Sabtu, 28 Juli 2012

#Day 01 : A song from your childhood - 25 Songs, 25 Days






Assalamualaikum. hari tu masa bosan2, pergi main2 dengan mr.Google & tiba2 je terjumpa gambar ni. sekali tengok macam best :p memandangkan mood nak update blog tengah menggunung2, tapi keciputan idea, so boleh la ambik ni untuk memastikan blog sentiasa terupdate. bukan untuk orang lain pun kan, untuk diri sendiri jugak :D


Day 1 : A song from your childhood

Rasanya macam-macam lagu masa zaman kecik2 dulu. lagu comel2, lagu tak berapa nak comel & macam2 lagi. so, setelah dicampur tolak bahagi, saya rasa lagu ni yang betul2 buatkan saya ingat zaman saya kanak2.. 


:)





Dulu lepas je balik sekolah, mesti duduk golek2 depan tv dengan arwah atok. bual2 dengan atok sambil tu atok baca surat kabar. kadang2 kalau atok dapat tempahan untuk masak nasi beryani, time golek2 depan tv dengan atok, atok akan tulis senarai barang yang dia nak beli. part ni paling best sebab saya suka ketawakan atok punya ejaan sebab ejaan atok memang oldskool habis. ( cth : kacang dia tulis kachang.. ) 


lepastu sambil golek2 dan saya membebel tah pape, tiba2 je nanti saya nyanyi lagu ni. saya tak ingat macam mana boleh tau lagu ni. tak ingat sape yang ajar. tapi kalau saya dengar lagu ni, mesti memori baring golek2 depan tv dengan atok akan muncul tiba2 sebab saya cuma akan nyanyi lagu ni bila golek2 tu je. hehe


rindu :')


banyak lagi lagu zaman dulu2 yang saya ingat. tapi kalau lagu jiwang yang paling saya ingat, lagu rindu serindu rindunya dari kumpulan spoon. saya ingat sebab kes penyanyi kumpulan tu mati. lain dari tu... errr lagu kupu2, lagu alif ba ta, lagu lompat si katak lompat etc2.. 


oklah, esok sambung lagi 25songs 25 days challenge ni. salam 




©hanny jaffar©

Kamis, 26 Juli 2012

Kapal MT Bunga Alpinia Terbakar di Kompleks Petronas Methanol Labuan














Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.

Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).

Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.

Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.

Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.

Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).

Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.

Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.

Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India
.
Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.

Timeline & Kemaskini Selepas Jam 1100

0730: Berlaku letupan yang menerbangkan sekeping plate besi berukuran15-20 meter
1115: Masih terdapat bunyi letupan yang kedengaran
1117: Sumber memaklumkan kapal tersebut telah tenggelam di hadapan pelabuhan
1142: Satu jenazah telah dibawa ke Hospital Labuan
1200: Sumber memaklumkan jenazah yang dibawa ke Hospital Labuan adalah greaserwarganegara Malaysia, berasal daripada Melaka.
1300: 4 disahkan masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran kerana kapal masih terbakar. Fire Fighting Vessel terus berusaha menyejukkan bahagaian buritan / sterndan ship side berhampiran accomodation bagi mengelakkan 1000 tan fuel oil yang masih masih berada dalam tangki kapal.
1356: Api hampir dapat dikawal sepenuhnya
1441: Berdasarkan laporan bernama, krew yang disahkan terkorban adalah Greaser Syahril Azmi Baharudin
1553: Api dilaporkan sudah dapat dipadamkan sepenuhnya. Kapal-kapal yang memberikan bantuan sudah mula meninggalkan tempat kejadian.


Butiran Kapal

Nama: Bunga Alpinia
Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker
Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia)
Nombor IMO: 9389538
Call Sign: 9 MLE 4
Pelabuhan Daftar: Port Kelang
Tahun Bina: 2009
Tahun Daftar: 2010
DWT: 37961
GRT: 25709
NRT: 9363
Panjang: 172.87 meter
Lebar: 32 meter
Draf: 16 meter
Pemilik: MISC Berhad






-----------------------------


buat keluarga mangsa, takziah diucapkan. semoga tabah menghadapi dugaan berat di bulan suci ni. sama2 kita doakan semoga semua crew kapal selamat & Al- Fatihah utk mangsa yang telah meninggal dunia...


p/s : saya tahu saya bukan siapa2 untuk awak. tapi setiap kali terdengar berita buruk tentang sesuatu yang melibatkan laut & kapal, hati saya jadi tak tenang. semoga awak sentiasa di bawah lindunganNya. amiin



©hanny jaffar©


Selasa, 24 Juli 2012

gadis youtube :)


Assalamualaikum. makin hari makin banyak bakat dari youtube kan. saya takdela pandai sangat nak bagi komen2. dulu  masa mula2 najwa latif buat cover kat youtube, selalu jugak saya pergi kat channel dia. lepas najwa latif, saya slow down kejap , hehe..


tiba2 sejak midsem break seminggu ni, saya selalu sangat layan youtube kalau ada masa terluang. tengok2 lagu, tengok2 anwar hadi.. :p  


lepastu, bila tengok video najwa latif, kat tepi-epi tu  keluar keesamus. saya tak kenal dia ni and tak pernah tengok video2 cover dia sebelum ni. 1st lagu saya dengar dia buat cover, lagu Dimana Hatimu by Papinka. boleh tahan la jugak suara dia. agak sengau,tapi mungkin tu suara semulajadi dia kan..dari komen2 yang ada, diorang cakap, si keesamus ni orang Thailand. so saya pun pergi lah channel dia. kat situ pun dia tulis tulisan Thai & dia cakap pun bukan cakap melayu..muka je macam melayu sikit.. kebanyakan lagu yang dia buat cover, lagu melayu! hebat kan? nanti boleh lah jadi macam Charice. hehe.. tapi charice nyanyi lagu omputih, dia tak pandang lagu kite :p



tapi kalau dengar tanpa tengok video, tak tau pun dia macam sengaukan suara dia. hehe



gadis youtube yang kedua ialah Tasha Manshahar. serius tak kenal sape awek ni. 1st cover saya dengar, dia nyanyi lagu Mr.Saxobeat dia nyanyi dengan sorang laki, nama dia Syed Shamim ..laki tu main guitar. kebanyakan video dia, semua ada laki tu. sekali tengok macam couple lak diorang ni. suara sedap boleh tahan. lagu dia sendiri kalau tak silap Be Mine. lagu campur bahasa melayu+bahasa omputih. lagu santai2 je tu. comel :) 




kalau nak usha channel tasha ni, saya cadangkan dua video. Hati Ini & Love You Like a Love Song. serious best & comel :D


setakat ni, diorang lah gadis youtube yang saya rasa best . yang lain2 ada jugak, cuma tak sempat nak usha semua video diorang. banyak usha video anwar hadi je. (eh tiba2 bila nama anwar hadi jadi tulisan besar lak :p . ngeh3.. bubbye, salam :)



©hanny jaffar©

Senin, 23 Juli 2012

Doa melupakan sesuatu yang pahit untuk diingati


Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai 3 hari kita berpuasa. sepanjang tiga hari ni, ujian yang paling besar buat saya ialah terlalu mengingati kenangan lepas. tak tahu kenapa, setiap masa saya teringatkan si dia. Allah.. pada saya, dugaan ni adalah dugaan terbesar buat saya..

di sini, saya nak kongsikan sikit doa melupakan sesuatu perkara yang pahit untuk kita ingati. ni salah satu usaha. kalau kita usaha dan niat tu baik, insyaAllah Allah akan tolong..



1.  BACA SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW



2.  KEMUDIAN TADAHLAH TANGAN DAN BERDOA DENGAN MEMBACA DOA NI DAN TERJEMAHANNYA SEKALI SEBANYAK 3 KALI






 Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maakanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah  kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."



3. KEMUDIAN NIATKAN SEGALA KEBURUKKAN ATAU PERKARA YANG PAHIT UNTUK DIINGATI ITU SEMUA,DAN  SERAHKAN PADA ALLAH UNTUK MENGHUKUMNYA. SELESAI BERDOA SAPULAH KEDUA TANGAN ITU KEMUKA DAN TERUS KE DADA

4.  BIARKAN TANGAN ITU DALAM BEBERAPA SAAT

5.  DAN NIATKAN INI DALAM HATI

 "YA ALLLAH TENANGKAN LAH HATI NI..."


Saya sendiri masih dalam proses cuba jalan dan usaha ni. moga2 Allah terima usaha dan berkati usaha saya sebab saya tak mampu dah nak tanggung perasaan bila teringatkan kenangan lama saya dengan si dia. memang kenangan tu semuanya manis. tap jadi pahit bila perasaan dan keadaan tu dah tak sama macam dulu..




Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)


©hanny jaffar©

Minggu, 22 Juli 2012

Cara Mudah untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan






ataupun




buatlah dengan istiqamah dan niat kerana Allah. insyaAllah ibadah kita sentiasa diterim olehNya :)



Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)







©hanny jaffar©


Sabtu, 21 Juli 2012

Panduan Solat Tarawikh & Witir



Alhamdulillah, dah selesai hari pertama kita berpuasa. insyaAllah malam ni adalah malam kedua kita menunaikan solat sunat tarawikh di bulan suci ni. rebut peluang yang ada ni ye sebab solat tarawikh kita cuma boleh jumpa sebulan dalam setahun. ni ada sikit panduan untuk menunaikan solat sunat tarawikh ni. sebenarnya, kat luar sana banyak dah buku2 yang dijual untuk guide kita semua tentang ibadah wajib dan sunat ni. tapi, sekadar nak berkongsi sesama kita. semoga bermanfaat :)


