Assalamualaikum semua. mintak maaf lama sangat tak update blog. sebelum2 ni ade jugak niat nak buat entry baru tapi, sempat separuh jalan je. asyikla tersimpan dalam draft. ermm... seperti yang mungkin ramai dah tahu, ayah hani dah kembali ke rahmatullah pada hari khamis lepas , 9 jun 2011 pd pukul 6 petang.
hari ni dah 4 hari hani bergelar anak yatim. rindu pada ayah, hanya Allah je yang tahu. nak menangis pun tak mampu sebab untuk apa kita meratap orang yang dah pergi kan. lagipun tak elok. 20 tahun ayah besarkan hani.. walaupun masa hani kecik2 dulu, ayah jarang ada dengan hani adik beradik sebab ayah kerja jauh, tapi.. kasih sayang ayah pada kami bertiga takkan mampu diganti dengan apa pun.
perasaan hani sekarang bercampur baur. sedih, rindu , terkilan & ade jugak rasa bersyukur. bersyukur sebab.. hani orang yang terakhir dapat cakap dengan ayah. masa hari ayah meninggal, hani baru balik dari melaka. masa kat melaka tu, hani nak sangat balik cepat2. takde sebab tapi memang hani nak balik pukul 12 tgh hari tu. lepas tu, hani sampai rumah dalam pukul 3 petang. hani masuk bilik, solat & rehat..
pukul 5 petang, hani bangun pergi dapur sebab nak buat kuih. pastu hani tengok ayah pun dah bangun jugak. ikuti perbualan terkahir hani dengan ayah.. kenangan terakhir seoarang anak bersama bapanya... T___________T
Hanny : ehh.. ayah nak pergi mana ni?
Ayah : ayah nak g kat basikal exercise ni. Nak gerak2kan kaki ayah sikit
Hanny : ohh okay.
Ayah : adik nak buat ape tu? Dah sembahyang?
Hanny : nak buat kek. Ade kawan nak. Belum asar lagi. Nak sediakan bahan2 jap.
Ayah : ohh kek coklat hari tu eh? Sedap adik buat kek. Tapi ayah xboleh makan banyak. Nanti gula naik. Adik g lah sembahyang asar dulu. Kejut umi jugak. Dah pukul 5 ni.
Hanny : ok. Jap ag ani solat.
Ayah : sebelum adik solat, tolong panaskan nasi ayah ni. Ayah nak panas2. Tolong buatkan air teh o lemon jugak utk ayah.
Hanny : ok.
(Sambil2 buat air, ayah cakap benda lain pulak)
Ayah : adik nak hadiah ape ni sebab dpt result bagus? (Senyum)
Hanny : ermm.. takde pape yahh. Nak habiskan diploma cepat2 je. Ni father’s day dgn bday ayah da dekat ni. Ayah nak adiah ape?
Ayah : adik dapar result bagus tu pun dah kira hadiah utk ayah. Belajar rajin2. Jgn pk lain2. Jgn susahkan umi. Maintain ape yg adik dpt skrg.
Hanny : ok. insyaAllah
(hidangan dah siap utk ayah)
Ayah : adik g solat dlu lah. Dah lewat ni
Hanny : ehh. Xpe ke ayah sorang2 ni? Tunggu umi habis solat dulu la. Nanti ani solat pulak.
Ayah : takpe. Semua dah sedia ni. Nanti kalau ape2 ayah panggil la.
Hanny : ok.
hani masuk bilik utk solat asar. Tak sampai 5 minit, hani mcm tak sedap hati. Hani pun bukak pintu bilik. Jengah kat meja makan, tengok ayah takde. Dalam hati dah pelik sebab takkan cepat sangat ayah makan. Hani pun terus keluar bilik. Tengok2 ayah dah jatuh kat bawah. yaAllah.. masa tu, jantung hani macam berhenti sekejap. Lutut hani menggigil tengok ayah jatuh meniarap. hani terus lari kat ayah. hani panggil2 ayah. hani goyang2kan badan ayah. tapi masa tu badan ayah dah keras. hani tak larat nak pusing kan ayah. hani terus jerit panggil umi & along. masa tu , hati hani memang sedih sangat2. tak tahu nak cakap ape lagi dah.
bila umi dah ada kat sebelah ayah, umi bisik Allah... Allah.. banyak2 kali kat ayah. sekali je ayah ikut. masa ayah sebut Allah tu, nasi yang ade dalam mulut dia terkeluar. lepas ayah sebut Allah tu, terus takde respon. hani pegang tangan ayah. hani usap2 dada ayah. masa tu memang takde nampak dada ayah turun naik langsung. nadi ayah pun dah tak berasa sangat. tapi hani nampak perut ayah masih bergerak2. tapi makin lama , tangan ayah makin sejuk. bila jiran datang tolong angkat ayah masuk bilik, umi suruh hani bisik kalimah ALLAH kt telinga ayah. umi kata, jangan putus bisik kat ayah. masa tu along hani dah call ambulance putra batu pahat. sambil2 bisik kat ayah, sambill hani sapukan air zam zam kat muka, dada n bibir ayah.
lepas umi solat, hani pulak solat asar. pastu hani terus call angah. hani cakap, ayah jatuh. takde respon dah sekarang. hani suruh angah balik. along pun dah call aunt2 & uncle2 hani. hani masuk bilik umi semula. hani bacakan yassin untuk ayah. masa tu, muka ayah da sejuk. bibir ayah dah pucat. ambulance sampai, terus nurse & abg HA test darah ayah. masa abg HA tu cucuk jari ayah, darah dah takde keluar langsung. bacaan ape tah pun dah takde. nurse tu cakap kat umi, kalau ikut pengalaman dia.. dia cakap ayah dah takde. tapi dia tak berani nak confirmkan. dia suruh jugak panggil doctor klinik berhampiran. so bila doctor datang, doctor konfemkan yang ayah memang dah takde. sedih kat hati, Allah je yang tahu..
hani tak sangka, jumaat lepas masa buat kenduri kesyukuran sebab ayah tak perlu buat dialysis tu, jumaat terakhir ayah dengan kami. hani ingat lagi, ayah suka bila hani masak. ayah mesti cakap "pandai anak ayah masak" .. takpun.. " sedap adik masak"..
masa ayah kat hospital, ayah takmaw makan sangat. tapi, bila balik rumah.. ayah mintak hani masakkan macam2 untuk dia. hani rindu ayah T_____T
hani redha dengan semua yang dah tertulis. ini bahagian ayah. hani sendiri tak sanggup tengok ayah tahan sakit lama sangat. untuk pengetahuan semua, ayah punya jantung yg berfungsi hanya 15% je. apa lah yang kita harapkan dengan 15% tu kan.. hani sendiri sakit bila dengar ayah batuk. sedih tengok ayah susah bernafas.. daripada ayah terus menderita, biarlah ayah tenang kat sana.. amin
hani rindu ayahh. rindu sangat2. lepasni, dah takde ringtone yang hani set utk ayah berbunyi kat phone hani. dah takde ayah yang call hani tiap2 hari bila hani berjauhan dengan ayah. dah takde yang tanya apa barang2 keperluan hani yang tak cukup. dah takde peneman hani bila hani nak makan sushi. dah takde jugak pelukan & ciuman kasih seorang ayah untuk hani. semua dah terhenti sebaik saja ayah hembuskan nafas yang terakhir khamis lepas. T_______________T
[ hari raya 15 tahun yg lalu...] :'(
tahun lepas, raya terakhir kami berlima @ cameron highlands.
rindu rinduu. rindu ayahhhhhhh. semoga ayah tenang disana. amin
ayah... terima kasih untuk segalanya. terima kasih atas kasih sayang, didikan & perhatian yang ayah bagi pada along, angah & ani. terima kasih untuk semuanya. hani sayang ayah. hani rindu ayah. semoga ayah tenang disana disisi pencipta yang maha Esa. hani janji akan belajar bersungguh2.. hani janji takkan kecewakan umi. hani janji takkan susahkan umi, along & angah. hani janji akan jadi anak yang solehah untuk umi & ayah dunia akhirat. terima kasih untuk semuanya ayah. bahagialah ayah disana.
AL-FATIHAH
p/s : terima kasih yang tak terhingga untuk kawan yang tak putus2 bagi semangat pada hani.. yang mendoakan ayah hani. Yang datang menziarah kami. Terima kasih banyak2. Semoga Allah yang balas jasa kalian semua. Amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar