Assalamualaikum :)
lama dah tak ber-blog :) maklumlah, dah naik sem baru kann.. sibuk lah sikit. minggu depan dah start midterm. huhu. cepat betul -.-"
ni sy nak share sikit lah untuk siapa2 yang singgah blog sy ni. sekadar ingatan bersama. harapnya dapat terima dengan hati terbuka ye :)
1. Ayahnya
apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala didikan agama seperti mengajar solat, mengaji dll. Dia membiarkan anak anak perempuannya tidak menutup aurat .. ayah... tidak cukup hanya dengan memberi kemewahan dunia sahaja untuk menunjukkan kasih sayangmu. tetapi, kemewahan ilmu agama & akhirat itu adalah sebenar2 harta yang sepatutnya diberikan..
2.Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, berhias secara berlebihan bukan untuk tatapan suami tetapi untuk tatapan lelaki bukan mahram. membiarkan si isteri tidak menutup aurat dan sebagainya. walaupun si suami seorang yang alim, apabila dia mendiamkan diri , maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3.Saudara lelakinya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga saudara perempuan akan beralih ke tangan saudara2 lelakinya. Jikan mereka hanya mementingkan keluarga atau hal lain & saudara perempuan mereka dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, maka.. tunggulah tarikan saudara perempuanmu kelak di sana
4.Anak lelakinya
Apabila seseorang anak lelaki tidak menasihati perihal ibu yang dilakukan bercanggah dengan ajaran Islam, beliau akan dipertanggungjawabkan & disoal di akhirat kelak.
*************************************
sebaik2 & seindah hiasan adalah wanita solehah.. tetapi, salah satu fitnah terbesar juga adalah wanita. tidak mudah bergelar wanita. oleh itu, jaga lah auratmu.. jagalah dirimu.. jagalah segalanya tentang kamu.. jika kamu benar2 sayangkan bapa, suami & saudara lelakimu jagalah diri kamu sebaiknya.
jadilah wanita yang mahal tetapi tidak meninggi diri.. :)
thanks for reading. salam :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar