Minggu, 24 Juli 2011

bekalan dari rumah :)


Assalamualaikum. bersiaran dari bukit beruang melaka -.-" semalam balik muar. sehari je. tapi takpelah. masih bersyukur sebab dapat balik. balik semalam pun dah petang. pukul 3 bertolak dari melaka, pukul 6 baru sampai rumah. 3 jam perjalanan yang memenatkan. huhu


semalam balik naik bas. yelah, abang2 hani takbalik. so takde sape boleh ambik hani. ada jugak tanya kawan, tapi dia busy pulak. so takpelah. apa salahnya berdikari kannn. dah 20 tahun. tahun depan dah 21 . so, kena la buat kerja sendiri. jangan nak bergantung pada orang je. :)



semalam balik, rasa tenang je. kepala macam takde apa apa masalah pun. banyak sebenarnya yang ada dalam kepala ni. tapi, bila dapat tengok muka umi, rasa macam kepala sangat ringan. biarlah dengan masalah yang ada tu. balik melaka baru fikir. kat muar bukan tempat untuk fikirkan masalah yang menyerabutkan kepala hani. :)


pagi tadi lepas subuh, hani tido lagi. adowwwww... besttttt! serius bestttt. dapat tido atas katil sendiri, sampai petang pun boleh. hehe :P yang bestnye, umi tak marah pun hani bangun lewat. hehe. mungkin sebab umi tahu kot hani penat dengan selalu tak cukup tido. bangun2 je umi tengah parut kelapa, untuk makan dengan kuih apa tah. yang pasti, hani sangat suka kuih tu. umi siap cakap "ni umi ada buat kuih ni. ani suka kan". hukhuk TERHARU ! :')

SAYA SAYANG UMI SAYA SANGAT2!





disebabkan umi masih dalam edah & takboleh keluar tanpa urusan yang penting, hani cakap kat umi, tolong hantar hani sampai bus stand muar je sebab bila hari minggu ni, bas nak ke bus stand muar memang dipenuhi dengan mat2 bangla, nepal, indon & segala yang berkaitan. macam sardin. tengok pun dah geli & takut. kalau naik, haishhhh.. takdapat dibayangkan. huhu.


lepas masak makanan tengah hari tadi, umi kata " lepas makan ni terus solat. umi hantar sampai melaka." hani macam serba salah jugak. huhu. sebenarnya kannn.. hani taknak umi hantar sampai melaka sebab nanti bila tengok umi balik muar & drive sorang2 nanti hani sedih. tah.. hani dari kecik macam ni. hehe. tapi, nasib baik umi ajak atok sedara hani buat teman dia. so, takdelah rasa sayu sangat hati ni. tadi masa dah turun kereta, hani tak babaiiii umi pun sebab nanti hani banjir. hihi :P


dalam kereta tu, umi bual2 dengan atok tu. hani tak ambik port sangat. tapi, yang buat terharu sangat, bila umi cakap kat atok tu macam ni

“Kesian pulak kat dia. Semalam balik naik bas dah separuh hari. Ni nak balik ni, takpe la kite hantar. Takdelah penat sangat dia nanti. Esok kelas pagi”




huhuhu. terharu, sebak & semua lahhh. rasa macam nak suruh umi patah balik. taknak duduk melaka. nak duduk dengan umi je. huuuu.. lepastu, atok tu tetibe cakap "dah nak puasa dah kan ani. kejap je.. mesti rindu ayah kan. atok pun macam ternampak2 ayah jalan kat luar rumah." huhuhu kalau atok tu ternampak2 ayah, hani ni lagi lah. sejak ayah pergi, memang tiap malam hani mimpi arwah. huhu. semoga ayah tenang disana. amin.



bila dah balik dari muar, haruslah bermacam macam bekalan yang hani bawak balik. eheee. takdela bekalan apa sangat punnn. next week balik lagi. memang hani akan balik tiap2 minggu kalau hani tak busy. balik muar lagi best. melaka ape ada kannn. yang tersayang pun ada kat muar. so, balik muar lah best. dala hani baru dapat 4 adik baru. nanti cerita next entry ye. :) ehh, tetibe rasa macam dah penat menaip. meh tengok bekalan apa yang hani bawak dari rumah :P





nasi putih & telur goreng. untuk sahur esok :) walaupun cuma nasi dgn telur, dah rasa macam pizza dah sebab hasilnya dari rumah. takde ragu2 sikit pun. :) dlm bekas kecik tu, penyedap rasa. kalau takde, takbest lah nk makan nasi. cuba teka, ape tu :P








hani akan jaga benda ni baik2 sebab ni cincin arwah ayah. umi bagi kat ayah. so, sekarang hani yg akan pakai cincin ni. sebab utama? sebabnya,,,umi bagi kat ayah, jadi ni cincin ayah. umi + ayah = hani. cincin ni hani jadikan loket sebab lebih dekat dgn dada hani. simbolik bahawa, umi + ayah sentiasa ada dlm hati hani. :)






akhir sekali, haruslah bekalan kasih sayang umi. :) ni hani ambik dari tempat duduk belakang. nampak mata je. hehe . terharu sebab umi sanggup hantar hani. macam hani tulis kat atas tadi, umi masih dalam edah (4bulan 10hari), so umi takboleh keluar kalau takde urusan penting. tapi umi sanggup keluar hantar hani sampai ke melaka. tu bermakna, hani ni PENTING pada umi :'). hani tak boleh bayangkan hidup hani tanpa umi. hani sayang umi sangat2!


thanks for reading. bubbye. assalamualaikum :)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar