Jumat, 17 Februari 2012

sekadar renungan :)

untuk ADAM..

andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-
mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti
dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah
telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa
lapik..fikirlah semasaknya utk
menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu
anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau
wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya
semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai
kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah
semasaknya andai hati masih teringin
menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah
buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-
mata..lihatlah pada sepasang indah mata
miliknya..andai tidak redup menunduk
pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus
menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami
matanya masih terus meliar memandang segak
rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk HAWA..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-
mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar
hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya
andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih
mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir
juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-
mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah
lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang
bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu
menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya
dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-
mata..lihatlah pada mulutnya tatkala
berbicara..andai dia mudah menghambur carutan
dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai
masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama
kelak..kesalahan kecil anda akan menerima
hamburan cacian yang menyeksakan..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar