Senin, 04 April 2011

tips pujuk lelaki merajuk. -.-''

Assalamualaikum . sangat lama tak update blog. sorry , saya tersangatlahhh busy. pagi2 dah ke hospital. dah nak maghrib baru sampai rumah. malam pulak masa untuk study & buat kerja rumah yang tak sempat buat pagi. memang penat tapi, ini lah kehidupan saya sekarang. :)


okayyy, macam yang dijanjikan dalam entry yang lepas,, ala, entry lelaki merajuk tuuuuuu.. kan hani dah janji nak update pasal cara untuk pujuk kaum adam ni pulak kannn. bukan hani agung2kan sangat kaum adam ni, tapi tak salah kan kalau kita berkongsi maklumat.. walaupun maklumat ni tak penting . heee :D


Sila klik sini untuk entry tanda-tanda lelaki merajuk



1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian


Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.





2. Sentiasa memberikan si dia sokongan


Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.





3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya


Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya





4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda


adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.Mungkin dengan membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.






p/s : ohhh btw, congrats tu che amat sebab menang abp 2010. Beliau sangat handsome lah sekarang. Jatuh hatiiiii lagi aihhh :D



Shahir :)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar