Senin, 20 Mei 2013

Novel Review : 7 Hari Mencintaiku




Sinopsis Buku:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”


Assalamualaikum. lama rasanya tak menjengah blog kesayangan. kekangan masa dan kesibukan kerja mencemburui . sobss. novel review pun dah berkurun tak buat. hmm hmm.. :/ so , hari ni rajinkan diri time lunch hour ni :)


7 Hari Mencintaiku karya keempat dari novelis handalan Siti Rosmizah. tapi setakat ni, saya baru baca tiga je. satu lagi tak sempat baca. nanti lah senang2 pergi cari kat popular. :D 


disebabkan saya dah baca 3 novel hasil Siti Rosmizah, pada saya.. beliau sangat berbakat dalam menulis. jalan cerita tersusun elok dan bersahaja. tak macam sesetengah novel yang saya baca,. cerita macam meloncat-loncat 


cumanya, pada saya cerita kali ni agak tak masuk akal. okayylah. mungkin sebab nama pun novel kan. selama mana kita nak harap benda logik ajee. :p tapi ni pendapat saya lah. dalam cerita ni, watak Khuzairi digambarkan sebagai seorang lelaki yang teramat dan tersangatlah baik budi pekerti. sanggup tahan maki dan caci daripada isteri yang sangat dicintanya. huhu. pada saya, dalam dunia sekarang ni, jangan kata sorang.. separuh orang pun takkan jumpa lelaki seperti watak Khuzairi. jadi pada saya, penulis mungkin kena kurangkan berkhayal. hehe. memang betul, hanya cerita rekaan, tapi saya rasa kadang2 dalam rekaan tu kena jugakla ada realitinya. 


selain daritu, saya rasa.. mungkin kena kurangkan sikit ketebalan dan konflik dalam novel2 anda. penat nak pegang. dan bila lama sangat perjalanan cerita, pembaca akan mula bosan. 


lain-lain, saya rasa novel keempat ni agak menarik. tapi hati saya masih tertarik pada  novel pertama beliau Andai itu takdirNya . 


kalau nak tahu cerita selanjutnya, silalah serbu mana2 bookstore berhampiran. walaupun tebal, karya Siti Rosmizah memang awesome! :p 


love, hannyjaffar


Tidak ada komentar:

Posting Komentar