Bilangan Rakaat

Solat tarawikh adalah sebanyak 20 rakaat tetapi boleh juga dilaksanakan sebanyak 8 rakaat. Solat sunat tarawikh ini hendaklah ditunaikan sebanyak 2 rakaat dan 1 salam, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki


Niat Solat tarawikh



Bacaan Surah

selepas membaca surah Al-fatihah, diiukuti dengan surah2 berikut

dua rakaat pertama : 

1. surah At-Taktahur
2.Surah Al-Asr


dua rakaat kedua  :

1.Surah Al-Humazah
2.Surah Al-Fil

selesai empat rakaat, Imam membaca doa,




kemudian sambung semula solat


dua rakaat ketiga   :

1.surah Al-Quraisy
2.surah Al-Ma'un


dua rakaat keempat :

1. surah Al-Kafirun
2. surah Al-Nasr


setelah selesai, Imam membaca doa ini





setelah selesai imam membaca doa diatas, diikuti pula dengan solat sunat witir 3 rakaat. solat sunat witir ini dilakukan 2rakaat dan 1 salam sahaja. (bukan 3rakaat terus macam solat maghrib tau :D )


Lafaz niat solat sunat witir






Bacaan surah dalam solat witir


selepas membaca surah Al-fatihah, diikuti dengan surah berikut

dua rakaat pertama :

1. Surah Al-A'la 



2.surah Al-Kafirun

selepas beri salam, dikerjakan pula rakaat terakhir (1 rakaat)

pada rakaat itu, hendaklah dibaca 3 surah berikut selepas surah Al-fatihah

Al-Ikhlas, Al-Falaaq & An-Nas


* Bermula pada malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca doa qunut (seperti dalam solat subuh) . jika tidak membaca doa qunut, hendaklah melakukan sujud sahwi. Doa qunut dibaca selepas berdiri tegak daripada rukuk sebelum sujud yang pertama.




selesai mengerjakan solat witir, disunatkan membaca tasbih sebelum berdoa :


tasbih 




 Doa



Hukum solat sunat tarawikh adalah  SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut) tidak kira lelaki ataupun perempuan. Lebih Afdhal jika solat ini dilakukan secara berjemaah.



-----------------------------


ok, sudah dulu ye. InsyaAllah esok saya share pasal cara untuk khatam Al-quran dalam masa sebulan di bulan Ramadhan ni. :) 



Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)




©hanny jaffar©






Jumat, 20 Juli 2012

Marhaban ya Ramadhan! :)

Assalamualaikum. InsyaAllah, esok seluruh umat Islam di dunia ni akan menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang bertemu dengan bulan suci ni.. :) sama2lah kita memperbanyakkan ibadah kepadaNya , bersihkan diri dan cuba untuk jadi Muslim yang lebih baik.. insyaAllah :')


selamat berpuasa semua. tinggal2kan lah benda yang lagho tu ye .. :)

ni ada sikit sharing untuk semua. semoga bermanfaat.. :)



















©hanny jaffar©


Minggu, 15 Juli 2012

MMU Dress Code Campaign



Student Affairs Division (STAD) in collaboration with Students' Representative Council (SRC) had launched the Dress Code Campaign at both Melaka and Cyberjaya campuses to create awareness regarding proper attires while in campus among students. 


Among the dress code that needs to be highlighted are as follows: 



1. Shorts. 
Under the General Discipline of Students Section 29(c): 
No student shall wear shorts or hot pants or Bermuda shorts within the University. 



2. Sleeveless clothing. 
Under the General Discipline of Students Section 29(a): 
No student shall wear blouses, t-shirts, singlet, tank tops or any clothing which bares the shoulders and armpits and/or belly, within the University. 



3. Mini-skirts 
Under the General Discipline of Students Section 29(e): 
No student shall wear skirts that reveal the knees within the University. 



4. Transparent, body hugging and hanging clothing 
Under the General Discipline of Students Section 29.4(c): 
No student shall wear any revealing or transparent clothing within the University. 



5. Slippers. 
Under the General Discipline of Students Section 29.4(h): 
No student shall wear slippers or flip-flops in all academic and administration buildings at all times. 



Under the General Discipline of Students Section 29, it is stated: 



All students shall observe the dress code guidelines issued by the University from time to time during official interactions and activities within the University premises. Any student who fails to comply with the dress code guidelines shall be forbidden from entering the University premises. 



You may refer with the attached dress code picture and your cooperation to adhere to the campus dress code is highly appreciated. 




Thank you and regards. 



Student Affairs Division(STAD), 
Multimedia University. 


No! 



Yes! :)




p/s : sokong 100% dengan campaign ni :)   sakit mata kot tengok 'orang kita' yang pakai baju adik sendiri. taktau apa yang diorang nak tunjuk dan tayang.





©hanny jaffar©