Lelaki bersuara garau SEKSI
Terdapat segelintir perempuan agak mudah terpikat dgn lelaki yg bersuara garau? Bagi mereka, lelaki bersuara garau adalah seksi kerana terbukti kelelakian mereka. Menurut kajian yg dijalankan oleh pakar psikologi Jill O’Connor dari McMaster Uni, Hamilton, lelaki bersuara garau lebih kelihatan maskulin dan seksi
Hanny : hmmmm.. wondering @_@ dah tu kenapa ada je lelaki yg nak ubah2 suara jadi selembut2 suara eh? Tak bersyukur… KOT? Ish3.. dunia akhir zaman~ lagi 1, hani dengar suara laki sama je. Celah mana tah yg seksi tu pun hani tak tau. Ngeh3 :D
Lelaki tidak romantic
Sering kali kita lihat hero dlm filem muncul dengan sejambak bunga apabila si gadis merajuk hati. Dalam novel jangan cerita lah. Lelaki dalam novel ni umpama lelaki yang semua orang idam2kan. Perfect lah konon2nya. Diingatkan disini ya, lelaki yg kita lihat dalam filem atau novel tu, sangat jarang ada dimuka bumi ni. Lelaki tak romantic. Kalau ada pun, sangatlah sikit peratusannya. So, jangan lah paksa2 bf kamu melayan keinginan kamu utk melihat dia sebagai seoarang yang romantic. Tak semestinya kalau tak romantic, si dia tak sayang kamu.
Hanny : be positive my dear. Jangan la merungut macam2 kat lelaki kamu. Asyik2 cakap “ehh.. kenapa awk tak macam bf org tu?kenapa awk tak bagi sy bunga?ehh kenapa awk lupa hari ni kita kena tengok wayang?benci la awk ni!sy merajuk!” ohhh dear, macam cacat je. Hukhuk -.-“
Lelaki tidak suka bergosip
Kebanyakan lelaki, tidak gemar bergosip. Ini disebabkan, lelaki dilahirkan sebagai seorang yang ringkas dan tidak banyak kerenah. Namun begitu, jangan sangka lelaki langsung tidak bergosip. Mereka juga bergosip tetapi, tidak seperti perempuan. Ada kalanya, lelaki lebih hebat mengumpat dari perempuan tauuuu~ :D Cuma, bila dah habis cerita tu, mereka akan tamat disitu saja. Tak macam perempuan. Asyik bercerita benda yang sama berulangkali.
Hanny : hahaha. Ayat last, agak kurang asam! :P sentappppp okeyyy! Huahuahua. Perempuan bukan suka mengumpat, tapi Cuma nak meluahkan rasa tak puas hati, tu jeeeee :D
Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka
Bagi lelaki, ibu adalah perempuan yang paling sempurnadi mata mereka.kebiasaannya, mereka banyak memuji dari segi masakan dan penampilan.lebih2 lagi jika lelaki itu membesar 24/7 bersama ibunya.
Hanny : dalam islam sendiri mengatakan bahawa ibu akan kekal di takhta pertama walaupun seorang lelaki itu sudahpun berkahwin. Memang ibu akan sentiasa jadi yang paling sempurna. Tapi, BERHATI2 ya, jangan sampai kamu menyamakan “belakang” ibu kamu dengan isteri kamu. Dikhuatiri akan berlakunya ZIHAR.
Lelaki sanggup berjaga malam kerana hobi
Ini memang terbukti apabila kita melihat golongan lelaki seperti ini berjaga malam hanya kerana mahu menyaksikan perlawan BOLA SEPAK! Jika pada musim perlawanan bola sepak, kedai2 mamak pasti dipenuhi dengan golongan lelaki seperti ini. Mereka sanggup abaikan tidur , asalkan dapat menonton setiap saat perlawanan.
Hanny : ni memang sudah semestinya. Kadang2 bengang jugak kannn. Bukan kata bola je. Kadang2 game pun salah 1 sebab lelaki ni tak tidur malam & abaikan orang yang tersayang. Makan bola, tidur bola, minum bola. Semua bola. Tapi, kenapa tu hanya ungkapan yg tak dilaksanakan? Kan ke bagus kalau makan bola bulat tu betul2. Takdela susahkan orang :P
Tidak ada komentar:
Posting Komentar