semerah inai dijari - mila yusof
alaf 21 - RM21.00
sinopsis
Sudah setahun Izzati dan Faiz saling mengenali. Tetapi hubungan mereka adalah antara seorang ketua dan anak buahnya. Malangnya Faiz telah menempah bala! Dek kerana dia gagal melakukan yang terbaik dalam tugasnya, Izzati pula yang diherdik pengarah syarikat. Kerana rasa malu dan marah pada anak buahnya, wanita itu jadi walang. Dia membawa diri kerana rajuk.
Faiz yang mahu memohon maaf segera mengejar kereta si bunga untuk memujuk. Tanpa diduga, motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh wanita itu. Si kumbang berpura-pura sakit yang teramat. Minta dihantar segera bertemu keluarga di kampung halamannya. Setiba di sana, terserlah sisi lain peribadi masing-masing hingga hubungan mereka menjadi lebih bermakna. Bermula dari detik itu, rasa bersalah Izzati membuatkan dia jatuh sayang pada Faiz. Begitu juga jejaka itu. Cinta mereka terlalu agung. Namun, jalan yang dilalui tidak pernah lurus. Ada saja yang merintangi haluan. Sedangkan Izzati sudah memasang angan-angan menanti saat inai memerah di jarinya.

review sy :
novel ni agak okay la. AGAK yee.. tak berapa nak ok sebenarnya. tak seperti yang saya harapkan. gaya penceritaan agak skema & kelam kabut. tiba2 terasa macam baca novel komsas SPM pulak :D:D bahasa yang digunakan sangat skema. serius! kebiasaanya, sy boleh baca novel dalam masa 1 hari. susah nak berhenti baca kalau cerita tu menarik & sususan bahasa yang digunakan agak santai. kebanyakan pembaca novel sekarang ni terdiri daripada mereka yang berada di peringkat umur remaja. so, bila bahasa yang digunakan sangat skema , pembaca akan cepat bosan. macam saya :D
dari segi cerita, boleh tahan menarik. ada point yang nak diceritakan. tapi mungkin disebabkan gaya bahasa dan gaya penceritaan yang tak menarik, membuatkan sy rasa, cerita ni biasa2 je. tak se-GAH tajuknya . sorry penulis. :)
kalau nak tau, baca lah ye. sekurang2nya kita boleh kembali semula pada zaman komsas SPM dolu2 :p:P sekian . kalau2 penulis terbaca, sorry ye. kritikan membina ni supaya lagi menarik penghasilan novel yang berikutnya. insyaAllah :)
thanks for reading. salam :)
p/s : errr.. nasib baik beli guna voucher buku hok free tu. kalau tak, terasa bazir plop :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar