Assalamualaikum :) hye hyeee. fuhhhhhh lama jugak ye tak meng-update belog cap arnab ni. errr.. lama ke? bole tahan lahh kan :P been busy lately. yelah, berkejar muar-melaka setiap hari. penat gila kot. balik je dah malam. mana nak study , nk berceloteh kat belog kesayangan lagi. kan kannnnn.
dalam masa hampir 2 bulan ayah hani kat hospital, lebih 10 biji novel hani da borong. kalau lebih tepat, 15 biji. ehehe . pembaziran? ehh taklahhhh. hani rasa puas bila beli novel sebab hani sangat obses dengan bahan bacaan. tak kisah la apa pun, hani balun je, tapi... novel tetap numb 1 kat hati :D tapi, paling banyak hani borong novel minggu ni lah. dalam seminggu, hani dah borong 7 biji novel. 3 english. 4 melayu. kempis jugak pocket tapi, takpe.. ni satu kepuasan. eheh :D
panjang pulak celoteh budak sorang ni. hani cuma nak share 1 novel yang best. actually, banyak lagi novel2 yang best hani beli. semua best seller tau! tapi nanti hani cerita lain ye. ni nak cerita 1 novel je dulu. novel ni terbitan BUKU PRIMA & tulisan dari SITI ROSMIZAH. alaaaa, dulu dia tulis novel andai itu takirnya yang besttttt sangat2 tuuuu.
okayyy, ni hani nak cerita novel kedua karangan penulis yang sama. besttt sangat cerita dia. cetakan pertama buku ni tahun 2009, tapi sekarang dah masuk cetakan ke-11. penuh pocket dia kannnn. hehehe :P
jom2 baca sikit sinopsis cinta kau & aku . :)
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Ulasan cik hanny :D
novel ni menarik. kadang2 boleh tergelak sendiri, kadang2 jugak menangis tiba2. huuu.
apa yang pasti, penulis ni sangat pandai nak bermain dengan perasaan pembaca. macam2 rasa datang masa baca cerita ni. apa pun, hani puas & tak sikit pun rasa membazir beli novel ni. tahu tak, novel ni ada 684 muka surat & hani habiskan dalam masa 1 hari :D macam tu jugak dengan andai itu takdirnya. bessttttt ! sekurang2nya masa hani trisi juga dengan benda macam ni dari berpeleseran tak tentu hala kan. :D
okayyy, kalau berminat... sila lah ke bookstore yang berdekatan. anda pasti berpuas hati! cewahhhhhh ! :P sudah dulu ye. nanti hani cerita lagi. thanks for reading. muah2 :) tata ~~
I think of you with every waking moment of my life and dream of you with every dream that I have..I miss you :(
Tidak ada komentar:
Posting Komentar