Senin, 28 Januari 2013

Roti naik ke Roti kukus?


Assalamualaikum! :) malam ni satu lagi projek menuju alam rumah tangga. hihi. kata nak jadi masterchef untuk bakal suami, so kena lah menuntut macam2 ilmu masakan daripada orang yang berpengalaman. hihi :p  malam ni saya buat roti. alaaa roti biasa2 je. family  kami panggil roti naik. orang lain tak sure pulak panggil apa. mungkin roti kukus sebab cara masak dia dengan mengukus. ataupun roti gebu sebab dia sangat gebu. ataupun roti kaler2 sebab dia kaler pink + kuning. ikut lah mana2 nak panggil pun. janji bendanya sama, iaitu roti :p

okay, bahan-bahan yang diperlukan ialah 

1kg tepung gandum
1 biji telur
100ml susu fresh
1 packet mauripan
400ml air suam
1 cawan gula
garam
vanilla extract
pewarna merah, kuning atau apa2 je.ikut suka masing2

step yang pertama ialah. korang perlu sediakan mangkuk dalam 3 biji. kalau takde mangkuk, tak boleh buat kerja :p

oke2, serius. first sekali,, kena ayak tepung tu. ayak sekali pun cukup dah. lepastu bubuh mauripan. gaul2 mauripan dengan tepung tu bagi selesa bersama :p

lepas dah gaul2, asingkan dua bahagian. kalau nak buat banyak kaler, asingkan lah ikut kaler yang nak bubuh nanti. kalau malas, buat je 1 kaler. tapi saya biasa buat dua kaler.. pink & kuning

dalam bekas yang lain, pukul telur. jangan kuat2 tau. pukul biasa2 je.pastu masukkan susu fresh, garam ,gula , vanilla & air suam. kacau2 sikit. lepastu asingkan kepada dua bekas. letak kaler yang diingini.

lepastu, letak tepung yang dah asing tadi dalam bekas campuran susu n telur tu. uli jangan kuat2 sebab nanti roti tak naik atau. gaul dan uli secukup rasa sampai keliling bekas tu bersih. maksudnya takde adunan yang melekat.

bila dah siap, ambik kain basah dan rehatkan selama 1 jam. ceni lah rupa dia bila dah 1 jam. dia akan mengembang dengan jayanyaaaaaaaa :p



bekas ni tinggi, so tak nampak sangat kegebuan beliau. bila dah naik ceni, tumbuk2 mereka bagi keluar angin. lepastu, uli sikit lagi, tutup semula dengan kain basah & biarkan selama setengah jam.

sambil-sambil tu boleh lah sediakan loyang & panaskan air untuk mengukus.

bila dah cukup satu jam, boleh dah bulat2kan dia untuk letak dala loyang. ikutlah kretiviti masing2, nak buat tocang ke, nak susun2 ke atau apa2 jela. saya buat bulat2 & susun selang seli antara warna pink dan kuning. hasilnya macam ni



ada 1 lagi loyang tu buat tocang. tapi malas lak nak ambik gambar :p

bila dah susun, biarkan kejap dalam 5 10 minit. bagi naik sikit lagi lepastu boleh masukkan dalam pengukus. kukus lebih kurang 30-35 minit. lepastu boleh dah angkat. yayyy.. hasilnya, harusla gebu dan lembutt uolssss :p

  see, gebu tak iols punya rotii? heeee. ni hasilnya bila kita masak dengan penuh kasih sayang untuk orang yang tersayang . aishewahhhh :p


ni bila dah keluarkan dari loyang. mahap bebanyak sebab kualiti gambo sangat tak ohsem! iols pakai fon cikaiii je.


roti ni sedap makan pepanas. sapu sikit dengan butter ataupun cicah milo. pehhh, memang ohsem ! sila lah cuba ye.


untuk bakal suami, nanti u balik kerja, i buatkan ni untuk u kayy? #nak jugak cakap walaupun entah sape entah orangnya -___-" 


love, hannyjaffar


Kamis, 24 Januari 2013

Officially twenty two!




