Kamis, 25 Oktober 2012

sajian Aidiladha : Nasi Kerabu


Assalamualaikum. Salam Aidiladha semua ! makan apa hari ni? hari ni saya masak nasi kerabu untuk keluarga. tapi mintak maaf la bebanyak ye sebab gambar nasi yang dah digaul, tak sempat nak ambik. lapar gila sebab start masuk dapur pukul 8 lebih. hampir pukul 12 baru siap masak. nasi kerabu ni sangat best kannn, tapi nak buat dia agak rumit. rumit bukan apa pun , tapi rumit sebab banyak kerja sikit buat dia. tapi bila dah siap, memang hilang semua penat masa nak sediakan nasi kerabu ni haaaa..


jom, saya kongsi resepi :)


Nasi :

Beras 
Serai sebatang ( ketuk)
daun limau purut
halia
bunga telang

  • cara masak nasi, masak macam biasa lah ye. nak dapatkan warna biru dari bunga telang tu, cuma ramas2 bunga telang dalam air lepastu tapis air dia.. kalau takde bunga telang, pakai pewarna biru pun boleh, tapi kalau nasi tak kaler biru pun ok je sebenarnya :)



****************************


Kuah Tumis :


Minyak untuk menumis
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Serai (ketuk)
Asam keping
Cili kering
Garam
Gula
Sepotong gula melaka
1 gelas santan pekat


Cara2..

  • Kisar semua bahan kecuali serai dan santan. bila dah hancur, tumis dengan minyak sampai garing. . masukkan serai ketuk lepastu masukkan santan , biarkan sampai pekat sikit. Bila dah menggelegak, tutup api :)

******************************


Sambal kelapa goreng

Kelapa parut. goreng hingga kekuningan
ikan rebus ( Ikan kembung / selayang)
bawang merah
serai
gula pasir dan garam secukup rasa
sedikit gula melaka

Cara2.

  • kelapa parut digoreng hingga kekuningan. tumbuk bawang merah & serai. masukkan ikan & tumbuk ikan sampai hancur. masukka gula pasir, gula melaka dan garam. gaulkan semua dengan kelapa yang dah digoreng tadi. Siap! :)


****************************


Air Lada 

Cili padi
garam 
gula
cuka

cara2

  • blend semua. sekali. ikut rasa tekak sendiri lah ye. tapi rasa dia pedas2 masam manis. sedap! :)

**************************

Solok Lada

Lada basah (hijau/ merah)
kelapa parut
ikan 
Bawang merah
Halia
lada hitam
santan pekat
garam, gula secukup rasa


Cara2 :

  • lada basah tu belah tengah, tapi jangan bagi putus tau. nanti tak boleh nak sumbat dengan isi ikan & kelapa. buang urat & biji cili tu. rendam kejap dalam air cuka. lepastu, tumbuk bawang merah, halia & lada hitam. masukkan ikan dan gaul. lepastu letak garam&gula secukup rasa. bila dah bersatu ikan dengan bawang tu, gaul dengan kelapa. lepastu boleh sumbat dia dalam cili..susun cili dalam periuk, bubuh santan & renehkan dalam api sederhana :)

*****************************

ulam-ulaman.. 

pakai jela sayur apa pun boleh. tapi biasanya orang akan pakai taugeh, kobis, timun, kacang panjang etc2.. kali ni saya punya ulam2, saya guna daun kaduk, daun kesum, kacang buncis, kobis purple , serai & timun. semua tu hiris2 jelah. ulam2an ni ikut apa yg ada dan ikut suka tekak anda yang nak makan lah ye


normally, orang akan hidangkan dengan daging salai / ikan celup tepung / ayam percik / paru goreng. so hari ni saya buat paru goreng berlada sebagai lauk sampingan. 


******************************


paru goreng berlada 

bawang putih
bawang merah
halia
lengkuas
cili kering
paru

Cara2

paru direbus . letak garam sikit dalam air rebusan
bila dah empuk, keluarkan dan hiris nipis
gaulkan garam & serbuk kunyit. biarkan sekejap. lepastu goreng macam biasa.
kisar cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan lengkuas.
tumis macam biasa sampai pecah minyak. letak air sikit
letak garam atau gula sesedap rasa
masukkan paru yang digoreng tadi. kacau2 kejap lepastu, siap! :)
*kalau suka yang berkuah, bubuh la air banyak sikit. tapi paru goreng berlada sedap kalau kering je*


kalau dah nama masakan kelantan, budu haruslah ada kannn. kalau takde , bukan namanya masakan dari negeri cik siti wan kembang tu. kannnn :) budu nak original dari botol pun ok, tapi kalau nak lagi sedap, perah asam limau sikit, potong bawang besar & cili padi. siap dan boleh dimakan! nyumnyummy!!! :D




ni hasilnya :) eh, keropok & telur masin jangan lupa tau! selamat mencuba dan selamat hari raya ! bubaiiii ^_^



©hanny jaffar©

Minggu, 07 Oktober 2012

Anugerah Blockbuster , anugerah murahan?

Assalamualaikum. semalam pukul 9 saya dah terpacak depan TV, konon2 ada masterchef semalam. yelah semalam kan hari sabtu. memang pukul 9 ada masterchef pun kan. sekali tengok-tengok ada anugerah blockbuster. oklah, saya pun tengok jelah. umi taknak tengok. umi kata ni semua LAGHO! hehe memang lagho pun tapi saya tengok jugak sebab ada zizan & aaron. 


kenapa saya cakap anugerah ni anugerah murahan? sebabnya, artis-artis perempuan yang datang malam tu.. ALLAHUAKBAR.. saya taktahu kenapa macamni teruk sekali orang ISLAM kat negara kita. dah la pakaian seksi. yang sampaikan award terpekik2 terkinja2 atas pentas macam bertahun tak jumpa pentas dan tak pernah naik pentas. 


saya taknak letak gambar artis2 malaysia yang tak senonoh tu. nanti google lah sendiri cari ye. saya cuma nak mention beberapa nama artis yang saya meluat sangat semalam.

1. Erra Fazira. dia ni dah tua dah pun. makin tua makin menjadi. tahu la awak tu pernah jadi miss malaysia, ke silap? tapi.. haih pakaian tak sedar diri langsung. boleh pakai skirt pulak -.-. nak lawan che ta ke erra oii.. -.-

2. Nabila Huda . dia ni lagi sorang. dah macam hape tah.. taktahu nak komen apa sangat. suka2 hati dia je nak cuit dan geletek2 laki orang atas pentas. masalah jiwa betul

3. yana shamsuddin . yana ni pakai dari atas sampai ke bawah tutup tapi ketatnya macam takboleh nafas. aset awak tu agak menonjol kott. segan tengok masa dia naik pentas. ish

4. Ezlynn. err dia ni macam pelik je semalam. rasanya mungkin sebab dia dah lama tak dapat naik pentas, tu yang jadi over semacam.. terkinja kinja. dia ingat cantik sangat la tu bini orang kinja2 macam tu sekali. -.-

5. Adira. kalau tak silap dia ni dulu sebelum jadi artis bertudung. tapi bila dah jadi artis.. makin lama makin seksi. -.-

keseluruhan malam semalam yang bertemakan COLOUR BLOCK nampak macam kat tadika. memang la colourful, tapi. entahlah. kenapa saya cakap anugerah blockbuster ni anugerah murahan? sebabnya.. tengok la pada artis kita. artis wanita especially. semua benda nak tunjuk, semua benda nak dedah. dah elok pakai tutup atas, bawah bukak. bawah tutup, atas bukak. hadoii.. macam mana la nak sokong artis tempatan kalau gini caranya? kita ni orang ISLAM. jaga la sikit maruah dan identiti kita ni. kalau tak seksi, tak famous. agaknya gitulah yang diorang fikirkan.. -.-


tapi apa pun, tahniah pada anak teruna datuk yusuf haslam ; shamsul yusuf sebab bolot 5 anugerah semalam. tahniah :)






Rabu, 03 Oktober 2012

Sharing is caring.. kann?

Assalamualaikum. hari ni nak sharing sikit pasal cinta, jodoh, kasih sayang etc2. pertama sekali nak minta maaf kalau sesiapa yang baca ni akan terasa atau apa2 jelah. 




sekarang ni, selalu sangat dah saya dengar pasangan2 yang bercinta ni keluarkan ayat-ayat manis pada pasangan masing2. alah, saya tahu sebab dulu saya pun pernah bercinta jugak. empat tahun, cakap je apa ayat manis yang tak pernah saya dapat dan tak pernah saya cakap. kalau pun tak sama cara pengucapan, maksudnya tetap sama.


sekarang ni bila dah single, saya rasa apa yang pernah saya cakap dan apa yang pernah si dia sampaikan pada saya tu semuanya fake! dulu, saya dan dia selalu cakap macamni "saya sayang awak kerana Allah. saya harap sangat Allah redha hubungan kita ni."






my dear brothers and sisters... 

macam mana Allah nak redha sesuatu perkara yang DIA tak suka? betul, dalam Islam tak pernah larang kita bercinta. tak salah langsung nak bercinta. tapi, biarlah dengan cara yang elok. yang silapnya sekarang ni, cara kita melaksanakan percintaan tu. 

Allah pesan dan suruh pada kita supaya sentiasa menundukkan pandagan pada jantina yang berlainan. tapi, bila bercinta ni.. mustahil kita jumpa si dia dan kita sama2 pandang ke arah lain. betul tak? perempuan pulak, bila bercinta.. secara automatiknya suara akan jadi mendayu2. yang kasar ganas pun boleh jadi manja. lelaki pulak, bukan boleh dengar suara perempuan yang manja2 ni. ada je lain yang dia fikir nanti. saya tahu sebab saya pernah mengalaminya. 




..." saya tak mampu hidup kalau awak takde.."


Allah.. kenapa sampai kesitu perginya? meh saya share. dulu, masa saya bercinta.. saya pernah cakap macamtu. saya takut kalau dia tinggalkan saya dan saya takboleh hidup kalau dia takde. tapi buktinya, saya masih hidup sampai hari ni walaupun dia dah tinggalkan saya setahun lebih. sebelum saya jumpa dia, saya boleh je hidup. apatah lagi lepas dia tinggalkan saya, saya rasa saya makin bersemangat nak hidup.. sebab apa? sebab saya tahu dulu saya banyak buat silap. terlalu banyak. bila bercinta, saya lalai. masa saya sangat banyak dihabiskan bersama dia. sepatutnya, saya lebihkan masa bersama pencipta saya dan keluarga saya. tapi ni terbalik pulak. saya juga menjadi sahabat syaitan laknatullah dulu. yelah, bila bercinta, saya banyak membazir. bil melambung tinggi. beratus-ratus. bila birthday dia, sibuk nak belikan hadiah. patutnya duit yang saya ada, saya simpan. ni sebaliknya..





banyak silap saya dulu. tapi saya tak pernah salahkan dia. kalau dia tak tinggalkan saya, saya tak jadi macam sekarang. mungkin saya lebih hanyut. mungkin saya lebih banyak dosa. 


sekarang ni, saya lebih bahagia hidup sendiri. saya nak tebus semula silap saya. ALHAMDULILLAH, masa saya lebih banyak bersama DIA dan keluarga saya. mungkin ini hikmah disebalik perpisahan saya dengan dia. tipulah kalau saya tak rasa tertanya-tanya siapa bakal pemilik hati saya yang Allah dah tulis di luh mahfuz sana. yelah, tahun depan dah 22. tapi, saya tahu.. ALLAH ada perancangan yang lain untuk saya. buat masa ni, biar cinta yang ada ni jadi milik DIA saja.. 


harus diingat ye kawan2 yang sedang hangat bercinta.. bukan namanya cinta kalau menghantar orang yg kita sayang tu ke neraka.dan bukan namanya cinta kalau jauhkan kita daripada Sang Pencipta. :) sekarang ni tugas kita jadi anak yang baik untuk mak ayah. mak ayah hantar kita pergi sekolah / universiti dengan harapan yang menggunung. jadi, jangan hampakan mereka. kan sweet bila kita  sapu air mata mak / ayah kita bila dia tengok kita berjaya.  berkawan tak salah, tapi adab2 kena lah jaga. 

saya petik kata-kata dari seseorang ... "jangan sibuk nak cari pemilik tulang rusuk kiri kalau syurga di bawah tapak kaki pun belum terjaga.. " =)
kalau dah jodoh tak kemana. :)



©hanny jaffar©