Assalamualaikum. macam entry sebelum ni, saya dok jebek2 pasal housemate kan. hihi. maluuuu :p nak buat macam mana, hati ni kuntum sangat. bila dah sayang, nak berpisah memang susah. kan kan. takpe, dunia sekarang dah moden. fb ada, twitter ada, skype pun ada. kalau susah sangat, telefon je senang :)
semalam sebelum balik, sedih je masa nak tutup pintu bilik. lama sangat tengok bilik yang dah kosong tu. yelah, setahun saya menumpang tidur berehat kat situ. belajar, buat assignment, menangis, ketawa.. semua kat bilik tu sepanjang setahun. bilik saya sejuk,, best sangatt :p
ni bilik saya. setahun yang dulu. masa ni mula2 masuk rumah ni. bersepah la sikit. hehe. :p kelihatan cik bear yang sentiasa menjadi peneman saya waktu tidur dan hampir setiap waktu. haritu ada terniat nak buang sebab kalau boleh taknak lah ingat kenangan lama, tapi rasa sayang pulak. lagipun, orang bagi kann.. dah janji pun dengan orang yang bagi cik bear tu untuk jaga cik bear sampai bila2. so, saya batalkan niat nak buang. simpan je . nanti kalau bakal pemilik hati saya suruh buang, baru lah saya buang... ohh kelihatan juga seseorang di wallpaper laptop saya. abaikan ...tak perlu ingat kisah2 yang menyakitkan hati.:)
ok, NEXT!
Ni pulak gambar 2minggu lepas. eh, ke 3 minggu. entah, tak berapa nak ingat. tapi ni kira sebahagian barang2 yang saya dah pack untuk bawa balik muar. nasib baik dah bawak balim 4 buntilan ni beserta satu almari & satu tempat sangkut baju. kalau tak, konfem tak muat kereta umi. dan konfem jugak saya kepenantan berganda. semalam pun dekat 10 kali ulang alik angkat barang. adess.. takpe takpe, exercise. boleh bakar lemak..
ha, ni barang2 yang saya kena angkut semalam. hoh, penat ok. tiba2 bila tengok gambar ni semula, baru perasan yang barang2 saya kebanyakannya warna pink. hihi, nak buat macam mana, dah nama pun perempuan. perempuan dengan pink takboleh dipisahkan. cayo la cakap den! :p
ni pulak keadaan dalam kereta umi. dah tak muat barang . umi pun kata, nasib baik dah bawak balik barang separuh masa haritu, kalau tak terpaksa sewa lori, serius, barang banyak sangatt. setahun kuttt kat melaka. haruslah banyak harta karun :p
bila sampai muar, ni hasilnya. hamekkowww. banyak betul barang. terus pening taktau nak start kemas dari mana. lepasni kena pack baju kurung yang penuh sealmari tu untuk bawa kl. practical kan, harus kena banyak baju kurung. penat lah, kan best kalau ada robot. picit je, terus siap semua yang kita nak. hoho..
btw, ni lah keadaan bilik sebelum saya pulang kunci semalam. bye 0703S1.. saya akan merindui awak.. :(
okay, mungkin sampai sini sahaja episod kesedihan meninggalkan melaka. hehe. lepasni buka buku baru. bersedia untuk practical dan tempuh alam pekerjaan. 2minggu lagi.. berdebar ok :p semoga Allah permudahkan semua urusan saya. insyaAllah aamiin.. :')
©hanny jaffar©