Minggu, 09 Januari 2011

Buka fb pagi2 dah ada juri & pengkritik tak berbayar





Assalamualaikum. agak2 masih belum basi cerita pasal AJL25 semalam kan. hmmpphhh.. apa pun keputusan, sila lah terima. bosan lah bila buka fb pagi2, errr lebih tepat dari malam semalam, ramai sangat yang takpuas hati dengan keputusan juri. serius bosan ! *maaflah pada siapa2 yang terasa*


tak kisah lah ana raffali tu sombong ke tak mesra peminat ke, tak berdisiplin ke.. tu letak tepi sebab semalam ANUGERAH JUARA LAGU ye, diulangi sekali lagi, ANUGERAH JUARA LAGU. juri cari lagu yang terbaik. yang perfect dari segi A-Z. BUKANNYA cari artis mana yang paling ramai peminat, artis mana yang paling tak sombong. haihhhh. -.-''


kalau lah yang mengutuk tu hebat sangat, kenapa anda tak dijemput jadi juri ye? hani bukan lah peminat setia Anna Raffali tu. hani pun bukan siapa2 nak cakap siapa yang layak dan siapa yang tak layak, tapi.. hey malaysia! bangunlah. buka fikiran tu sikit.


sangat bosan lepas apa2 anugerah, ada je yang tak kena. okay okay, fine korang tak suka sebab artis kesukaan korang tak menang, tapi terima lah itu sebagai rezeki orang. takpayah nak kutuk2. kutuk2 pun apa yang korang dapat? dapat ke artis kegemaran korang tu menang semula? tak dapat nyeeeee. dapat TAMBAH DOSA lagi ada.


bagi peminat bunkface, hujan , yuna & semua yang bertanding semalam, mereka dah pasti2 harapkan kemenangan dari artis kegemaran masing2. macam hani, hani nak sangat shahir menang, tapi mustahil. hehe. :D:D


ramai juga kutuk shahir, shahir takbest lah shahir apa lah. okay, kali ni hani baik sikit, hani terima sebab hakikatnya, shahir tak sihat & maybe tak cukup latihan.. tambah pula dengan perempuan mana tah yang sebok tu. sangat mencacatkan persembahan dia. cuba ganti perempuan tu dengan hani, confirm shahir menang. tapi bab tampar last sekali hani taknak. ehehe :P


okaylah.. sudah2 ye. benda dah lepas, dah jadi. buat apa ungkit2? lagi ungkit, lagi sakit hati kan? tunggu je AJL 26 tahun depan. cukup2 bercerita pasal AJL. AJL = juara lagu. bukan artis itu yang juara. ada faham atau tak faham? tapi musykil, celah mana dalam perkataan ANUGERAH JUARA LAGU tu yang anda tak faham ye ? :P chill lah kawan ! takpayah emo2. peace ! ^__^


**takpuas hati dgn entry ni sila pm di fb yeh. takyah sindir2. haha








Tidak ada komentar:

Posting Komentar