis, 22 Maret 2012

wahai WANITA, Nabi SAW menangis melihat azabmu di neraka


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?


Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.


Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.


Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka


Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.


Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”


Rasulullah s.a.w bersabda,

Wahai Fatimah, adapun tentang :


Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.


Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”


Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.


Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.


Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.


Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.



Senin, 19 Maret 2012

bicara tentang jodoh melalui perspektif Islam




Assalamualaikum. hari ni kita bercerita tentang jodoh pula ye.. :) Bila berbicara tentang jodoh ni masing2 ada pendapat tersendiri. betul tak? ada yang cakap, jodoh ni kalau kita tak cari, dia takkan datang. ada pula yang cakap, takpayah cari lah jodoh ni, biar dia datang dengan sendirinya.. mana satu yang betul ye?


Allah dah tentukan siapa jodoh kita, bila kita mati, dimana punca rezeki kita dll seawal kita berusia 4bulan dalam kandungan ibu. Allah dah tetapkan, tapi kenapa kita manusia masih sibuk2 nak 'kacau' rancangan yang Allah dah rancangkan? :)


sebab, Allah berfirman dalam surah Ar-Raa'du ayat sebelas yang membawa maksud " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan......" ayat ni jelas menunjukkan bahawa, Allah mahukan kita sebagai hambaNya berusaha kalau kita mahu atau menghajati sesuatu.. memang benar Allah dah tetapkan segalanya tentang kita. tapi, takkan kita nak duduk goyang kaki je kann..





Sememangnya, jodoh ni urusan dan rahsia Allah.tak semestinya orang yang tengah hangat bercinta akan berakhir dengan perkahwinan dan tak mustahil orang yang sekarang ni tak pernah kenal antara satu sama lain, akan mengakhiri hubungan mereka ke jalan yang diredhai Allah suatu hari nanti.. :) Islam agama yang indah dan Islam tak pernah merumitkan sesuatu perkara. dalam Islam, kita diberi panduan tentang mengenali jodoh kita.. selain hadith nabi SAW, yang bermaksud " Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”, terdapat lagi 1 tips yang diberi oleh Islam sebagai panduan untuk kita :)



tanda jodoh dalam Islam ada tiga :

Memahami

Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita

Memaafkan

Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama. Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga

Memotivasikan

Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.



Jadi sekiranya kalau anda semua sedang mencari jodoh, cari lah pasangan yang mempunyai ciri2 diatas. tips yang berguna untuk kedua2 lelaki dan wanita. jodoh bukan berdasarkan harta, nafsu, paras rupa dan sebagainya, tetapi berdasarkan Islam ; taat pada perintah Allah&Rasul, tinggi akidah dan juga akhlaknya.


semoga bermanfaat untuk semua. dah jumpa jodoh jangan lupa jemput saya. hihi :p thanks for reading. Salam :)


p/s : dalam apa keadaan sekalipun, letakkanlan Islam ditangga yang pertama.
InsyaAllah hidup kamu diberkati.


Minggu, 18 Maret 2012

menutup aurat itu WAJIB!




Assalamualaikum.. diwajibkan ke atas setiap orang Islam itu menutup dan menjaga auratnya. tiada istilah belum sampai seru, belum dapat hidayah dan sebagainya sebab, Allah dah perintahkan kita sebagai hambaNya untuk menutup aurat. bak kata ustaz azhar idrus, "xnak pakai tudung takpe, bole je pakai apa2 untuk tutup rambut a.k.a aurat kita tu.. pakai selimut ke, baldi kee..." yang penting, TUTUP! :)


sekali lagi ditegaskan disini, menutup aurat itu WAJIB dan itu merupakan perintah daripada Allah. jangan dipersoalkan kenapa Allah perintah kita kena tutup aurat . setiap apa yang Allah suruh dan larang pasti ada kebaikan dan keburukannya..


Di sini, saya sertakan sedikit maksus ayat al-quran dan hadith tentang tuntutan untuk menutup aurat..


Maksud Surah an-Nur, ayat 31

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.


Maksud surah al-Ahzab, ayat 59

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.



Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.


Hadis riwayat Muslim dan Bukhari

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."



thanks for reading. sama2 lah kita renungkan. salam :)

Minggu, 11 Maret 2012

Penyakit ganjil, pelik dan misteri!

