Sabtu, 21 April 2012

Nama2 bayi Islam yg baik, buruk dan melucukan

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.

Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian.Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya.Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.Memilih nama perlu ada tujuan.

Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.

Bukankah panggilan itu mengandungi doa?Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.

Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.

Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.

Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.


Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.

Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya.

Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.

Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa.

Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .

Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.

Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.

Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.

Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.

Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.

Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.

Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.

Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.

Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.

Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat.Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.


Nama Yang Baik

Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.

Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.

Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.

Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.

Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.

Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam.

Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran.

Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan.

Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini.Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari

Sabtu, 14 April 2012

puasa tapi tak solat



Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.


Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.


Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat.



Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya… (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).



Berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah.


Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”.


Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);



“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).



Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.



sumber : ust.ahmad adnan fadzil

Minggu, 08 April 2012

Senarai pemenang ABPBH2011




Penyanyi lelaki:

1 – Faizal Tahir

2 – Anuar Zain

3 – Aizat

4 – Hafiz

5 – Black



Penyanyi wanita:

1 – Najwa Latif

2 – Yuna

3 – Stacy

4 – Alyah

5 – Shila Amzah



Artis duo/berkumpulan:

1 – 6ixth Sense

2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 – Meet Uncle Hussain/Hazama

4 – Bunkface

5 – Forteen


Artis baru lelaki:

1 – Johan Ariff As’ari

2 – Hazama

3 – Awi Rafael

4 – Aeril Zafrel

5 – Beto Khusyairi


Artis baru wanita:

1 – Tasha Shilla

2 – Najwa Latif

3 – Neelofa

4 – Nur Fathia

5 – Izara Aishah


Pelakon filem lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Shaheizy Sam

3 – Adi Putra

4 – Syamsul Yusof

5 – Bront Palarae


Pelakon filem wanita:

1 – Lisa Surihani

2 – Maya Karin

3 – Diana Danielle

4 – Yana Samsudin

5 – Eja


Pelakon TV lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Adi Putra

3 – Remy Ishak

4 – Fizz Fairuz

5 – Fauzi Nawawi


Pelakon TV Wanita:

1 – Fasha Sandha

2 – Tiz Zaqyah

3 – Scha Alyahya

4 – Nora Danish

5 – Rozita Che Wan


Artis komedi lelaki:

1 – Zizan Razak

2 – Johan

3 – Nabil

4 – Along Cham

5 – Afdlin Shauki


Artis komedi wanita:

1 – Noorkhiriah

2 – Sharifah Shahira

3 – Didie Alias

4 – Kenchana Dewi

5 – Alliza Abdullah @ Enot


Pengacara TV lelaki:

1 – Aznil Nawawi

2 – Faizal Ismail

3 – Ally Iskandar

4 – Awal Ashaari

5 – Zizan Razak


Pengacara TV wanita:

1 – Fara Fauzana

2 – Cheryl Samad

3 – Sharifah Shahira

4 – Raja Azura

5 – Nurul Syuhada


Penyampai radio lelaki:

1 – Faizal Ismail

2 – Aznil Nawawi

3 – AG

4 – Halim Othman

5 – Khairil Rashid @ Krill


Penyampai radio wanita

1 – Fara Fauzana

2 – Linda Onn

3 – Raja Azura

4 – Abby Fana

5 – Sharifah Shahira





ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR BERITA HARIAN 2011


AARON AZIZ !!!!!! =

)





P/s : tahniah kepada semua pemenang. yang penting, my dear aaron aziz menang! hihi :p yang kalah jangan putus asa. mungkin bukan rezeki.. saya gembira ada dua sebab! :) pertamanya sebab my dear menang, keduanya sebab Neelopa tak menang .. hwhwhwhw.. sorry, sy anti neelopa. sekian! :p




Super-duper happy sebab Abang long malik, mael lambung & ahcai menang malam ni. Congrats!!! Yayyyy ^.^