Rabu, 23 Januari 2013

Sambal Tumis Udang campooo petai!

kenal tak ni apa? ini petai yee. orang kapung cam ku je makan benda2 ni. hewhew


Assalamualaikum. entry terakhir di umur 21 tahun sebelum menjangkau usia 22 tahun. kehkeh :p Hari ni balik kerja, aunt cakap dia ada belikan petai sebab dari haritu saya dok kata nak makan petai. entah sejak bila makan petai ni pun taktahu. haha.


dulu arwah ayah suka sangat makan petai. saya lak tak suka sebab bau dia busuk. tapi ada sekali tu, saya TERmakan sambal tumis petai. lepastu tetiba macam sedap pulak. saya takdela makan petai mentah2 macam ulam. makan petai yang dah masak ok la, petai yang tak masak belum mampu lagi. hihi


rasanya dari tahun lepas masa belajar kat melaka lagi dah cakap nak makan sambal tumis udang campo petai. tapi tak jumpa2. nak masak asyik lupa je nak beli pakcik petai ni haa. Alhamdulillah hari ni dapat gak makan. nak resepi? alaa, macam masak sambal tumis biasa je. tapi version saya , saya tak bubuh belacan sebab tengah allergic dengan belacan. 


macam biasa, takde specific sukatan bila saya memasak. tak reti nak menyukat2 ni. main sauk je apa yang ada. perasan chef sekejap :p eh harusla, iols kan nak jadi masterchef untuk bakal suami iols nanti :p


takpayah resepi lah kot kann.. google je, berderet keluar resepi nanti :D


sedikit fakta mengenai petai

Petai mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit. 

Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).

Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok

.......

tapi kalau dah makan petai, buang air kecik ada bau sikit la. so jangan kencing sepah2. kencing dalam mangkuk tandas dan jirus kasi hilang bau ye. haha. :p 


salam maulidurrasul! :)
 آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ 


love, hannyjaffar


Tidak ada komentar:

Posting Komentar