Assalamualaikum. hmm sejak2 single ni, entah kenapa.. rasa macam ada penyakit yang msiteri, pelik dan ganjil berlaku kat saya. taktahu lah kenapa. dulu masa couple, antibody sangatlah kuattttt! sampaikan pelik pulak kadang2. tapi, sejak single lebih kurang 6bulan ni, penyakit tu tiba2 je datang tanpa diundang.. haishhh...


agaknya bila dah berjump cik abang yang betul2 cik abang, baru lah boleh sembuh kot penyakit neh.. hihi..


penyakit ni, mungkin la akan dihidapi oleh orang2 yang single je kot. orang yang berdua kalau kena penyakit ni, rasa macam lain macam je.. heee


sebelum tu kita cuci mata kejap jommm.. semua gambar ehsan dari google :)


[bradley james]
atototo.. omey omeyy.. ni kalau tengok merlin, banyak focus kat dia je. haishhh..super duper handsome laki neh.. *.*




[dude harlino]
cowok import dari negara seberang neh gua minat sejak sinetron intan. tampangnya begitu lucu & manis yach~! ;)


[zumi zola]
ini juga cowok dari seberang. tampan amat sih. bisa nggak tidur malam gue ;p


[irwansyah]
ohmaiiii! dulu punya hebat sy kutuk dia. hihi.. tapi sekarang, jatuh hati pulak tengok kecomelan dan kejambuan muka dia tu. haiiihhh @_@



ni hubby saya. nama dia eron ajis ;p
hahaha.. sape tak kenal hero malaya neh.. abang long dia , mat romeo dia, suami mithali dia.. semua lah dia! hebak hebakkk ;p



[remy ishak]
dia sangat kacak! kalau la dia ada janggut..hmm mesti lagi kacak :D:D


[syed ali]
kiut miut orangnya. taktau dah berpunya ke belum. harap2 belum, boleh la tuan puteri hani ni mencuba nasib :D



[nadzim othman]
ex bf ni.. haha..


fahrin ahmad
kalau suruh buat pilihan antara sejuta ringgit & fahrin ahmad, sy pilih FAHRIN AHMAD!org gila je yang tolak tuah kalau taknak fahrin ahmad ni :p



nak tempek sekali lagi gambar my dear neh ;p




errr... agak2 dah tahu tak apa penyakitnye?? hehehe.. ye, penyakit gatal tak boleh tengok laki handsome! kuikui... nak buat macam mana, masa couple dulu, MKH la yang paling handsome, paling comel, paling sweet, paling manja dan semua yang paling lah! hihi.. tak pandang pun laki lain, cukup la dia sorang. tapi bila dah menyendiri, cuci2 mata lah sikit kannn. nanti kalau de jodoh , dah takboleh dah pandang laki lain. secara automatiknya lelaki2 handsome yg ada kat atas ni terus hilang handsome dan serinya . kehkeh :p



tah hape2 sy mengarut ni. buang stress sebab nak naik sem dah. emosi sikit bila nak kena masuk kandang semula :p thanks for reading. bubbye~ =D





sweetkan! semoga satu hari nanti saya berpeluang buat macamni dengan bakal imam saya. ameen! :)




Sabtu, 10 Maret 2012

personaliti wanita daripada bantal tidur





1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



korang yang mana satu? haa, jangan tipu =p ni cumalah kajian. tak dijamin betul & takpayah lah percaya 100%. kalau betul, anggap aje kebetulan. hee :D


Kamis, 08 Maret 2012

Rahsia wanita.. andainya lelaki tahu...






[gambar hiasan]


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala di hatinya. Adaha lelaki memiliki sifat yang sama??


Andai lelaki tahu..

Jika seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi tidak mengalirkan air mata. Maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya. Sememangnya jiwa mereka sensitive dan halus.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Bukan menyesali takdir tetapi cuba mententeramkan diri.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.. Inilah sebenarnya dugaan dalai percintaan.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.. Dia mahu anda mengenali mereka secara mendalam.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.. Mampukah lelaki terima??


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Setiap masa memikirkan apa yang sedang anda lakukan.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Cukup dengan permohonan maaf yang ikhlas.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Dia mahu lontarkan kata-kata melalui alunan jiwa.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Lelaki pula bagaimana??


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andainya lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi renunglah kata-kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Ingatlah sukar bagi lelaki meneruskan hidup tanpa wanita, namun wanita mampu hidup tanpa lelaki.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Yakinlah dengan kata-kata bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita disebaliknya.

Terimalah dia seadanya..kerana tak mungkin ada manusia yang sempurna..



crdt to ; adam narzuan

Jumat, 02 Maret 2012

cantik tertarik lagi menarik!



Assalamualaikum :) saya sangat tertarik dengan koleksi Heliza Helmi Hijab ni. cantik sangat. saya suka pakai selendang, tapi tak banyak selendang yang besar & boleh tutup dada. kalau ada pun macam tak cukup tutup kawasan bukit bukau tu.. huhu


sangat cantik.. terpikat betul dengan koleksi2 dari HH hijab ni..







untuk koleksi yang lain & keterangan yang lebih lanjut, bole klik SINI.


nak kumpul duit. setiap bulan beli 1. hehe :)