Kamis, 23 Agustus 2012

Bagaimana rasanya putus kasih ?




Assalamualaikum.. bila cakap pasal putus kasih ni, rasanya ramai orang yang pernah mengalami benda ni. untunglah pada mereka yang tak pernah rasa keadaan macam ni. tapi, yang sebenar-benarnya, apa rasa bila putus kasih ni? bagi saya, saya dah merasai keadaan ni dua kali. bukan nak kata saya dah terlalu banyak pengalaman, tapi dengan pengalaman yang tak seberapa tu saya rasa, cukup untuk saya berdiri kukuh sampai hari ni, Alhamdulillah




saya pernah mengalami keadaan ni sebanyak dua kali. kali pertama, hubungan yang saya rasakan bakal berakhir ke 'mahligai indah' akhirnya runtuh dengan sekelip mata je. hampir 5 tahun bersama, susah senang bersama, kami dah mula pasang impian untuk teruskan hubungan ke fasa yang seterusnya. tapi, kita ni hanya manusia biasa je, merancanglah sehebat mana sekalipun, tapi kalau Allah kata TAK, TAK lah jawapannya..


kali kedua putus kasih, saya hanya berkawan dengan dia tak sampai setahun, tapi kami rapat. cuma, hubungan tak dapat restu keluarga si dia sebab kami berlainan negeri.


okay, sudah sampai situ kisah saya. malas nak fikir sebab rasanya benda tu buat sakit hati dan menyerabutkan kepala je. takde diorang pun saya boleh hidup.. macam dulu2, malah lebih baik lagi daripada dulu.. Alhamdulillah






orang kata, bila sesuatu yang melibatkan perasaan dan ianya tak kesampaian, perasaan SEDIH mesti lah ada .. kan. saya tak nafikan perasaan sedih tu memang ada. lama jugak masa yang saya ambil untuk buang semuanya. sampai sekarang masih ada, tapi dah tinggal saki baki je. pada saya, tu semua adalah perkara biasa. bukan ke Allah ciptakan manusia ni istimewa, penuh dengan pelbagai perasaan. sedih bila putus kasih atau sesuatu yang kita inginkan kita tak dapat tu, adalah fitrah yang dah Allah 'letak' dalam diri kita. cumanya, wajar ke kita bersedih terlalu lama mengenang sesuatu yang sememangnya bukan hak kita?


dalam masa setahun saya mencari semula diri saya yang dah lama hilang, macam-macam yang saya fikir dan pelajari.bila saya duduk sorang2, saya selalu fikir.. kenapa keadaan mesti jadi macam ni. kenapa saya kena sedih terlalu lama sedangkan dua manusia yang hancurkan hati saya tu hidup bahagia dan senang lenang tanpa saya.. tapi kenapa saya masih duduk berdiam diri dibelenggu emosi duniawi yang langsung tak menguntungkan diri saya sendiri..




sampai lah satu haritu, seseorang suruh saya baca ayat 286 surah Al-Baqarah setiap kali lepas solat.(boleh klik SINI untuk baca)  kali pertama saya amalkan, saya macam dapat rasa satu perasaan yang berbeza sangat. sejak haritu, setiap kali saya teringatkan dua manusia tu, cepat2 saya baca ayat tu. Alhamdulillah, makin hari saya makin rasa tenang. kalau dulu, ada rasa marah, ada rasa sedih, ada rasa kecewa.. tapi sekarang, saya rasa semuanya yang berlaku ni bersebab. benarlah firman Allah yang bermaksud

...... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)


[untuk kaum single macam saya. haha]

sekarang ni, berbalik pada tajuk kat atas, bagaimana rasanya bila putus kasih, jawapan saya... takdelah teruk sangat pun.. saya ada sebab tersendiri kenapa saya kata macam ni, ok cuba fikir balik..


kasih sayang ni sebenarnya sangat luas,, bukan terhad pada individu yang bercinta je, tapi kasih sayang kepada Allah, Rasul, ibu bapa, adik beradik dan keluarga.. jadi..


1. kita selalu sangat abaikan larangan dan suruhan Allah. solat entah kemana2, aurat tak jaga.. cuba fikir semula, selama kita hidup ni, dah berapa banyak kali kita kecewakan Dia? dah berapa banyak kali kita putus kasih dengan Dia? ada kita sedih? ada kita meratap meroyan? ada kita tak lalu makan?

2. macamtu jugak dengan Rasulullah.. berapa banyak peringatan yang dia tinggalkan dekat kita tapi kita tak ikut, sedangkan Baginda sebelum wafat, masih ingat dengan kita.. "ummati..ummati..ummati.." .. kat situ je dag tunjuk betapa Baginda sayangkan kita. tapi kita ni berapa kali je ingat kat dia. ada kita menangis bila ingat perjuangan Baginda? ada kita kurus keding tak lalu makan sebab sedih tak dapat berjumpa dia?

3.dan setiap manusia yang hidup di dunia ni, pastinya ada mak ayah kan. sebagai anak, fikirlah.. dah banyak kali kita kecewakan mereka, tapi pernah ke kita menangis sedu sedan bila ingatkan semua apa yang pernah kita lakukan ? pernah tak?


sebab tu saya cakap, putus kasih dengan orang yang bukan halal untuk kita ni, takdelah teruk mana pun. kecewa tu patut ada sekejap je, tak perlu lama2. fikir balik, berapa banyak kita dah kecewakan Allah, Rasul dan mak ayah kita. itu yang paling penting sebenarnya.  ni tak, dengan mak ayah cakap tengking2, menipu, segan nak pimpin & cium mak ayah depan public. tapi bila dengan kekasih haram, amboi.. lembut gigi dari lidah. berpeluk bercium, berkasih sayang depan public macam lupa diri tu orang Islam..





jadi, jangan bersedih keterlaluan bila putus cinta.jangan menangis kerana seseorang yang tak halal buat kita, tapi menangislah atas dosa2 yang pernah kita lakukan bersama dia. lagi satu, kalau ada jodoh , tak kemana.. rileks sudah~ :D Assalamualaikum..



©hanny jaffar©


Tidak ada komentar:

Posting Komentar