Alhamdulillah, hari ni cik hanny genap 22 tahun! :) syukur ya Allah kerana Kau masih beri peluang untuk aku bernafas di muka bumiMu ini . Alhamdulillah :')


Birthday tahun ni macam biasa je. sama macam tahun-tahun yang lepas. tahun ni tahun kedua sambut birthday tanpa ayah. sedih. rindu sangat pelukan n ciuman dari arwah ayah. kalau tahun-tahun sebelum ni, pagi2 subuh ayah kejut . ayah wish birthday. n ayah mesti cakap camni "happy birthday dik. anak ayah dah besar. semoga terus jadi anak yang solehah. love you" lepastu ayah kiss dahi. rindunyaa :'( semoga ayah tenang di sana :(

tahun ni , tradisi demam sebelum birthday berulang lagi. haha -.- umi kata, saya dari kecik sampai besar, setiap kali nak masuk umur baru, mesti demam. hewhew. :p

Rasa bersyukur sangat tahun ni sebab berkongsi tarikh yang sama dengan maulidurrasul . Alhamdulillah.. hadiah yang paling indah rasanya sepanjang 22 tahun hidup :)

hmm apa lagi ye? ohh, tahun ni masih jugak sama. takde celebration, takde suprise, takde hadiah. birthday saya macam hari biasa, hanya diserikan dengan ucapan dari keluarga dan kawan2 :) 

takde hadiah pun takpe sebab, pada saya.. hadiah birthday saya yang paling berharga setiap tahun ialah, bila pagi 24 januari, saya masih mampu lihat wajah umi yang tersenyum. semoga saya dapat terus berikan wajah indah umi terus tersenyum. aamiin :) 


apa-apa pun, terima kasih banyak2 yang bagi ucapan melalui facebook, twitter,  phone call, whatsapp, message dan jugak BBM. terima kasih banyak2 atas doa korang semua. tahun ni banyak dapat doa supaya saya bertemu jodoh dan tamatkan zaman bujang. aamiin!!! haha. memang kalau boleh, itu yang saya harapkan di usia 22 tahun ni. insyaAllah, kalau dah sampai seru dan dah muncul bakal suami, ada lah nanti. cewahhhh. puii skettt :p


sweet? hihi.. impian, semoga menjadi kenyataan. aamiin :p


Alhamdulillah syukur dah sampai umur sekarang. semoga umur yang baru ni akan bagi sinar dan kebahagiaan baru untuk saya dan keluarga. terima kasih umi sebab lahirkan hani kedunia ni & didik hani penuh kasih sayang. terima kasih ayah sebab tak pernah jemu menyokong & percayakan hani. terima kasih along angah sebab tak pernah jemu jadi bodyguard kite. :') dan paling penting sekali.. terima kasih sebab sayangkan hani dan tak pernah sekalipun kecewa kan hani.. insyaAllah, hani akan terus mencuba jadi anak yang solehah untuk umi & arwah ayah.. dan jadi adik yang menyenangkan hati along & angah.. :)




love, hannyjaffar

Rabu, 23 Januari 2013

Sambal Tumis Udang campooo petai!

kenal tak ni apa? ini petai yee. orang kapung cam ku je makan benda2 ni. hewhew


Assalamualaikum. entry terakhir di umur 21 tahun sebelum menjangkau usia 22 tahun. kehkeh :p Hari ni balik kerja, aunt cakap dia ada belikan petai sebab dari haritu saya dok kata nak makan petai. entah sejak bila makan petai ni pun taktahu. haha.


dulu arwah ayah suka sangat makan petai. saya lak tak suka sebab bau dia busuk. tapi ada sekali tu, saya TERmakan sambal tumis petai. lepastu tetiba macam sedap pulak. saya takdela makan petai mentah2 macam ulam. makan petai yang dah masak ok la, petai yang tak masak belum mampu lagi. hihi


rasanya dari tahun lepas masa belajar kat melaka lagi dah cakap nak makan sambal tumis udang campo petai. tapi tak jumpa2. nak masak asyik lupa je nak beli pakcik petai ni haa. Alhamdulillah hari ni dapat gak makan. nak resepi? alaa, macam masak sambal tumis biasa je. tapi version saya , saya tak bubuh belacan sebab tengah allergic dengan belacan. 


macam biasa, takde specific sukatan bila saya memasak. tak reti nak menyukat2 ni. main sauk je apa yang ada. perasan chef sekejap :p eh harusla, iols kan nak jadi masterchef untuk bakal suami iols nanti :p


takpayah resepi lah kot kann.. google je, berderet keluar resepi nanti :D


sedikit fakta mengenai petai

Petai mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit. 

Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).

Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok

.......

tapi kalau dah makan petai, buang air kecik ada bau sikit la. so jangan kencing sepah2. kencing dalam mangkuk tandas dan jirus kasi hilang bau ye. haha. :p 


salam maulidurrasul! :)
 آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ 


love, hannyjaffar


Senin, 14 Januari 2013

Makan Malam


Assalamualaikum . bersiaran langsung dari rumah manis rumah. :D macam biasa, menjadi seorang anak perempuan tunggal adalah agak berlainan sikit sebenarnya dari jadi anak perempuan yang tak tunggal. #eh ? :p sama ada jadi anak tunggal perempuan yang manja ataupun yang berdikari. saya mungkin campuran keduanya , so saya adalah seorang anak perempuan tunggal yang mandi. hihi :p

ok, abaikan kemerepekan itew -.-

macam biasa, bila balik kerja..perkara wajib adalah bersilat ye anak-anak.bukan bersilat di gelanggang, tapi bersilat di dapur. ye , dapur.. alah, orang perempuan kan. kalau tak masak, tak perempuan lah. eh, boleh ke camtu? habisla kena baling telur aku nanti -.-

terpulang lah rasanya . kalau rajin dan boleh memasak, Alhamdulillah. bagus. Tapi kalau tak boleh memasak tu, tak bermakna awak tak bagus. tapi anggap je awak masih on the way nak jadi bagus.. hee

hari ni lauk untuk isi rumah ialah asam rebus ikan sembilang, ikan siakap masak tiga rasa, kacang panjang goreng & pajeri terung. pajeri terung tu lauk semalam. hehe :p dan saya belum pandai nak masak pajeri terung sebab saya tak suka rasa dia yang agak pelik tu. takpe, nanti kalau bakal suami dan family dia suka pajeri terung tu, nanti saya cuba masak. #eh lagi sekali :p

tapi hari ni nak share resepi ikan siakap masak tiga rasa jelah kot. ekceli takdela resepi sangat sebab main bubuh je apa yang ada dalam fridge tu. -.- so para chef sekalian, mahap bebanyak yawww sebab tak ikut resepi. saya ikut kepala sendiri je :p

bahan-bahan

ikan siakap
bawang putih
bawang merah
halia
cili kering
cili padi
kunyit
tomato / nenas
garam , gula
sos tomato
apple cider
sos ikan (kalau takde boleh ganti dengan sos tiram)
cili padi
daun bawang, daun sup, daun ketumbar


cara-cara

1.goreng ikan sampai garing. Ketepikan

2.kisar cili kering, bawang putih+merah & halia

3.sebahagian halia & bawang putih hiris halus & tumis. ini untuk bagi rasa dan bau pada sos

4.masukkan bahan yang dah dikisar tu. tumis sampai pecah minyak. ehem, minyak jangan bebanyak sangat tau! boleh je guna minya sikit. cuma lambat sikit lah bahan kisar tu pecah minyak

5. lepastu, masukkan air sikit. 

6.masuk tomato, cili padi & sebahagian daun-daunan

7. masukkan sos tomato sikit, sos tiram/sos ikan.

8.masukkan garam & gula 

9.biarkan mendidih & agak-agak pekat, dan siap! boleh angkat bubuh atas ikan :)




tips :

1. bila dah sudah guna blender, jangan basuh terus.tapi masukkan sikit air dalam blender, goncang sikit & masukkan air dalam masakkan. insyaAllah sedap. sebab apa? sebab kita digalakkan supaya tidak membazir! kita taktahu, mungkin lebihan yang melekat kat blender tu ada rezeki & berkat didalamnya :)


2. bila kita gunakan sos tiram dalam masakan, campur sikit gula. sebab akan menaikkan rasa sos tiram & masakan. 

3. Tips paling penting ialah, masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. dan jangan lak sebok berdendang sayang nyanyi lagu lady gaga ke siti nurhaliza ke. :p berselawat & zikir la sambil masak tu. insyaAllah makanan akan jadi sedap. berkat! :) 


dah sibuk masak-masak untuk isi rumah, makanan malam saya adalah ini :

strawberry & dutch chocolate formula 1 :) #herbalife. hehe


love, hannyjaffar