Sabtu, 16 Juni 2012

Selamat Hari Bapa


Assalamualaikum

SELAMAT HARI BAPA kepada semua lelaki yang bergelar ayah,walid,daddy,bapak,baba,abah,papa ,abi & semua yang sewaktu dengannya.. 

selamat hari bapa jugak untuk bakal ayah kepada anak2ku.. haha :p


berbeza dengan ibu, kalau dengan ayah kita jarang sangat nak sebut "i love you" kat diorang kan.. seorang ayah pun sangat sukar menunjukkan kasih sayang seperti seorang ibu. jangan banding2kan kasih ibu dan ayah sebab, kalau mereka takde.. kamu pun takde..

mereka ada cara tersendiri untuk mendidik anak2 mereka. ada ayah yang garang, ada ayah yang lembut.. tapi matlamat mereka sama,, mahu mendidik kita menjadi anak yg soleh dan solehah.

tahun ni, tahun kedua hari bapa tanpa ucapan "selamat hari bapa" untuk ayah saya yang tersayang.. tahun lepas, masa tarikh ni.. ayah baru pergi seminggu tinggalkan saya selamanya.. tahun ni tahun kedua..






apa yang saya boleh cakap... kehidupan tanpa seorang lelaki bergelar ayah adalah sangat sukar. tambah lagi, saya anak last yang selalu dapat perhatian dari ayah.. bila hari2 saya berlalu tanpa kasih sayang ayah, kadang2 saya rasa kosong dan sunyi sangat. saya jeles tengok kawan2 saya bercerita pasal ayah masing2. 

saya jeles , tapi yang sebenar-benarnya.. saya rindu.. saya rindu kasih ayah. saya rindu kemesraan dari ayah. saya rindu ayah manjakan saya.. saya rindu semuanya tentang ayah.. tapi saya sedar, ni semua kehendak Allah.. dari Dia kita datang dan dari Dia jugak kita kembali.. saya redha..Allah lebih sayangkan ayah :')

untuk korang yang masih ada ayah, hargai mereka sebelum terlambat.. jangan biadap, jangan kurang ajar.. sebab , bila insan yang bergelar ayah tu dah takde, korang akan rasa kehilangan yang sangat besarrr..

untuk yang dah takde ayah macam saya, rajin2 doakan mereka.. sedekah Al-Fatihah banyak2.. jaga tingkah laku.. jangan heret ayah kamu ke neraka.. 



SELAMAT HARI BAPA! :)



I LOVE YOU .. I MISS YOU !! :')

Sabtu, 09 Juni 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak


Assalamualaikum.. sebabkan takde idea nak tulis entry apa, kita cerita pasal masak2 nak tak ? :D haritu kita masak kuih akok kan.. kali ni masak ikan patin masak tempoyak pulak.. masih lagi berada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lagi.. nanti kita bergerak ke utara barat dan jugak selatan ye.. insyaAllah :)


Ikan Patin Masak Tempoyak




Bahan-bahanya seperti di atas

ikan patin (ikut la nak berapa ekor.ni resepi utk sekor je ikan)
tempoyak ( kalau tak cukup tempoyak, tambah sikit durian fresh.rasa dia akan jadi lagi umphh)
cili api, kunyit hidup,bawang merah (kalau taksuka pedas, kurangkan cili)
bunga kantan belah empat/dua
daun kesum


Cara-cara :

ikan basuh dengan air basuhan beras untuk hilangkan rasa lumpur dia. Maklumlah, ikan patin kan ikan darat. kalau salah cara, memang akan rasa lumpur kat kuah & ikan tu nanti

perap ikan dengan asam jawa & limau nipis untuk hilangkan hanyir.. (lebih kurang 1 jam)

kelihatan ikan sedang bermesra-mesraan bersama asam jawa :p


blend cili, kunyit hidup & bawang merah..
jangan guna kunyit serbuk ye.. bukan tak boleh, tapi rasa dia kurang menarik. guna kunyit hidup :)


lepas barang2 tu dah lumat, gaul kan dengan tempoyak


lepas dah gaul, masuk dalam periuk .lepastu masukkan air. jangan hidupkan api dulu..
kacau bagi dia sebati, then baru hidupkan api..

p/s : sorry kaler dia kelam sebab lighting tak bagus. hua3 :p


bila dah gaul molek2 tu, boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan


masukkan ikan . time ni boleh bubuh garam, asam keping/asam jawa sesedap rasa yang di ingini :)


biar ikan masak.. kacau sikit2.. ni dah nak siap dah ni.. kalau kurang apa2, tambah ikut selera masing2 ye :)



okay, dah siappppp! boleh makan dengan nasi :D



SELAMAT MENCUBA! ^.^






Rabu, 06 Juni 2012

Apa lelaki & wanita perlu tahu


Lelaki PERLU tahu yang perempuan..


1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, tapi kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala

3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas kesalahan,biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam

4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui

5. Wanita sanggup berkoraban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami.

6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling kerana wanita amat prihatin

7. Walaupun dia adalah wanita yang pandai berdikari, naluri wanita adalah masih naluri seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum dengannya.

8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila mereka bersemuka.

9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita. wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal, Nafsu yang banyak tidak tertumpu kepada satu sahaja berbanding lelaki diciptakan dengan 1 nafsu dan 9 akal. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkannya.







Wanita PERLU tahu yang Lelaki..


1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang sensitif dan prihatin

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita

6. Lelaki memang dilahirkan dengan mempunyai perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7 . Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.

8.  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita

9. Bila lelaki cakap "erm tengoklah dulu" seringkali membawa maksud yang dia kurang setuju

10. Bila lelaki cakap staright to the point, dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin besikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa apabila lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan 

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo, dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya akan ada seorang teman wanita yang istimewa.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga berasa sedih,cuma dia tidak menunjukkannya di hadapa ramai orang.

16. Bila seorang perempuan meminati lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu pun menaruh minat. senang kerja nanti :p

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak beupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.








sebagai penutup, nah tengok lelaki kesayangan saya... ekekekekeke :p












Sabtu, 02 Juni 2012

alololo... comel & sweetttttt sangat!!



dah tengok video ni? jozan sweet kann.. terharu tengok kemanisan persahabatan diorang.. semoga persahabatan jozan kekal selamanya...


ssaayyyannnnnnn jozannnnnn!!!!


:)