Senin, 30 Januari 2012

Belajar Menundukkan Pandangan







Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.


Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.


Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.


Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.


Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.


Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.


Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.


Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!



‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat





sumber : aku islam



Jumat, 20 Januari 2012

novel review : semerah inai di jari - mila yusof



semerah inai dijari - mila yusof
alaf 21 - RM21.00



sinopsis

Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.

Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya. 



review sy :

novel ni agak okay la. AGAK yee.. tak berapa nak ok sebenarnya. tak seperti yang saya harapkan. gaya penceritaan agak skema & kelam kabut. tiba2 terasa macam baca novel komsas SPM pulak :D:D bahasa yang digunakan sangat skema. serius! kebiasaanya, sy boleh baca novel dalam masa 1 hari. susah nak berhenti baca kalau cerita tu menarik & sususan bahasa yang digunakan agak santai. kebanyakan pembaca novel sekarang ni terdiri daripada mereka yang berada di peringkat umur remaja. so, bila bahasa yang digunakan sangat skema , pembaca akan cepat bosan. macam saya :D


dari segi cerita, boleh tahan menarik. ada point yang nak diceritakan. tapi mungkin disebabkan gaya bahasa dan gaya penceritaan yang tak menarik, membuatkan sy rasa, cerita ni biasa2 je. tak se-GAH tajuknya . sorry penulis. :)


kalau nak tau, baca lah ye. sekurang2nya kita boleh kembali semula pada zaman komsas SPM dolu2 :p:P sekian . kalau2 penulis terbaca, sorry ye. kritikan membina ni supaya lagi menarik penghasilan novel yang berikutnya. insyaAllah :)


thanks for reading. salam :)



p/s : errr.. nasib baik beli guna voucher buku hok free tu. kalau tak, terasa bazir plop :D



Minggu, 08 Januari 2012

novel review : akhirnya aku kahwin - herna diana





Assalamualaikum :) lama dah rasanya tak buat novel review kan. sy pun dah lama tak beli novel. busy + kekeringan $$. tapi haritu masa pergi jalan2 kat aeon bandaraya, masuk popular bookstore. banyak betul novel & buku yang best2 sekarang ni. sy sempat lah capai novel akhirnya aku kahwin & soal jawab bersama ustaz azhar idrus :)


dah baca tak novel ni? novel ni novel kedua daripada herna diana. dulu dia tulis novel cinta 3 suku. herna diana masih mengekalkan genre romantik komedi dalam penulisan beliau.


apa yang boleh sy katakan, novel ni memang best! kalau daripada 5 bintang, sy bagi 5 bintang setengah :p novel ni tak terlalu jiwang. sangat santai & kena dengan jiwa remaja.


bila baca novel ni. sy boleh ketawa, boleh menangis & boleh senyum lebar. cerita ni sweet & comel. mungkin ada kekurangan di sana sini. tapi sebagai orang yg suka membaca semua jenis buku & novel, sy rasa novel ni sangat sesuai untuk dibaca oleh semua. dalam novel ni takde lah adegan 18sx macam sesetengah novel. so, kalau difilemkan pun, takdelah timbul isu panas atas katil :p :p


ok, cukup sikit je lah review ye. kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah baca sendiri. insyaAllah tak rugi beli :)


thanks for reading. salam




Jumat, 06 Januari 2012

entry pertama 2012 :D





Cinta dan Benci - Geisha



bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi

tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci

sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa