Kamis, 28 Juli 2011

jangan dipertikaikan hukum Allah










**sila click pada gambar utk tumbesaran yg sihat.



kesian perempuan bernama TINIPINK niii. taktahu lah mana silapnya. ceteknya ilmu agama dia ye. termasuk lah orang yang like komen dia yang bukan bukan tu. dunia dunia..haihhh.
wanita, tutuplah auratmu dengan sempurna. tutup dan peliharalah ia. bukan tutup tapi sebenarnya terbuka.



"Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja."

Minggu, 24 Juli 2011

bekalan dari rumah :)


Assalamualaikum. bersiaran dari bukit beruang melaka -.-" semalam balik muar. sehari je. tapi takpelah. masih bersyukur sebab dapat balik. balik semalam pun dah petang. pukul 3 bertolak dari melaka, pukul 6 baru sampai rumah. 3 jam perjalanan yang memenatkan. huhu


semalam balik naik bas. yelah, abang2 hani takbalik. so takde sape boleh ambik hani. ada jugak tanya kawan, tapi dia busy pulak. so takpelah. apa salahnya berdikari kannn. dah 20 tahun. tahun depan dah 21 . so, kena la buat kerja sendiri. jangan nak bergantung pada orang je. :)



semalam balik, rasa tenang je. kepala macam takde apa apa masalah pun. banyak sebenarnya yang ada dalam kepala ni. tapi, bila dapat tengok muka umi, rasa macam kepala sangat ringan. biarlah dengan masalah yang ada tu. balik melaka baru fikir. kat muar bukan tempat untuk fikirkan masalah yang menyerabutkan kepala hani. :)


pagi tadi lepas subuh, hani tido lagi. adowwwww... besttttt! serius bestttt. dapat tido atas katil sendiri, sampai petang pun boleh. hehe :P yang bestnye, umi tak marah pun hani bangun lewat. hehe. mungkin sebab umi tahu kot hani penat dengan selalu tak cukup tido. bangun2 je umi tengah parut kelapa, untuk makan dengan kuih apa tah. yang pasti, hani sangat suka kuih tu. umi siap cakap "ni umi ada buat kuih ni. ani suka kan". hukhuk TERHARU ! :')

SAYA SAYANG UMI SAYA SANGAT2!





disebabkan umi masih dalam edah & takboleh keluar tanpa urusan yang penting, hani cakap kat umi, tolong hantar hani sampai bus stand muar je sebab bila hari minggu ni, bas nak ke bus stand muar memang dipenuhi dengan mat2 bangla, nepal, indon & segala yang berkaitan. macam sardin. tengok pun dah geli & takut. kalau naik, haishhhh.. takdapat dibayangkan. huhu.


lepas masak makanan tengah hari tadi, umi kata " lepas makan ni terus solat. umi hantar sampai melaka." hani macam serba salah jugak. huhu. sebenarnya kannn.. hani taknak umi hantar sampai melaka sebab nanti bila tengok umi balik muar & drive sorang2 nanti hani sedih. tah.. hani dari kecik macam ni. hehe. tapi, nasib baik umi ajak atok sedara hani buat teman dia. so, takdelah rasa sayu sangat hati ni. tadi masa dah turun kereta, hani tak babaiiii umi pun sebab nanti hani banjir. hihi :P


dalam kereta tu, umi bual2 dengan atok tu. hani tak ambik port sangat. tapi, yang buat terharu sangat, bila umi cakap kat atok tu macam ni

“Kesian pulak kat dia. Semalam balik naik bas dah separuh hari. Ni nak balik ni, takpe la kite hantar. Takdelah penat sangat dia nanti. Esok kelas pagi”




huhuhu. terharu, sebak & semua lahhh. rasa macam nak suruh umi patah balik. taknak duduk melaka. nak duduk dengan umi je. huuuu.. lepastu, atok tu tetibe cakap "dah nak puasa dah kan ani. kejap je.. mesti rindu ayah kan. atok pun macam ternampak2 ayah jalan kat luar rumah." huhuhu kalau atok tu ternampak2 ayah, hani ni lagi lah. sejak ayah pergi, memang tiap malam hani mimpi arwah. huhu. semoga ayah tenang disana. amin.



bila dah balik dari muar, haruslah bermacam macam bekalan yang hani bawak balik. eheee. takdela bekalan apa sangat punnn. next week balik lagi. memang hani akan balik tiap2 minggu kalau hani tak busy. balik muar lagi best. melaka ape ada kannn. yang tersayang pun ada kat muar. so, balik muar lah best. dala hani baru dapat 4 adik baru. nanti cerita next entry ye. :) ehh, tetibe rasa macam dah penat menaip. meh tengok bekalan apa yang hani bawak dari rumah :P





nasi putih & telur goreng. untuk sahur esok :) walaupun cuma nasi dgn telur, dah rasa macam pizza dah sebab hasilnya dari rumah. takde ragu2 sikit pun. :) dlm bekas kecik tu, penyedap rasa. kalau takde, takbest lah nk makan nasi. cuba teka, ape tu :P








hani akan jaga benda ni baik2 sebab ni cincin arwah ayah. umi bagi kat ayah. so, sekarang hani yg akan pakai cincin ni. sebab utama? sebabnya,,,umi bagi kat ayah, jadi ni cincin ayah. umi + ayah = hani. cincin ni hani jadikan loket sebab lebih dekat dgn dada hani. simbolik bahawa, umi + ayah sentiasa ada dlm hati hani. :)






akhir sekali, haruslah bekalan kasih sayang umi. :) ni hani ambik dari tempat duduk belakang. nampak mata je. hehe . terharu sebab umi sanggup hantar hani. macam hani tulis kat atas tadi, umi masih dalam edah (4bulan 10hari), so umi takboleh keluar kalau takde urusan penting. tapi umi sanggup keluar hantar hani sampai ke melaka. tu bermakna, hani ni PENTING pada umi :'). hani tak boleh bayangkan hidup hani tanpa umi. hani sayang umi sangat2!


thanks for reading. bubbye. assalamualaikum :)


Jumat, 22 Juli 2011

Rindu .. rindu sangat sangat.. sangat sangat rindu

Assalamualaikum. emmm.. rindu.. semua orang boleh rasa perasaan rindu kan. tak kisah la rindu pada siapa pun. tapi, bagi hani sekarang.. rindu hani sangat kuat untuk arwah ayah hani. sorry lah pada yang taknak baca. dekat belog ni lah cara hani melepaskan kerinduan pada arwah ayah hani.


pejam celik pejam celik.. tinggal lebih kurang satu minggu lagi kita akan bertemu bulan ramadhan kannnn. tak pernah hani duga, ramadha tahun lalu adalah ramadhan terakhir kami bersama ayah. hani tulis kat belog ni, bukan nak meriah simpati sesiapa. tak pernah sikit pun terlintas rasa macam tu. hani tahu, masih ada manusia yang busuk hati akan cakap hani ni nak mintak simpati orang. hani tahu ada yang bercakap macam tu. pada mereka yang berkata sedemikain... terima kasih banyak2 hani ucapkan.


Ramadhan tahun lalu, ayah masih kuat. percaya atau takkk.. masa ramadhan yang lepas, ayah tiap2 hari hantar hani pergi campus. ulang alik muar melaka. ayah hantar pagi.. & ayah akan tunggu sampai kelas hani habis. bila hani cakap hani boleh balik sendiri, ayah tak bagi. ayah kata takpe, ayah boleh tunggu hani. bila petang, ayah akan tanya hani nak buka apa. kalau hani tak masak, ayah akan bawak hani pergi cari makanan untuk buka. walaupun hani tahu ayah penat sebab tunggu hani kat melaka , tapi ayah tetap nak bawak hani keluar cari apa2 yang hani nak... tahun ni.. dah takde semua tu lagi.. hani rindu ayah.. rindu sangat2 T_____T



dulu, bila start je puasa, ayah dah tanya "bila adik nak beli baju raya?".. masa kecik2, hani eksaited sangat nak beli baju raya. ayah sanggup ikut hani cari baju.. ayah tak cakap pun ayah penat kat hani. ayah ikuttttt jeee.. tapi, ayah cakap kat umi yang hani ni cerewet bila nak beli barang. penat ayah ikut pusing2 tapi tak ambik satu apa pun. :') tapi, ayah tak cakap kat hani sebab ayah tahu, hani akan merajuk bila ayah cakap macamtu. bila hani dah siap pilih baju, ayah terus bayar. then ayah akan tanya "cukup ke ni dik? taknak beli lagi? kasut? tudung?" .. bila hani dah besar, hani dah tak kisah pasal persiapan raya.. bila ayah tanya bila nak beli baju raya, hani akan cakap.. takpelah ayahh. takbeli pun takpe. tapi ayah tetap bagi duit suruh beli. hani tahu.. ayah sentiasa nak bagi yang terbaik untuk hani. :'(


tahun lepas, hari raya terakhir kami kat cameron highland. macam biasa, bila pergi mana2 pun, ayah akan tanya hani nak beli apa. biasanya, apa yang hani nak.. semua ayah akan belikan. contoh bantal strawberry.. dah banyak dah hani ada. tapi bila hani pegang je, ayah senyum & terus suruh hani ambik. kalau hani kate takpayah, ayah suruh jugak ambik. senang cakap.. apa pu barang yang hani pegang, ayah akan belikan untuk hani.. hani rindu... :'(


hani tahu, hani patut bersyukur.. hani sempat rasa kasih sayang ayah untuk tempoh 20 tahun. sesetengah orang, lahir2 dah takde ayah. dah takde ibu. sekurang2nya hani sempat merasa kasih sayang ayah. pelukan mesra ayah. & ciuman kasih ayah..





ni hidangan terakhir arwah ayah hani sebelum dia pergi tinggalkan kami semua. hani masih terbayang bayang senyuman terakhir ayah pada hani. hani masih terasa ciuman terakhir ayah pada pipi hani. ayah suka cium pipi hani. depan orang pun ayah cium pipi hani. sampai hani dah besar pun, ciuman tu tak pernah berubah. bila hani bangun pagi, mesti ayah akan cium pipi hani. sekarang dah takde. yaAllah.. rindu ni sakit yang teramat sangat..


hari tu, masa ayah hani meninggal.. ada seseorang tu cakap.. dia akan selalu dengan hani. dia taknak biarkan hani sedih & menangis lagi. tapi, janji tu cuma tinggal janji. bila hani cari dia untuk luahkan rasa rindu hani pada arwah ayah hani, dia selalu je mengelak. bukan hani merengek. bukan hani menggedik. tapi, hani cuma nak lepaskan rasa rindu yang ada. tu je. tapi hani tahu.. mana kan sama kasih sayang seorang ayah dengan orang lain. janji semua orang boleh buat. tapi, tak semua mampu tepati. takpe, mula2 mungkin hani terasa hati. tapi sekarang.. hani dah tak terasa hati dah.. cuma, hani dah mula tawar hati.


hani bukan meratap pemergian arwah ayah hani.. tak sama sekali. ni cuma luahan hati hani yang hani tak mampu nak luahkan pada siapa2 lagi. pada yang masih mempunyai ayah & ibu, mungkin anda takkan rasa apa yang hani rasa sekarang ni. tapi, 1 hari nanti.. kamu akan rasa jugak betapa sakitnya kehilangan orang yang paling penting dalam hidup kamu. thanks baca. assalamualaikum :)


*rindu ditinggalkan kekasih tak sesakit rindu ditinggalkan wali dlm hidup kamu.*

Minggu, 17 Juli 2011

Moist chocolate cake~ =)

Assalamualaikum. :) minggu lepas hani balik muar. sehari je. sedih :'( masa nak balik melaka semalam, rasa macam berat sangat vontot ni nak balik. cam melekat je kat rumah tu. sangat takpuas duduk rumah. masih rindu umi. tapi, gigihkan jugak hati ni sebab kena belajar kannnn.


Bila balik muar, hani rasa terbang semua tension yang ada. hani rasa tenang sangat. lantaklah dengan masalah yang sedang membelenggu kepala ni haa. dah tak fikir apa pun bila ada kat rumah. tapi bila balik je melaka, semua jadi serabut. ishhh. serius rasa macam nak angkut rumah letak kat melaka je.huhu -.-"


aiyoooo~ panjang la pulak bebelan jari jemari cik hanny ni :P nak cerita sikit ni. entry dari dapur cik hanny. hehe . bila balik muar, haruslah status bertukar ye. bukan student tapi HOUSEWIFE walaupun belum jadi wife orang lagi. hehe. nak jadi wife apanya, calon suami pun takde. verangan je lebih cik hanny ni. eh tapi serius, bila balik muar, memang jadi full time housewife oke . *future hubby yg tak diketahui sapa orangnya, sila bangga kerana bakal memiliki future wife seperti saya. ngeh3 :P*


semalam hani buat cake. chocolate cake =) hani buat sebab abang sepupu hani yang request.sebenarnya lama dah dia mintak. disebabkan dia ada kat muar semalam, so hani pun buatlah. :) so hani pun buat je lah. tapi sebelum tu, nak sorry sebab quality gambar tak bagus. ni tengah kumpul $$$ nak beli camera bagus sikit :)





ni lepas siap campur segala bahan yang ada. sebelum masuk oven, ambik gambar dulu ye. bukti hasil tangan sendiri. hikhik :D

bila dah keluar dari oven, baru perasan yang salah guna loyang. terguna yang besar pulak dah. tapi tak kisah la kan, yang penting menjadi. setakat ni, sepanjang berkecimpung dalam dunia pembakaran kek ni, sekali je tak jadi sebab mixer yang hani guna tu dia gila. terpaksa lah beli baruuuuuu . huhuhu.







ni pulak wajah bila dah siap bubuh topping & hias tah hape2. padahal takpayah hias pun sebenarnya. tapi saje gedik. bila makan, tak ambik pun love kecik2 tu. :D:D errr toppingg tu resepi sendiri jugak. hani tak minat sangat guna ready made cooking chocolate tu sebab rasa dia tak sedap & manis.








ni pulak dah siap pack. bawak balik melaka untuk housemate hani. Alhamdulillah, pujian diterima & siap mintak tempah untuk raya lagi tau. hihi. :))) dulu pun masa form 5 ada gak jual2 kek ni kat kawan. dorang pun suka! hihi. kalau nak tahu sedap atau tak, boleh la order. takpun... tanya je sape2 yang dah pernah rasa. hehe. gedik gila :D:D


okehh, sudah dulu ye. nanti sambung entry lain pulak. nak resepi ke? kalau ada yang nak, baru hani letak. hihi. boleh ? :P tata, Assalamualaikum =)


Selasa, 05 Juli 2011

inilah dia lelaki... tidak syak lagi. :D


Assalamualaikum. eh, bz2 pun nak update belog ke cik hanny? wuwuwuw. bole je ni haaa update. sementara wifi EP ni baik hati, boleh la. kang kalau datang mereng dia, nak buat apa pun tak jalan. huhu. tadi baru je baca blog BRO BEBEN. hihi. dia cite pasal "blog berkisar peribadi kurang mendapat perhatian". mungkin sesetengah blogger yg tulis hal peribadi mereka ni nak kan perhatian. alaaa.. mcm sorang budak tuuuu. semua benda nak tunjuk. ishhh. pelik betul. pastu suka gak sound2 orang. tapi sound yg berkias. pastu bila orang tanya, berkias lagi. tak ke pelik manusia tu? huhu. takpela, abaikan saje ye. ni nak share sikit pasal kaum adam. sikit je la. tak banyak :D


pada hani, belog ni hak individu. mereka ada hak nak tulis apa pun. tapi, jangan lah over sampai boleh menimbulkan riak pada diri sendiri. bila kamu dah menunjuk2, orang akan bercakap belakang. kan tak pasal2 dah buat mereka yg bercakap ni berdosa. jangan kata "kalau tak suka, jangan lah baca. kalau tak baca, takdelah mengumpat." makcik oit, kalau macamtu, baik private kan je belog kamu tu. kan kan. habis cerita :)



------------------------------------------------------


okayyy, back to the topic. ini hasil kajian ya. mungkin betul, mungkin jugak tidak. credit to REMAJA



Lelaki bersuara garau SEKSI

Terdapat segelintir perempuan agak mudah terpikat dgn lelaki yg bersuara garau? Bagi mereka, lelaki bersuara garau adalah seksi kerana terbukti kelelakian mereka. Menurut kajian yg dijalankan oleh pakar psikologi Jill O’Connor dari McMaster Uni, Hamilton, lelaki bersuara garau lebih kelihatan maskulin dan seksi

Hanny : hmmmm.. wondering @_@ dah tu kenapa ada je lelaki yg nak ubah2 suara jadi selembut2 suara eh? Tak bersyukur… KOT? Ish3.. dunia akhir zaman~ lagi 1, hani dengar suara laki sama je. Celah mana tah yg seksi tu pun hani tak tau. Ngeh3 :D

Lelaki tidak romantic

Sering kali kita lihat hero dlm filem muncul dengan sejambak bunga apabila si gadis merajuk hati. Dalam novel jangan cerita lah. Lelaki dalam novel ni umpama lelaki yang semua orang idam2kan. Perfect lah konon2nya. Diingatkan disini ya, lelaki yg kita lihat dalam filem atau novel tu, sangat jarang ada dimuka bumi ni. Lelaki tak romantic. Kalau ada pun, sangatlah sikit peratusannya. So, jangan lah paksa2 bf kamu melayan keinginan kamu utk melihat dia sebagai seoarang yang romantic. Tak semestinya kalau tak romantic, si dia tak sayang kamu.

Hanny : be positive my dear. Jangan la merungut macam2 kat lelaki kamu. Asyik2 cakap “ehh.. kenapa awk tak macam bf org tu?kenapa awk tak bagi sy bunga?ehh kenapa awk lupa hari ni kita kena tengok wayang?benci la awk ni!sy merajuk!” ohhh dear, macam cacat je. Hukhuk -.-“

Lelaki tidak suka bergosip

Kebanyakan lelaki, tidak gemar bergosip. Ini disebabkan, lelaki dilahirkan sebagai seorang yang ringkas dan tidak banyak kerenah. Namun begitu, jangan sangka lelaki langsung tidak bergosip. Mereka juga bergosip tetapi, tidak seperti perempuan. Ada kalanya, lelaki lebih hebat mengumpat dari perempuan tauuuu~ :D Cuma, bila dah habis cerita tu, mereka akan tamat disitu saja. Tak macam perempuan. Asyik bercerita benda yang sama berulangkali.

Hanny : hahaha. Ayat last, agak kurang asam! :P sentappppp okeyyy! Huahuahua. Perempuan bukan suka mengumpat, tapi Cuma nak meluahkan rasa tak puas hati, tu jeeeee :D

Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka

Bagi lelaki, ibu adalah perempuan yang paling sempurnadi mata mereka.kebiasaannya, mereka banyak memuji dari segi masakan dan penampilan.lebih2 lagi jika lelaki itu membesar 24/7 bersama ibunya.

Hanny : dalam islam sendiri mengatakan bahawa ibu akan kekal di takhta pertama walaupun seorang lelaki itu sudahpun berkahwin. Memang ibu akan sentiasa jadi yang paling sempurna. Tapi, BERHATI2 ya, jangan sampai kamu menyamakan “belakang” ibu kamu dengan isteri kamu. Dikhuatiri akan berlakunya ZIHAR.

Lelaki sanggup berjaga malam kerana hobi

Ini memang terbukti apabila kita melihat golongan lelaki seperti ini berjaga malam hanya kerana mahu menyaksikan perlawan BOLA SEPAK! Jika pada musim perlawanan bola sepak, kedai2 mamak pasti dipenuhi dengan golongan lelaki seperti ini. Mereka sanggup abaikan tidur , asalkan dapat menonton setiap saat perlawanan.

Hanny : ni memang sudah semestinya. Kadang2 bengang jugak kannn. Bukan kata bola je. Kadang2 game pun salah 1 sebab lelaki ni tak tidur malam & abaikan orang yang tersayang. Makan bola, tidur bola, minum bola. Semua bola. Tapi, kenapa tu hanya ungkapan yg tak dilaksanakan? Kan ke bagus kalau makan bola bulat tu betul2. Takdela susahkan orang :P